Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, March 04, 2006

Qiam Ikhwah bulan Mac 2006

Bandar Utama, 4 Mac -- Qiam bulan Mac 2006 untuk Ikhwah telah di adakan di Surau Al Syakirin Bandar Utama. Qiam kali ini tanpa kehadiran adik-adik dari IPT yang mempunyai program di Masjid Shah Alam. Walaubagaimanapun ianya di serikan lagi dengan dua orang sahabat yang baru pertama kali bersama kita untuk program Qiam ini iaitu Sdr Nuruddin & Sdr Mohamad Shahid. Sdr Nuruddin pernah bersama kita di Kuliah Us Maszlee sementara Sdr Shahid pernah mengikuti program KRJ semasa bersekolah di Sekolah Taman Medan dahulu.

Para peserta tidur pada jam 12 tengahmalam selepas bertilawah bersama-sama dan bangun semula pada jam 5 pagi. Qiamulalil telah di pimpin oleh Cikgu Tamrin. Selesai Solat Subuh, peserta membaca Al-Maa'turat dengan pimpinan Us Fauzi.

Kuliah subuh telah di sampaikan oleh Dr Roslan, ahli JIM Petaling Jaya yang juga seorang pensyarah di University Malaya. Beliau menyampaikan peringatan-peringatan berasaskan pengalaman dakwah beliau selama ini. Antara lain beliau memperingatkan:
  • Bersyukur atas nikmat dan menggunakannya sebaiknya sementara ianya masih ada
  • Kekuatan dan pengajaran dari solat berjamaah; saf yang perlu rapat; memulakan solat berjamaah terutamanya di R&R yang mana ramai gemar bersolat sendirian.
  • Persediaan untuk mati; jalankan kerja dakwah ini dengan nikmat & tanggungjawab yang kita ada, jika tidak keluarga, jiran & masyarakat akan tuntut di akhirat nanti bahawa kita tidak pernah menyampaikan kepada mereka.
Majlis di akhiri dengan sarapan pagi yang disediakan oleh Sdr Kamal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home