Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Friday, December 09, 2005

Ucapan Dasar PPWN 2005: MEMPERKASA JARINGAN KEKELUARGAAN BAGI MENDEPANI CABARAN UMMAH

Nota: Di petik terus dari sumber asal; format mungkin akan kurang memuaskan

UCAPAN DASAR KETUA WANITA
PERHIMPUNAN PERWAKILAN WANITA NASIONAL 2005
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)


MEMPERKASA JARINGAN KEKELUARGAAN BAGI MENDEPANI CABARAN UMMAH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salawat dan salam ditujukan khusus buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sabahat dan ahli keluarga baginda.

Sekali lagi kita dihimpunkan dalam majlis Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional untuk kali ke 12 (PPWN 2005) yang penuh dengan keberkatan ini. Dari seluruh pelusuk negara kita datang, masing-masing dengan satu tekad yang jitu. Tiada hasrat lain yang tersemat di dada setiap perwakilan yang hadir, melainkan untuk mempertingkatkan komitmen dan iltizam dalam menjayakan dakwah yang merupakan `core business’ kita semua. Kita juga berusaha untuk meneruskan tradisi bekerja dalam kumpulan dan pasukan atau amal jama`i yang jauh lebih kemas dan tersusun, agar kita dapat mencapai objektif dan wawasan yang telah kita gariskan bersama.



Di awal ucapan ini, saya ingin memperingatkan diri saya dan juga para perwakilan sekelian, bahawa apabila kita merelakan diri untuk memikul gelaran du’at atau pendakwah ini, kita sebenarnya telah mengikat satu janji setia dengan Allah SWT untuk menggunakan segala keupayaan dan kudrat yang ada bagi memastikan risalah Allah tersebar luas demi untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu juga, sekaligus kita mengizinkan diri kita ini diwakafkan untuk jalan yang diwariskan oleh para anbiya’. Kita mahu kehidupan kita dijadikan modal kepada satu perniagaan yang tidak akan rugi serta dapat menghindarkan kita dari azab siksaan Neraka yang pedih, sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam Surah As-Saff : ayat 10 -11 yang mafhumnya :



`Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).’



Kita tentu amat ingin untuk tergolong dalam kelompok mereka yang `dibeli’ jiwa dan hartanya oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam Surah At-Taubah : ayat ke-11 yang mafhumnya :



`Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga.’



Kita juga sedar, bahawa komitmen kita kepada perjuangan ini menghendaki agar kita sentiasa melakukan penambahbaikan atau islah kepada setiap aspek kehidupan kita sebagai individu, dalam keluarga dan persekitaran komuniti yang kita diami. Kita meletakkan satu piawaian yang tinggi kepada setiap apa yang kita lakukan. Segala-galanya ditempohi untuk memastikan kita dapat meraih keredhaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.



Sidang perwakilan yang dikasihi sekelian,



Dalam lima ucapan dasar sebelum ini, saya telah memberikan banyak penekanan terhadap peranan wanita dalam memimpin ummah yang berhadapan dengan cabaran globalisasi. Kali ini, saya akan menjurus kepada peranan wanita dalam aspek pemerkasaan institusi keluarga pula, dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh. Dalam ucapan dasar kedua pada tahun 2001, aspek ini telah disentuh dengan tema `Menerajui Inovasi Pengislahan Keluarga’ – yang dirasakan lebih memberikan tumpuan kepada institusi keluarga dalaman ahli-ahli JIM. Namun tidak dapat dinafikan, dari situ tercetus satu gagasan idealisme yang begitu konsisten dipegang oleh Wanita JIM dalam menterjemahkan fungsi dakwah terhadap masyarakat. Disebabkan oleh keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan keluarga, Wanita JIM secara proaktif dilihat oleh umum sebagai pejuang dan pembela kepada keutuhan institusi asas ini. Apa jua isu yang berkaitan dengan wanita dan kekeluargaan, akan biasanya menggamit respon dan tindakbalas dari Wanita JIM.



Dalam ucapan dasar kali ini, kepekaan tersebut akan digarap mengambilkira perkembangan semasa yang berlaku dalam senario antarabangsa dan tempatan. Institusi kekeluargaan juga dilihat sebagai satu unit asas yang lebih meluas dengan mengambilkira jaringan (networking) yang ada. Isu kekeluargaan akan membabitkan kesemua anggota dalam masyarakat, sama ada mereka yang sudah berumahtangga mahupun yang belum. Langkah-langkah pemerkasaan yang dicadangkan diharap dapat mencetuskan satu lagi gagasan idealisme yang akan melonjakkan Wanita JIM kepada satu tahap pembabitan sosial yang lebih tinggi dan berdaya saing.



Jaringan Kekeluargaan – Pengertian dan Kepentingan



Saya merujuk kepada definisi insitusi keluarga sebagai :



Satu unit asas masyarakat yang terdiri dari satu kumpulan manusia yang dianggotai oleh dua orang atau lebih, yang saling berhubungkait sama ada melalui keturunan, perkahwinan atau diangkat (adopted) dan tinggal bersama.’



