Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, March 26, 2006

Gotong Royong Hidayah Center


Saujana Puchong, 26-Mac -- Ahli JIM PJ bersama JKDP telah bersama-sama bergotong-royong untuk membersihkan Hidayah Centre (HC) cawangan Saujana Puchong petang semalam.

Gotong royong bermula sekita jam 5 petang. JIM PJ telah di ketui oleh Sdr Mohd Nor Said yang juga tinggal di kawasan tersebut. Bagi yang kali pertama sampai, tempat ini agak jauh ke dalam. Kalau kita ikut jalan ke Cyberjaya dari Puchong, selepas Pertronas sebelah kiri kita akan akan nampak simpang masuk ke kiri ke Bandar Bukit Puchong. Dari situ kita terus sahaja sampai ke penghujung jalan.

Samasa saya sampai semalam, berberapa orang yang telah berada di sana antaranya Sdr Mohd Nor, Wan Am (Timbalan Pengerusi JKDP), Us Fauzi, Cikgu Azmi, Dr Melasutra (Ketua Wanita JIM PJ) & Syed Ibrahim (Timbalan Presiden). Kita berbesar hati kerana masyarakat sekeliling seperti Sdr Shukor & anak-anak juga banyak membantu dalam menjayakan gotong-royong ini. Kemudian ramai lagi yang sampai bersama keluarga termasuk Sdr Kamal (SU JIM PJ), Pengerusi JKDP, Muhammad Sylvester dan NP1 JKDP, Aizuddin juga hadir menyumbang bakti.

Selesai bergotong-royang semua telah berkumpul untuk mendengar penerangan oleh Sdr Muhammad Sylvester, Pengerusi JKDP. Menurut beliau Hidayah Center di Saujana Puchong ini adalah penambahan terbaru selepas Bukit Beruntung yang mana kita telah ada 2 unit. Penempatan saudara baru di sini adalah untuk 3 bulan hingga setahun bergantung kepada keperluan. Saudara baru ini di kenal-pasti secara terus melalui JKDP, atau dengan kerjasama JAIS atau PERKIM. Semasa di sini kita akan melaporkan kehadiran mereka kepada balai polis yang berdekatan bagi membantu memantau keselamatan mereka ini. Program berkala juga di adakan untuk memberi pendidikan agama Islam kepada mereka, antaranya adalah dengan kerjasama JAIS sendiri.

Menurut beliau, setakat ini ramai yang telah menghulurkan bantuan dalam belbagai bentuk termasuklah memberikan rumah untuk di gunakan seperti di Saujana Puchong ini. JKDP bersama JIM PJ akan menyelia perjalanan Hidayah Center di Saujana Puchong dengan Sdr Mohd Nor Said sebagai 'focal-person' di sini. Majlis di akhiri dengan minum petang dengan juadah yang di bawa bersama, dan di serikan dengan hidangan Piza Special oleh Sdr Mohd Nor yang memang sejak dahulu terkenal dengan Piza beliau yang sedap. Kepada yang teringin nak rasa boleh contact Sdr Mohd Nor untuk membelinya.

Rumah telah di bersihkan, sekarang bantuan di perlukan untuk melengkapinya. Berikut adalah senarai kelengkapan yang diperlukan :-
Dapur gas - 1
Tong gas - 1
Katil doube decker - 3
Tilam - 6
Kipas siling - 2
Langsir
Sofa - 1 set
Almari buku
AlQuran dan buku-buku agama
Rak kasut - 1
Papan putih - 1
Tikar/carpet/alas - 4
Kerusi makan - 6
meja makan - 1
Selimut - 6
Bantal - 6
Sejadah
Bagi mana-mana individu dan pihak yang berkeinginan untuk memberi sumbangan kelengkapan seperti yang disenaraikan di atas (atau dalam bentuk kewangan), bolehlah terus berhubung dengan saya di talian 03-41089669 (off), 012-6615745 (HP) atau email abu_itqan@yahoo.com. Sdr Mohd Nor boleh di hubungi di 019-3592566.

Semoga diberkati Allah.

