Qiam Ikhwah Bulan Feb 2006


Makan malam telah di sediakan oleh Sdr Anuar Aris (TYDP JIM PJ) untuk peserta juga sebagai kenduri anak beliau Maryam Madihah yang akan melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang Human Nutrition. Maryam merupakan aktivis pewaris JIM, kita doakan beliau berjaya dan akan meneruskan pejuangan ibubapa beliau di atas jalan dakwah ini.
Peserta kemudiannya tidur dan bangun semula pada jam 5.15 pagi untuk solat tahajjud dan tasbih yang di pimpin oleh Sdr Kamal (SU JIM PJ).
Selesai solat subuh Sdr Shamsul (JK IPT JIM PJ) telah memimpin bacaan Al-Maaturat.
Kuliah subuh telah di sampaikan oleh Dr Hadzri, AJK JIM PJ yang juga seorang doktor perubatan. Beliau mengingatkan kita akan ciri-ciri seorang amil atau pekerja di jalan dakwah ini:
- Pemurah; bukan sahaja wang ringgit, tetapi juga masa dan hati yang sentiasa lapang untuk memaafkan dan bersangka baik terutamanya dikalangan rakan-rakan seperjuangan.
- Bijaksana; berdakwah dengan hikmah, melakukan perkara yang betul pada saat & ketika yang betul
- Keberanian; sanggup berkorban di jalan Allah dan hati yang sentiasa bertaut kepada Allah swt
- Taat; tanpa taat perancangan dan kerja tidak dapat di laksanakan dengan baik.
Kita berharap lebih ramai yang dapat bersama-sama kita di qiam yang akan datang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home