(www.ed.gov/pubs/YouthIndicators/Glossary.html



Dalam konteks ucapan dasar ini, keluarga ditakrifkan dalam ertikata yang luas dan tidak hanya merangkumi kelompok manusia yang mempunyai pertalian perkahwinan dan persaudaraan semata-mata. Bahkan sekiranya kita menyemak semula hadith Rasulullah SAW mengenai hubungan sesama mukmin, jelaslah betapa eratnya hubungan persaudaraan dan kekeluargaan yang sepatutnya wujud di antara mereka. Mafhum hadith Rasullulah SAW di bawah menggambarkan konsep persaudaraan ini :



Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.

Sahih Muslim : 4685

Aspek kekeluargaan yang meluas inilah yang dimaksudkan dengan jaringan kekeluargaan atau family networking. Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan, setiap pihak yang mempunyai peranan dan keperluan dalam kehidupan berkeluarga adalah merupakan `stakeholders’ dalam jaringan ini. Dengan itu juga, jaringan meluas ini akan menyaksikan pembabitan `key-players’ di persada antarabangsa hinggalah kepada tahap individu yang membentuk unit asas sesuatu keluarga itu. Pendekata, apa sahaja persamaan dari sudut idealisme dan praktikal, kepentingan dan keperluan yang dikongsi sudah cukup untuk menjadikan kelompok manusia itu termasuk dalam `lingkungan jaringan kekeluargaan’ ini. Dalam konteks yang lebih menjurus kepada organisasi, JIM sememangnya sedar akan kewujudan jaringan kekeluargaan yang ada dalam kalangan ahli-ahlinya, yang diikat bersama oleh kebersamaan wawasan dan aspirasi berasaskan amanah dan tanggungjawab dakwah yang terpikul di bahu.



Jaringan ini mempunyai kekuatan dan keupayaan yang amat diperlukan untuk menyediakan sokongan kepada kehidupan manusia. `No man is an island’ – menggambarkan bagaimana manusia itu tidak boleh hidup bersendirian, tanpa bergantung kepada kelompok manusia lain. Merujuk kepada tujuan dan fungsi institusi kekeluargaan sebagaimana yang digariskan oleh Abu Urwah dalam Buku Risalah Usrah 4 : Wanita dan Kekeluargaan, terdapat tujuh fungsi utama seperti berikut :



1. Pengekalan dan Penerusan Zuriat Keturunan Manusia.



Peranan biologikal ini cukup jelas dirakamkan dalam Surah An-Nisa’, ayat 1 yang mafhumnya :



Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.



2. Perlindungan Akhlak dan Tatasusila



Kecenderungan tabii manusia dijuruskan melalui satu sistem kontrak sosial yang memastikan setiap pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hubungan seksual antara lelaki dan wanita yang tidak menekankan aspek pertanggungjawaban hanya akan membawa kepada kerosakan akhlak dan tatasusila. Dalam Surah Al Maidah, ayat ke-5, Allah menegaskan (mafhumnya):



...... dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.



3. Pencetus kepada Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang



Jaringan kekeluargaan dalam Islam merupakan pusat mengembangkan kasih sayang, kebaikan, ketenteraman jiwa, pengorbanan, perlindungan, kehormatan dan perasaan saling mempercayai, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Surah Ar-Ruum , ayat 21 yang mafhumnya :



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.



4. Pembentukan dan Pembinaan Sistem Nilai



Pembentukan hidup manusia tidak akan sempurna dan pincang sekiranya tiada pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan kepada ciri-ciri spiritual yang tinggi. Hubungan keilmuan dan kerohanian mestilah sentiasa berterusan dan konsisten. Allah mengingatkan kita dalam aspek ini melalui ayat ke-6, Surah At-Tahrim yang mafhumnya :



Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala);.....



5. Pengukuhan Jaminan Sosial dan Ekonomi



Seluruh ahli dalam jaringan kekeluargaan yang efektif seharusnya dapat menikmati jaminan sosial dan ekonomi yang baik. Konsep saling membantu dan keprihatinan sosial yang tinggi akan memastikan setiap anggota masyarakat terbela. Dalam konteks ini, peranan dan tanggungjawab ini diperjelaskan dalam ayat 34, Surah An-Nisa’ yang mafhumnya:



Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.....



6. Pemantapan Kekuatan Sosial melalui Jaringan Persaudaraan



Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya :

` Ikatan perkahwinan itu (antara dua keluarga dan bangsa) menambahkan persaudaraan lebih dari segala sesuatu’.



7. Peningkatan Keazaman untuk Berusaha dan Berkorban



Kaum lelaki yang bertindak sebagai ketua keluarga dididik melalui tanggungjawab menyara ahli keluarganya agar membina keazaman berikhtiar mencari sumber rezeki yang hala tanpa mengenal jemu dan lelah. Sementara ibu pula dipertanggungjawabkan untuk memberikan sepenuh penjagaan kepada anak-anaknya. Perhatikan ayat ke 233, Surah Al Baqarah yang mafhumnya :



` Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya……………..’