Sunday, March 19, 2006

Demo Anti Perang di depan Kedutaan US


Kuala Lumpur, 19-Mar -- Lebihkurang 1000 orang telah berkumpul untuk berdemonstrasi "Anti Perang" di hadapan Kedutaan US. Ahli-ahli JIM PJ juga turut kelihatan bersama-sama dalam demo tersebut. Cuma mungkin kita dapat ramai-ramai dapat bersama dalam program-program sebegini. Berikut adalah petikan coretan oleh Nashita Md Noor:

"Pagi tadi kami sekeluarga menghabiskan hari cuti terakhir persekolahan dengan menyertai demo anti-perang di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. Sambil menyahut gesaan K.Endok, kami turut membawa 3 orang anak-anak kami bersama(sambil mendokong anak yang kecil sekali). Setiba di sana perasaan saya antara terkejut, sedih dan terharu pun ada apabila melihat dari awal lagi deretan peserta demo yang terdiri dari kaum India dan China berderet di sepanjang jalan. Saya membawa anak-anak saya berjalan merentasi deretan para pendemo hingga ke hujung barisan. Alhamdulillah, kelihatan ramai ahli-ahli JIM, termasuk juga AJK JIM Pusat, Ahmad Jamali, Syed Ibrahim, Dr Sahrim dan anak, Bro Su, Zairul dan anak dan ramai lagi untuk saya sebutkan di sini termasuk dari AJK WJIMP, Kak Ros dan Roha,ahli-ahli JIM Gombak serta KL.

Saya sempat bertanya pada seorang Makcik dari kaum India yang berdiri di sebelah saya dia datang dari mana. Katanya dia dan kawan-kawan yang lain datang dari Estet Midlands Kelang. Mereka datang dengan kereta beramai-ramai, ada yang tolong membawa mereka.Ada yang memakai sari, ada juga yang hanya berkain batik. Teringat juga saya tentang perarakan aman di Kamunting pada September tahun lepas, ramai juga makcik2 kaum India yang turut datang. Mereka sanggup datang beramai demi mempertahankan prinsip yang sama walaupun orang yang diperjuangkan kebebasannya berlainan kaum dan agama. Itulah yang membuatkan saya rasa terharu melihat kehadiran mereka yang begitu ramai sekali, sambil ramai-ramai melaungkan slogan-slogan anti perang kebencian pada Bush dan Amerika yang menzalimi umat Islam. ”KELUAR DARI IRAQ, JANGAN KACAU IRAN,HENTIKAN PERANG”.

Dimana kita semua berada pagi tadi ya.....

Dalam perjalanan pulang dari demo tadi, didalam kereta bersama Pak Abu sekeluarga, Pak Abu membacakan sms yang diterima daripada Dr Rani-Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. SMS berbunyi lebih kurang ” Tadi sempat bertanya pd seorang makcik India, dtg dari mana? Katanya dari Negeri Sembilan. Ana tertanya-tanya pula, dimana ya orang2 melayu KL ni. Hmmm..patutla....AHAD,AHAD, AHAD..ini lah dia keturunan BELAI BIN REBAH’. Kami mengambil masa juga untuk memahami maksud sms tersebut, sehingga Pak Abu terpaksa explain sikit. Ha..orang Melayu..hari Ahad, cuti..kena belai, terus rebah...Barulah terdekah2 kami semua ketawa.

Hmmm, macam-macam alasan yang boleh kita buat..bila buat hari Jumaat, orang komen,apasal buat hari Jumaat, engkorang tak keje ke? Buatlah hari Ahad..pun tak ramai juga.

Memanglah nampak matlamat untuk pergi berdemo untuk minta tamatkan perang, DOWN-DOWN BUSH amat sukar dicapai, at least, inilah amal yang paling sedikit yang dapat kita lakukan dalam menzahirkan kebencian pada Amerika, BUSH dan sekutunya.Benci pada kezaliman. At least, InsyaAllah, jika ada seruan JIHAD yang sebenarnya kita sudah bersedia untuk turun berperang dengan orang yang zalim. Berdepan dengan FRU pun boleh dijadikan satu latihan, cuba tengok gambar-gambar FRU terkini, pakaian mereka beserta but mereka, rasa saya paling terkini, dulu tak macam tu, sekarang ala-ala ROBOCOP pulak. Water Cannonnya juga boleh saja belasah melanggar benteng-benteng jalan demi untuk menyerang para peserta demo.Alhamdulillah, kali ini truck FRU tak kelihatan pula.

