Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, February 05, 2006

Remaja Ikuti Kursus Asas Fasilitator

LAPORAN INDUKSI/TOT KURSUS ASAS FASILITATOR KELAB REMAJA JIM PJ 2006
TARIKH:5 FEB 2006
TEMPAT:DEWAN SIVIK, MPPJ
MASA:10.00 AM-2.00 PM

PESERTA:

Cikgu AzmiMusa, Ridzwani Lidam, Ruzain Syukur Mansor,Nublan Abd Malek,Abdus salam Anuar, Maryam Madihah Anuar, Siti Hamizah Mohd Jetgeri, Nur Fazila Daud, Siti Salbiah Sahudin,Rozialin Mohamad Yusof, Nur Diyana Mohd Rajuli,NuurQkyrul Suqma Mohd Roslan,Normawati Mohd Kasim, Nadzirah Ahmad basri.

PENDAHULUAN

Siri program latihan fasilitator ini adalah kesinambungan daripada siri-siri latihan penggerak / fasilitator yang lalu dan juga merupakan agenda tetap kelab Remaja JIM PJ.ianya dilihat amat penting bagi mendedahkan para aktivis dengan kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator yang effektif lantas sebagai persediaan untuk pengendalian program-program motivasi yang berkesan.

PERJALANAN PROGRAM

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Cikgu Azmi sebagai Pengurus KRJPJ dengan penyataan harapannya mahu melihat para fasilitator dapat menggarap ilmu latihan secukupnya.

Seterusnya sesi latihan fasilitator dikendalikan oleh akh Khalid dan Fadzli.Anak muda yang sememangnya berpengalaman tersebut memulakan sesi latihan dengan aspek pengenalan dan ciri-ciri yang harus ada pada seorang fasilitator bagi layak digelar fasilitator ideal.

Agenda seterusnya para peserta dijelaskan tentang pengendalian program bermula dengan upacara perasmian, aktiviti sampingan , dan tugas utama yang harus diketahui oleh fasilitator terutamanya melibatkan pengurusan majlis dan slot-slot program.

Akh Fadhli seterusnya mengambil tempat dengan penerangannya lebih berkenaan tentang modul-modul LDK 1,2 dan 3.Sesi penerangan disusuli dengan penglibatan para peserta samada melalui aktiviti sumbangsaran mahupun demonstrasi.Methodologi tersebut dilihat sebagai amat berkesan sebelum diterjemahkan dalam program motivasi sebenar.

Melalui perkongsian cebisan kisah dan pengalaman mereka mengendalikan program menggunakan modul tersebut nyata banyak membantu pengendalian demonstrasi teknik latihan yang amat berkesan.Interaksi dan respon daripada peserta program yang cukup 'sporting' memudahkan tugas akh Khalid dan Fadhli mengatur bicara dan memudahcara kumpulan kelompok pendakwah muda dari KRJPJ.

Program TOT kali ini juga turut dihadiri oleh akh Mazmi (YDP JIM PJ) yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada para penggerak remaja yang selama ini turut sama merencana agenda melahirkan remaja Soleh wa Musleh.Beliau juga menyentuh sedikit sebanyak peranan remaja atau daie' muda di zaman sahabat yang kental semangat jihadnya.menyedari perubahan masa maka amatlah penting kelompok penggerak remaja yang diwakili KRJPJ untuk terus aktif mencorak langkah dan program seperti ini sebenarnya adalah platform yang tepat dengan turut memberikan kredit kepada pengendali TOT kali ini diatas usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Dalam waktu yang singkat pengendali latihan kali ini menyimpulkan secara ringkas beberapa aspek sampingan seperti pelaksanaan Riadhah, dan juga beberapa nasihat dan tunjuk ajar kepada para fasilitator terutama bagi yang akan menganjurkan program KRJPJ terdekat di TTDI 11-13 Februari ini.

Kesimpulan

Adalah diharapkan siri-siri latihan fasilitator ini dapat terus diadakan dengan topik-topik yang pelbagai dalam membangun sumber manusia supaya pengendalian program akan lebih succes dan menarik perhatian remaja.Segala kerjasama dari semua pihak termasuk pihak JIMPJ, MPPJ , aktivis krjpj, akh khalid dan fadhli, serta semua yang terlibat menjayakan program ini amat-amat dihargai.

Semoga pengendalian program terdekat KRJPJ di TTDI hujung minggu ini akan mencapai objektif yang ditetapkan dan diberkati ALLAh hendaknya.

Sekian, wassalam

Disediakan Oleh
Ruzain Syukur B Mansor

0 Comments:

Post a Comment

<< Home