Kedudukan Institusi Keluarga dalam Masyarakat Hari Ini



Sidang perwakilan yang dirahmati Allah sekelian



Kita tentunya mengakui perihal pentingnya institusi dan jaringan kekeluargaan ini sebagai unit asas masyarakat. Namun dalam masa yang sama, kita tidak dapat menafikan terdapatnya perubahan ketara yang berlaku dalam dinamisme masyarakat hari ini. Terdapat dua kesimpulan yang boleh diambil mengenai kedudukan institusi kekeluargaan hari ini.



Pertama : Institusi kekeluargaan tidak lagi mampu memainkan peranan serta fungsi-fungsi asasnya dengan baik, menyebabkan kadar kegawatan sosial masyarakat semakin meningkat dengan kadar yang begitu mencemaskan.



Kedua : Institusi kekeluargaan tidak lagi dianggap mulia, penting dan semakin hilang popularitinya. Malahan terdapat pandangan yang menganggap keluargalah punca penderitaan ramai manusia di dunia ini.



Pandangan negatif terhadap institusi kekeluargaan sudah lama menular dan berakar umbi dalam masyarakat, terutamanya di kalangan mereka yang terpaksa melalui pengalaman pedih hidup dalam penderitaan dan penganiayaan fizikal, seksual serta emosi yang dicetuskan oleh ahli keluarga sendiri. Kelompok yang berpandangan sebegini, sebenarnya telah meresap masuk dan menjadi suara lantang di persada antarabangsa serta telah berjaya membentuk satu gelombang pergerakan yang menentang keluarga (anti-family movement). Di peringkat penggubalan polisi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) – kelompok yang diketuai oleh golongan feminis ini telah berjaya melobi agenda anti-keluarga dalam hampir kesemua dasar-dasar serta polisi yang dikeluarkan. Secara ringkasnya, pandangan kelompok Anti-Keluarga ini disimpulkan oleh Susan Roylance dalam bukunya ` Defending Marriage and Family In the Halls of the U.N’ :



1. Keluarga adalah satu institusi patriarki yang lapuk, yang diwujudkan oleh lelaki bagi memastikan wanita sentiasa berada di bawah telunjuk mereka.



2. Anak-anak lebih baik dijaga di pusat jagaan harian yang dikendalikan oleh pihak profesional yang terlatih daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri.



3. Wanita mestilah digalakkan untuk turut serta dalam pasaran buruh, bekerja di luar rumah dan meninggalkan anak-anak mereka demi untuk menambah pendapatan negara.



4. Wanita harus diberikan hak menggugurkan kandungan mereka agar tidak dibebankan oleh tanggungjawab keibuan yang boleh mengganggu pretasi kerja mereka.



5. Agama dianggap satu halangan kepada pencapaian hak asasi manusia sepenuhnya kerana agama menggalakkan keibuan, kekeluargaan, perkahwinan dan paksaan seksual.



6. Homoseksualiti adalah sesuatu yang tabii dan satu bentuk ekspresi seksualiti manusia yang bukan sahaja mesti diakui oleh peruntukan undang-undang, malahan perlu dilindungi, digalakkan dan diraikan.



Pendapat dan pandangan yang jelas terpesong ini, malangnya menjadi landasan utama bagi setiap dokumen, polisi dan ketentuan konvensyen yang diputuskan di Ibupejabat Bangsa-bangsa Bersatu. Pengalaman mewakili International Islamic Committee for Woman and Child (IICWC) dan menghadiri sendiri `The 49th Session of UN Commission on the Status of Women (CSW) ’ yang juga dipanggil Beijing +10 di New York dari 28 Februari hingga 11 Mac yang lalu, membuka mata saya terhadap usaha golongan feminis radikal yang melobi secara terang-terangan agenda anti-keluarga mereka di setiap sesi forum yang menentukan dasar dan polisi antarabangsa mengenai wanita khususnya. Nyata, terdapat tiga aspek yang begitu ketara diperjuangkan :



1. Dari sudut istilah dan bahasa, definisi `gender’ yang dipergunakan di UN ditakrifkan sebagai satu konstruk sosial yang memberikan ruang yang luas dari sudut penakrifan, bagi memasukkan dan mengiktiraf orientasi seksual yang lain, termasuklah golongan homoseksual dan lesbian.



2. Usaha memastikan semua negara di dunia mengiktiraf penguguran sebagai satu hak asasi reproduksi wanita, yang dikatakan boleh menentukan sama ada dia mahu terus hamil atau sebaliknya. Pengharaman pengguguran di sudut undang-undang dikira sebagai satu pencerobohan terhadap hak asasi wanita.



3. Definisi `unit keluarga’ tidak hanya bermula dengan perkongsian hidup seorang lelaki dan wanita yang kemudiannya menghasilkan zuriat, sebaliknya merangkumi juga keluarga ibu atau bapa tunggal serta keluarga golongan homoseksual dan lesbian yang membuat keputusan untuk tinggal bersama dan membela anak-anak.