Sama-sama kita fikirkan untuk mencapai target KPI POL, sekurang-kurangnya 500 orang tu..kenalah kita belajar dari organisasi kaum India dan China yang ramai datang tadi dan bukan hanya cakap-cakap atau tulis saja. Kita mampu merubah keadaan.

Sekian.

Nashita Md Noor"

Sunday, March 05, 2006

Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum A/I semuga dirahmati Allah. Di sini saya masukkan sekali lagi beberapa panduan umum mempelajari bahasa Arab yang telah saya hantar kepada JIM-PJ-net beberapa lama dahulu semuga ada mamfaatnya untu kkita semua.


Sebagai menyahut seruan Sheikh Jusri supaya saya menulis berkenaan bahasa Arab sukacita saya tulis semula satu 'karangan" yang saya pernah tulis di satu masa dahulu iaitu ketika tiada alat komunikasi canggih seperti sekarang yang paling canggih mampu dimiliki oleh orang berada ialah alat 'ATUR' yang dijingjing (atau 'ghembiang") kata orang utara. karangan ini sebenarnya hilang buat sekita di dalam simpanan saya sendiri dan saya menemuinya semula ketika mengemas fail-fail lama.Saya yakin isinya masih releven lagi di waktu kini dengan sedikit ubah suai.

Saya masih ingat lagi kata -kata Akh Us Muhsin bekas pensyarah UIA beliau juga adalah abang Us Dr Farid yang menegaskan bahawa sebagai akh dan ukht kita semua 'wajib' menguasai bahasa Arab dan bagi orang yang belum faham lagi bahasa ini mereka hendaklah menanam keazaman untuk menguasainya dalam masa tertentu samada setahun, dua tahun seterusnya hingga lima tahun.

Di antara perkara utama untuk menguasai b Arab ialah mengingati sebanyak mungkin perbendaharaan kata dalam b Arab ( Ini sama juga seperti bahasa lain walaupun pada hakikatnya kita masih mampu menggunakan bahasa ini dengan kadar perkataan yang sedikit asalkan kita faham ilmu sarf atau morfologi arab kerana dari satu kata dasar kita dapat memecahkannya kepada berpuluh-puluh perkataan lain). Ada orang berkata bahawa kita perlu mengetahui 3000 perkataan untuk membolehkan kita menggunakan sesuatu bahasa itu. Saya pula berpendapat bahawa jika kita menguasai sekitar 100 patah perkataan sahaja pun sudah memadai untuk bercakap dalam b Arab disamping terus berusaha menambah bilangannya dari hari ke hari berikutnya.
.Saya harap i/a dapat menbaca teks arab dari tulisan ini dengan memuat turun fon arab atau memasukkan progran arab dalam komputer masing-masing.

Saya telah berjanji untuk memberi petua bagi menambah perbendaharaan kata. Petua ini adalah dari pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman rakan-rakan saya yang belajar di Malaysia.Pengalaman orang yang pernah belajar bahasa arab di luar negara berlaianan dengan apa yang akan saya berikan.Di luar negara khususnya di negeri arab kita sentiasa berdepan dengan suasana terpaksa dan memaksa diri kita untuk bercakap dan memahami bahasa arab (ini pun sama seperti bahasa Inggeris dll) suasana inilah sebenarnya guru kita mahu tidak mahu kita terpaksa berkomunikasi dengan bahasa tempatan kecuali di tempat tertentu yang terdapat ramai orang Melayu di situ maka kita kurang berkomunikasi dgn b.arab sesama rakan dari Malaysia jadi keadaan ini kurang membantu kita menguasai b. arab.