Nyatalah, apa yang dahulu dianggap `normal’ sudah tidak lagi normal. Usaha melobi yang begitu agresif oleh golongan feminis radikal ini telahpun banyak mewarnakan dokumen-dokumen yang diluluskan oleh UN dan mempunyai kesan yang signifikan, sama ada secara terus atau tidak langsung terhadap polisi kekeluargaan di semua negara di dunia. Tentangan dari kelompok `pro-keluarga’ di platform UN pula, yang merupakan kelompok minoriti di lobi –lobi UN, amatlah perlu bagi mengimbangi keadaan kemelut ini. IICWC berkerja erat dengan golongan Kristian yang menggelar diri mereka The Holy See yang mewakili Vatican dalam usaha memperjuangkan agenda `pro-family’. Ketegangan sentiasa berlaku setiap kali mesyuarat cuba membuat sesuatu ketetapan di bilik-bilik konferens di UN. Dalam tema Hari Wanita 2005 yang berkisar mengenai kesamarataan gender (gender equality), tuntutan golongan anti-keluarga begitu ketara sekali. Dua minggu selepas itu, Amina Wadud pula mencuri publisiti apabila menjadi imam kepada satu sesi solat Jumaat di Manhattan bagi membuktikan kesamarataan gender dalam Islam. Beberapa hari kemudian, sebuah masjid yang dikhususkan buat wanita pula diwujudkan di Amsterdam. Jelaslah, tempiasnya telah sampai juga ke dalam kehidupan umat Islam hari ini.



Sidang perwakilan yang dikasihi sekelian,



Persidangan Antarabangsa mengenai Keluarga 2005, Doha



Perjuangan memastikan keluarga terus menjadi unit asas yang paling penting dalam pembangunan ketamadunan manusia masih tetap mendapat sokongan dan perhatian antarabangsa. Dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Keluarga di Doha (Doha International Conference on the Family) yang diadakan setahun yang lalu ( 29 – 30 November 2004), satu deklarasi penting yang boleh dianggap mewakili pandangan golongan `pro-family’ dinamakan Deklarasi Doha dikeluarkan ( Teks penuh – lihat lampiran). Dalam deklarasi ini, terdapat 18 tindakan yang disarankan kepada Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu yang mencakupi 5 aspek – sudut nilai etika, agama dan budaya, aspek maruah manusia, keluarga, perkahwinan, keibubapaan dan anak-anak, sebagaimana yang disenaraikan di bawah:



Jadual 1 : SARANAN TINDAKAN – DEKLARASI DOHA 2005



A. NILAI-NILAI BUDAYA, UGAMA DAN SOSIAL

1.


Membangun program untuk meransang dan menggalakkan dialog antara negara, agama, budaya dan ketamadunan mengenai persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga termasuk langkah-langkah memelihara dan mempertahankan institusi perkahwinan

2.


Menegaskan kepentingan kepercayaan , agama dan nilai etika dalam meneruskan kemantapan keluarga dan kemajuan sosial

3.


Menilai dan mengkaji semula sejauh mana undang-undang dan polisi antarabangsa mematuhi prinsip-prinsip dan peruntukan berkaitan dengan keluarga yang terkandung dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia serta lain-lain komitmen peringkat antarabangsa.



B. MARUAH MANUSIA

4.


Menegaskan komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua, termasuk mendapatkan peluang pendidikan sama.

5.


Menilai dan mengkaji semula polisi kerajaan bagi memastikan maruah manusia diiktiraf dan dilindungi sepanjang tahap kehidupan.



C. KELUARGA

6.


Mewujudkan indikator (petunjuk) untuk menilai impak semua program pemantapan keluarga

7.


Memperkukuhkan polisi dan program yang membolehkan keluarga membebaskan diri dari belenggu kemiskinan

8.


Menilai dan mengkaji semula polisi kependudukan kerajaan, terutamanya Negara yang mempunyai kadar kelahiran di bawah paras penggantian.

9.


Menggalakkan dan menyokong keluarga yang menjaga warga tua dan mereka yang kurang berupaya.



10.


Menyokong keluarga dalam menangani masalah HIV/AIDS dan penyakit pandemik yang lain seperti malaria dan tuberkulosis.

11.


Mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menyokong keluarga dalam masa aman dan peperangan.



D. PERKAHWINAN

12.


Menjulang, mengekalkan dan mempertahankan institusi perkahwinan.

13.


Mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengukuhkan kestabilan perkahwinan dengan menggalakkan perkongsian yang saksama antara suami dan isteri dalam ruang lingkup ikatan perkahwinan yang komited dan berkekalan.

14.


Mewujudkan polisi dan amalan-amalan yang berkesan untuk menangani dan memulihkan penderaan dalam perkahwinan dan keluarga, termasuk mewujudkan agensi-agensi awam yang membantu lelaki, wanita, anak-anak dan keluarga yang berada dalam krisis.



E. KEIBUBAPAAN DAN ANAK

15.


Memperkukuhkan usaha untuk mempromosi kesaksamaan dalam peluang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan untuk kaum wanita, di samping menilai dan mengkaji semula polisi ekonomi, sosial dan lain-lain untuk menyokong para ibu dan bapa dalam melaksanakan tugas asas mereka.

16.


Mengukuhkan fungsi keluarga melalui pembabitan aktif para ibu dan bapa dalam aspek pendidikan anak-anak.

17.


Menegaskan semula bahawa ibu bapa mempunyai hak asasi untuk memilih corak pendidikan yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka.

18.


Menegaskan semula dan menghormati kebebasan ibu bapa atau penjaga yang sah, untuk memilih sekolah bagi anak-anak mereka yang lain dari yang disediakan oleh mana-mana pihak berwajib, selagi mana institusi tersebut mematuhi piawaian pendidikan yang minima sebagaimana yang ditentukan oleh negara tersebut, di samping memastikan pendidikan agama dan moral anak-anak mereka sejajar dengan pegangan ibu bapa atau penjaga itu sendiri.



Dalam konteks negara kita Malaysia, usaha dan komitmen untuk mempertahankan institusi keluarga menjadi salah satu keutamaan yang jelas ketara di semua peringkat. Penubuhan sebuah kementerian yang khusus untuk pembangunan keluarga pada awal tahun 2001, di samping pembentukan beberapa dasar kerajaan dilihat satu petunjuk positif sejauhmana pihak yang bertanggungjawab memberikan penekanan dalam aspek kekeluargaan ini. Antara kempen yang popular dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2002 adalah Kempen `Utamakan Keluarga – Semakin Hari Semakin Sayang.’ Melalui tema ini, warga Malaysia diharapkan dapat menghayati serta memupuk semangat kesedaran bahawa keluarga perlu diberikan keutamaan. Justeru itu, mereka seharusnya sentiasa mengamalkan dan membudayakan nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian. Prinsip Utamakan Keluarga mempunyai makna yang meluas dan amat mendalam yang menekankan elemen-elemen Kasih Sayang, Ceria Bersama Keluarga, Komunikasi Efektif, Nilai Kekeluargaan, Keibubapaan Cemerlang, Imbangi Kerjaya dan Keluarga, Keselamatan dan Kesihatan, Ekonomi Keluarga, Pendidikan dan Kemahiran serta Dasar Mesra Keluarga.



Sementara Dasar Sosial Negara (DSN) yang dilancarkan secara rasminya pada 19 Ogos 2003, adalah merupakan satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Dalam konteks ucapan dasar ini, izinkan saya merakamkan objektif ketiga dan strategi pertama dalam Dasar Sosial Negara seperti berikut:



Jadual 2 : Petikan Dasar Sosial Negara 2003



DASAR SOSIAL NEGARA : Objektif 3



Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial
dan Perkhidmatan Sosial.


Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.


Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.


Antara strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:-



a. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.













Sidang Perwakilan yang diberkati Allah sekelian,



Realiti Jaringan Kekeluargaan Hari Ini



Apa yang diperincikan dalam Deklarasi Doha dan Dasar Sosial Negara di atas adalah ringkasan kepada idealisme yang menjadi landasan pandangan umum mengenai institusi jaringan kekeluargaan. Persoalannya, sejauhmanakah idealisme tersebut diterjemahkan kepada realiti semasa? Rata-rata, dunia sedang menyaksikan keruntuhan peradaban manusia yang berpunca dari penghakisan nilai-nilai murni dan pengabaian tanggungjawab ahli-ahli keluarga dalam unit asas masyarakat. Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh kita, demi sekelumit kemajuan dan kemodenan yang begitu dibangga-banggakan dalam jangkamasa ini? Bagaimana keluarga dan rumahtangga yang satu ketika dahulu merupakan taman indah yang menyediakan perlindungan, kesejahteraan, ketenangan dan harapan, bertukar menjadi penjara yang memerangkap ahli-ahlinya dalam rentetan kebejatan akhlak serta tingkahlaku yang berputar seperti sebuah lingkaran ganas yang tiada kesudahan? Ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya ribut taufan melanda di tengahari – patutkah hanya dipersalahkan takdir semata-mata?