Pertama sekali kita 'wajib' ada kamus kerana seorang guru saya pernah berkata "kalau hendak belajar bahasa arab tetapi tak ada kamus itu kerja karut. Berbagai kamus boleh didapati di pasaran pilih saja yang mana berkenan tetapi biarlah yang agak tebal dan mahal sedikit kerana isinya tentu lebih baik dan banyak jumlah perkataan. Saya pernah diminta untuk mencadangkan apakah kamus yang terbaik untuk dibeli? Saya tidak dapat memberi cadangan terbaik setakat ini tetapi antara yang terbaik ialah ÞÇãæÓ ãÑÈæí 'Kamus Marbawi' tulisan Sheikh Idris Al Marbawi .Beliau menulis kamus ini pada tahun 1937 namun masih segar digunakan dan sangat berkat kerana kebanyakan ulama di negara ini semuanya pernah menggunakan kamus ini dan ia boleh didapati di kedai-buku.
. Kamus yang ada itu hendaklah dibuka selalu disamping cuba mengingati beberapa perkataan dalam sehari. Mungkin kita agak bosan dengan cara ini jadi kita perlu ada cara lain untuk mengingati sebanyak mungkin 'vocab' atau ãÝÑÏÇÊ dalam b .Arab.Selain dari memiliki kamus kita juga perlu ada buku catatan kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana kerana semua perkataan yang ada dalam kamus takkan hilang apa yang hilang ialah apa yang ada dalam ingatan kita.

Kita sentiasa membaca Al-Qur'an, Hadis berdoa dan melakukan semua ibadat dalam b.arab.Mungkin sudah banyak makna-makna yang kita telah tahu tak kurang juga lebih banyak lagi makna yang kita tak tahu.Apa yang kita tak tahu inilah yang kita perlukan kamus.Mungkin akan menjadi lebih bosan nak cari semua makna dalam kamus.Jangan risau cuba lakukan cara berikut.

Buku catatan dan pen/pencil perlu sentiasa ada bersama kita.Bila membaca tek Arab cuba perhatikan mana-mana perkataan yang kita sangat tertarik untuk mengetahui maknanya (bukan keseluruhan sesuatu ayat itu) mungkin perkataan utama bagi ayat itu atau sesuatu perkataan yang sedap bunyinya,perkataan yang agak pelik untuk disebut atau perkataan yang sering kita ulang menyebutnya setiap hari tetapi kita masih tak tahu ertinya lagi. Jadi perkataan beginilah yang perlu dicatat dalam buku kecil tadi (mesti catat dulu ) selepas itu barulah kita buka kamus mencari maknanya.Apa macam? cuba try Åä ÔÇÁ Çááå semua perkataan tadi (kalau tak semua mungkin separuh) akan terpahat dalam ingatan kita.

Cara yang saya sebut tadi kita mencari makana perkataan Arab dalam b Melayu (perlu ada kamus Arab/Melayu) Ada satu panduan lagi cara kita mencari makna Melayu dalam b Arab (Jadi kita perlu ada juga kamus Melayu/Arab).Kita mungkin ingin tahu apa erti perkataan tertentu dalam b Arab Contohnya apa makna angin yang keluar dari saluran belakang (minta maaf saya guna contoh yang kurang sopan sikit tapi contoh macam inilah yang senang nak ingat - dalam b. Arab kalau angin yang berbunyi makna lain yang tak berbunyi pun ada maknya juga.Inilah istimewanya b.arab) Sama juga macam cara pertama tadi tulis dulu perkataan 'k........' dll yang seumpama dengannya lepas itu carilah dalam kamus.

Bersambung.................................