Dalam ucapan dasar kali ini, saya tidak akan memperturunkan statistik hodoh mengenai gejala sosial yang akan membuka pekung di dada masyarakat ini. Para perwakilan yang berminat, boleh sahaja merujuk kepada sumber-sumber maklumat yang begitu meluas hari ini, baik melalui media cetak, elektronik mahupun di alam digital. Namun saya yakin, pihak perwakilan amat bersetuju dengan saya untuk mengatakan punca asas kepada keruntuhan dan kegagalan institusi keluarga dalam masyarakat ini sebenarnya berpunca dari kegagalan setiap individu dalam keluarga untuk berpegang kepada ketetapan-ketetapan mengenai tanggungjawab dan hak masing-masing. Lebih tepat lagi, bagi kita umat bergelar Muslim yang menyerahkan diri kepada Allah SWT, masalah berpunca dari kegagalan dan juga keengganan kita untuk mematuhi segala ketetapan yang telah digariskan dengan terperinci di dalam Al-Quranul Karim dan juga sunnah Ar-Rasul. Sebaliknya, ramai di antara kita menggunakan rasional sendiri yang tidak dipandu dengan ilmu dan pengetahuan asas yang sahih ataupun memilih untuk berkiblat dengan cara hidup kelompok manusia yang jahil dan sesat. Akibatnya, kita semua terpaksa membayar harga yang tinggi kepada ketidakpatuhan kita sendiri ( price of non-compliance : PONC). Tanpa usaha sedar dan penekanan kepada pembaikan kualiti atau islah yang berterusan ( Continuous Quality Improvement – CQI) dalam jaringan kekeluargaan kita, dengan mengambil kira semua faktor dan dimensi yang berubah secara dinamik melibatkan usia, kematangan, keperluan dan keutamaan yang dialami oleh setiap ahli keluarga, adalah mustahil bagi unit keluarga itu untuk mampu meredah cabaran zaman yang melanda. Marilah kita kembali merenung apa yang diperturunkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab : ayat ke-36 yang mafhumnya :



Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.



Apabila persoalan gejala sosial terutamanya kadar perceraian yang meningkat di kalangan keluarga Islam ditimbulkan di dalam Parlimen Malaysia baru-baru ini, respon yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri mengatakan :



Kadar peratus perceraian di kalangan golongan Melayu Islam di Malaysia secara keseluruhannya pada hari ini masih terkawal dan tidak membimbangkan, iaitu di sekitar 10% hingga 15% sejak tahun 1990 dan 2003.

Menurut kajian yang telah dibuat banyak faktor-faktor penyumbang ke arah perceraian yang mana perceraian boleh berlaku daripada punca yang sekecil-kecilnya seperti masalah langsir yang disiarkan pada 6 April yang lalu dan juga kepada masalah-masalah yang besar. Tujuh faktor utama menyumbang ke arah perceraian ialah:

1. pasangan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri

2. tahap pengetahuan agama yang rendah

3. campur tangan orang ketiga, sama ada kaum keluarga, seperti mertua atau orang luar;

4. perbezaan budaya

5. masalah seksual

6. masalah kewangan

7. masalah berkaitan kerjaya


Kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah ini dan berusaha untuk membendungnya. Di antara tindakan yang telah dan sedang diambil ialah:

1. mengadakan kursus, bengkel, seminar kekeluargaan

2. mewajibkan pasangan yang akan berkahwin supaya menghadiri kursus pra-perkahwinan

3. menyebarkan maklumat kekeluargaan melalui media cetak dan media elektronik

4. mewujudkan pusat pembangunan keluarga Islam dan pusat pembangunan sosial untuk memberi khidmat nasihat

5. pasangan digalakkan melalui proses kaunseling atau runding cara keluarga dahulu sebelum dibenarkan bercerai dan menetapkan melalui undang-undang setiap perceraian mestilah dilafazkan di mahkamah syariah

6. mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan yang bercerai di luar mahkamah, sama ada denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali

7. menggunakan peruntukan undang-undang terhadap mana-mana orang yang cuba mengganggu mana-mana pasangan yang telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang ’



Sejauh mana berkesannya strategi dan tindakan yang telah diambil oleh pihak berwajib ini amat perlu dinilai dan dikaji semula. Usaha mestilah ditumpukan kepada aspek penghayatan dan kefahaman yang mantap mengenai tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu suami isteri, ibu dan bapa. Tiada jalan pintas melainkan untuk kembali kepada asas atau `back to basics’.



Sidang Perwakilan yang dipilih Allah SWT,



Antara Hak dan Tanggungjawab – Individu dan Kolektif



Demi untuk melihat dunia yang lebih makmur dan bahagia, dalam rangka kita selaku warga dunia yang prihatin dan komited melakukan islah yang berkesan, menyusun langkah seterusnya, eloklah kita memerhatikan beberapa perkara asas yang sering terlepas pandang dan diketepikan. Seringkali, konflik rumahtangga dan kekeluargaan tercetus dari pengabaian tanggungjawab asas dan hak-hak yang tidak dipenuhi. Akibatnya, timbul perasaan tidak puas hati, kecewa, rasa dizalimi dan dendam kesumat yang membara. Tindakan selanjutnya bagaimana seseorang itu menangani perasaan-perasaan tersebut, akan menentukan kekal atau tidaknya institusi keluarga yang dibina.



Perkara asas pertama yang harus diperhatikan di sini adalah dari sudut kedudukan tanggungjawab dan hak. Hari ini, manusia ghairah menuntut hak-hak asasinya di setiap peringkat kehidupan. Namun apa yang jelas ketara, aspek tanggungjawab pula amat sering diabaikan begitu sahaja. Pendekata, manusia hari ini kurang berminat melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya, sebaliknya amat peka terhadap hak – hak yang diperuntukkan untuknya. Hak tidak dapat dipisahkan dari tanggungjawab, malahan dari sudut kedudukan, tanggungjawab mestilah mendahului hak! Hanyalah apabila seseorang itu telah membuktikan bahawa dia dapat memikul dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, barulah dia berhak menikmati setiap kelebihan dan keistimewaan yang diperuntukkan. Contoh yang paling mudah adalah apabila seseorang itu melaporkan diri untuk menjawat sesuatu jawatan di sesebuah organisasi, dia akan diberikan tempoh percubaan sebelum disahkan jawatan. Dalam tempoh ini, dia mestilah membuktikan bahawa dia adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Pihak pengurusan akan memantau sejauh mana komitmen pekerja baru itu terhadap ketepatan waktu bertugas, kesungguhan menjalankan arahan yang diberi, kesediaan untuk belajar, diberi tunjuk ajar dan ditegur serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran . Hanya setelah disahkan jawatan, barulah pekerja itu tadi mendapat hak sepenuhnya sebagai pekerja di organisasi tersebut untuk menikmati peruntukan cuti rehat, kemudahan rawatan percuma, membuat pinjaman perumahan atau kenderaan dan lain-lain lagi keistimewaan. Hak tidak wajar dituntut oleh seseorang yang ternyata tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Menitikberatkan pelaksanaan tanggungjawab, janji serta amanah dengan sebaik-baiknya, akan membuka pintu yang luas kepada ruang di mana kita boleh menuntut hak-hak kita sendiri. Allah SWT sendiri memberikan hak untuk mewarisi syurga Firdaus kepada mereka yang menunaikan amanah yang dipikulkan serta janji, bersama-sama dengan golongan yang disenaraikan melalui Surah Al-Mukminun, ayat 1 – 11 yang mafhumnya :



Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.



Perkara asas kedua mengenai persoalan hak ini, kita mestilah sentiasa menyedari bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa pergantungan dengan orang lain. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang amat perlu berinteraksi dan bersosial sepanjang masa. Dalam hidup secara berkelompok, manusia diperuntukkan Allah dengan hak-hak individu di samping juga hak-hak kolektif bagi masyarakat sekeliling. Dari sudut keutamaan, hak kolektif lebih perlu dipenuhi dari mementingkan diri sendiri dengan hanya menuntut hak-hak asasi sahaja. Prinsip asas inilah yang menjadi dasar tolak-ansur dan toleransi yang tinggi dalam keluarga, yang akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan. Kita diminta mengambil iktibar dari gambaran murni masyarakat Islam di Madinah dalam konteks mengutamakan orang lain ( itsaar ) sebagaimana yang dicatatkan dalam Surah Al-Hasyr : ayat 9 yang mafhumnya :



` Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.’



Sidang Perwakilan yang Dirahmati Allah SWT sekelian,



Pemerkasaan Jaringan Kekeluargaan dalam Rangka Merealisasikan` Big Picture’



Saya merasakan wawasan JIM untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020 memerlukan wasilah yang mantap dan resilient. Wawasan tersebut mestilah terlebih dahulu dijadikan wawasan setiap ahli JIM, seterusnya diterjemahkan pula sebagai wawasan keluarga yang dibentuk. Peta strategi JIM yang menunjukkan jaringan hubungan lapan Bidang Hasil Utama ( Key Result Areas - KRA), mestilah juga mampu dicerna ke dalam kehidupan sebuah keluarga yang merupakan satu unit mikro dalam komuniti. Pendekata, setiap bidang hasil utama yang disenaraikan mestilah juga beroperasi dalam jaringan kekeluargaan ahli-ahli JIM. Hanya dengan usaha sebegitu, barulah momentum menuju ke arah merealisasikan Big Picture dapat dipertingkatkan.



Kesimpulan ini menekankan perihal pentingnya jaringan kekeluargaan di dalam dan di luar JIM untuk diperkasakan serta diberikan keutamaan yang tinggi. Sekiranya masih terdapat para pimpinan JIM yang tidak memberikan penekanan yang sewajarnya kepada aspek pembangunan jaringan kekeluargaan ini, dikhuatiri `Big Picture’ hanya akan tinggal sebagai satu perancangan strategik yang mampu dilakar di atas kertas semata-mata!



Jaringan kekeluargaan yang lemah dan bermasalah, akan memberikan impak dan pengaruh yang ketara kepada prestasi dan keupayaan ahli-ahlinya membangunkan ummah. Saya yakin, setiap seorang dari kita sudah melihat malah mungkin pernah dan sedang merasai sendiri kebenaran kenyataan tersebut. Saya tidak menafikan sama sekali bahawa permasalahan dan kesulitan adalah asam garam kehidupan, namun apa yang menjadi kebimbangan saya adalah bagaimana permasalahan tersebut diselesaikan dan natijah yang terpaksa dihadapi. Sebagai kelompok yang mahu memperjuangkan islah masyarakat, kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk melakukan pengislahan yang berterusan dan konsisten dalam diri dan keluarga kita sendiri.