Wanita JIM-PJ terlibat dalam program lawatan Rombongan NU- Indonesia


Pusat Komuniti JIM, 5 Mac- Wanita JIM Pusat telah menerima kunjungan muhibbah daripada rombongan Cabang Muslimat Nahdatul Ulama' dari Bandar Takaran, Indonesia di Kompleks JIM, Melewati . Seramai 22 orang muslimah beserta 4 orang kanak-kanak telah di beri taklimat mengenai aktiviti JIM amnya dan Wanita khususnya. Mereka amat berbesar hati dengan kesudian pihak JIM untuk menerima kunjungan mereka setelah tidak menerima sebarang jawapan dari pihak lain yang mereka hubungi.Kehadiran diserikan juga oleh Bapak Presiden, satu-satunya ikhwah yang terlibat dalam sesi dialog.
Syabas kepada Ukhti Roha dan barisan pimpinan lain yang terlibat dalam persediaan kunjungan di saat akhir ini dan dibantu oleh wakil dari 6 daerah lain yang telah di beri penghormatan untuk di sinergikan aktiviti bersama PUSAT. Wanita PJ diwakili oleh Ketua Wanita , AJK T-PSM dan AJK Pembangunan Keluarga.
JZKK akhawat kerana kesudian membantu walaupun dimaklumkan disaat akhir.
MMD

Saturday, March 04, 2006

Qiam Ikhwah bulan Mac 2006

Bandar Utama, 4 Mac -- Qiam bulan Mac 2006 untuk Ikhwah telah di adakan di Surau Al Syakirin Bandar Utama. Qiam kali ini tanpa kehadiran adik-adik dari IPT yang mempunyai program di Masjid Shah Alam. Walaubagaimanapun ianya di serikan lagi dengan dua orang sahabat yang baru pertama kali bersama kita untuk program Qiam ini iaitu Sdr Nuruddin & Sdr Mohamad Shahid. Sdr Nuruddin pernah bersama kita di Kuliah Us Maszlee sementara Sdr Shahid pernah mengikuti program KRJ semasa bersekolah di Sekolah Taman Medan dahulu.

Para peserta tidur pada jam 12 tengahmalam selepas bertilawah bersama-sama dan bangun semula pada jam 5 pagi. Qiamulalil telah di pimpin oleh Cikgu Tamrin. Selesai Solat Subuh, peserta membaca Al-Maa'turat dengan pimpinan Us Fauzi.

Kuliah subuh telah di sampaikan oleh Dr Roslan, ahli JIM Petaling Jaya yang juga seorang pensyarah di University Malaya. Beliau menyampaikan peringatan-peringatan berasaskan pengalaman dakwah beliau selama ini. Antara lain beliau memperingatkan:
  • Bersyukur atas nikmat dan menggunakannya sebaiknya sementara ianya masih ada
  • Kekuatan dan pengajaran dari solat berjamaah; saf yang perlu rapat; memulakan solat berjamaah terutamanya di R&R yang mana ramai gemar bersolat sendirian.
  • Persediaan untuk mati; jalankan kerja dakwah ini dengan nikmat & tanggungjawab yang kita ada, jika tidak keluarga, jiran & masyarakat akan tuntut di akhirat nanti bahawa kita tidak pernah menyampaikan kepada mereka.
Majlis di akhiri dengan sarapan pagi yang disediakan oleh Sdr Kamal.

Thursday, March 02, 2006

Iftar Wanita JIM PJ Pertama 2006


Petaling Jaya, 2 Mac -- Iftar ulung kali Wanita JIM PJ kali ini telah di hadiri hampir 30 orang peserta terdiri daripada Karisma PJ dan Wanita JIM PJ di Taska Sinar Ceria, Petaling Jaya. Program yang bertemakan Berpuasa, Berjumpa dan Bersua telah menemukan adik(anak)2 remaja dan wanita (makcik dan kakak) dalam suasana amat mesra dalam mencari redha Allah. Tazkirah telah di sampaikan oleh siswi muda dari Universiti Malaya dan menyentuh perihal kepentingan berusaha mendekati dan menghadirkan diri kepada Allah secara jamaei. Gabungan usaha junior-senior seperti ini memberi kekuatan kepada kedua-dua pihak seperti kata beliau " yang muda penuh keinginan dan keazaman, yang tua penuh pengalaman dan pandangan...jika disynergikan......". MasyaAllah....berwawasan besar gadis kecil ini ! Harap kita ramai-ramai dapat bersama-sama untuk iftar yang akan datang !!!!! Pihak Wanita JIM-Pj mengucapkan terima kasih kepada pihak TASKA yang sudi menjadi host program. Terima kasih daun keladi .

ERATKAN UKHUWWAH PERKASAKAN DAKWAH
JZKK.
MMD