Sebagai individu yang diamanahkan memimpin Wanita JIM selama enam tahun, saya berpegang teguh kepada keyakinan bahawa kekuatan dan kemantapan organisasi kita banyak bergantung kepada ketahanan dan keupayaan dalaman setiap ahlinya. Saya juga amat sedar bahawa ahli-ahli JIM dan jaringan kekeluargaan kita adalah terdiri dari manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Keluarga ahli-ahli JIM juga tidak sempurna dan mempunyai banyak kepincangan dan kecacatan. Sekali lagi dipertegaskan, kekurangan-kekurangan ini perlu diambil kira dengan serius dan diatasi sebaik mungkin lantaran impak yang ketara ke atas prestasi dalam kerja-kerja dakwah. Pihak kepimpinan JIM mestilah terus meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pembangunan keluarga – di dalam dan di luar JIM. Ketidaksempurnaan jaringan kekeluargaan kita sendiri tidak pula boleh dijadikan alasan dan sebab yang kukuh untuk mengecualikan JIM dari membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan. Malahan, JIM harus sedar bahawa masyarakat umum di sekeliling kita hari ini, sedang memerhati dan memantau jaringan kekeluargaan kita sebagai contoh sejati (role model) keluarga Islam yang ideal dan komited. Mahu tidak mahu, kita mesti berhadapan dengan hakikat ini di samping mencari langkah-langkah strategik untuk membaiki keadaan dan menyokong jaringan kekeluargaan JIM yang telah, sedang dan akan berhadapan dengan konflik dan kemelut.



Saya pernah menyenaraikan satu senarai ciri-ciri keluarga berisiko tinggi untuk menghadapi masalah berkaitan komunikasi, dalam ucaptama saya di Kolokium Keluarga Nasional (KKN) yang pertama di Sekakap, Mersing pada tahun 2002. Ciri-ciri tersebut saya himpunkan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :



1. Pasangan yang berkahwin pada usia muda ( remaja dan awal 20an)
2. Pasangan diperolehi secara padanan jodoh (match-making) oleh pihak ketiga ( ibu bapa, saudara atau rakan-rakan)
3. Perkahwinan kurang mendapat sokongan keluarga meluas
4. Memperolehi anak di usia muda ( remaja dan awal 20an)
5. Bilangan anak lima orang atau lebih
6. Kekerapan kehamilan kurang dari dua tahun
7. Mempunyai tiga atau lebih anak-anak di bawah usia lima tahun (toddler)
8. Kesibukan kerjaya pasangan ( salah seorang atau kedua-duanya sekali)



Merujuk kepada profil kebanyakan keluarga ahli-ahli JIM, tidak dapat dinafikan bahawa banyak dari ciri-ciri yang disenaraikan di atas boleh ditemui. Kesedaran bahawa keluarga kita mempunyai risiko-risiko ini seharusnya dapat menggerakkan kita semua untuk mencari langkah-langkah pencegahan atau pemulihan secara proaktif sebelum konflik bertukar menjadi sebuah persengketaan yang terpaksa berakhir dengan penceraian dan kekecewaan. Analogi yang boleh dibuat di sini, sepertimana apabila seseorang dikatakan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat sesuatu penyakit seperti diabetes mellitus. Tidak semestinya individu tersebut akhirnya mengidap diabetes. Namun, kesedaran mengenai risiko yang dihadapinya membolehkannya mengusahakan beberapa langkah pencegahan seperti mengurangkan pengambilan kalori, menurunkan berat badan, meningkatkan kecergasan fizikal dan memastikan pemeriksaan perubatan berkala bagi pengesanan awal.

Tidak dapat dinafikan, keluarga ahli-ahli JIM yang merupakan sebahagian dari masyarakat turut sama berhadapan dengan segala kemelut rumahtangga dan konflik dalam interaksi perkahwinan. Setiap kali berita sedih mengenai kegoyahan dan kehancuran institusi kekeluargaan ahli JIM sampai ke telinga, saya sering mencari-cari iktibar dan pengajarannya. Saya sedar lantaran kita mahu memasyarakatkan dakwah dan bukannya semata-mata mendakwahkan masyarakat, ahli-ahli JIM mestilah turut merasai dan menghayati pengalaman yang dilalui oleh anggota masyarakat ini. Allah SWT menguji ahli-ahli JIM dengan cabaran konflik keluarga yang hebat dan rumit, untuk kita, sebagai sebuah organisasi dakwah, sepakat mencari jalan keluar yang terbaik dengan hidayah dan petunjuk-Nya. Diharapkan dengan `lessons learnt’ ini, JIM akan berupaya mengetengahkan saranan-saranan bernas dan praktikal berpandukan bimbingan dari perspektif Islam yang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh ummah yang dahagakan petunjuk dan bimbingan.



Sidang hadirat dan hadirin sekelian,



Memahami Dinamisme Ketegangan Rumahtangga dan Konflik Kekeluargaan



Kebanyakan permasalahan keluarga dan rumahtangga sebenarnya berpunca dari awal perkahwinan lagi. Apabila beberapa peraturan asas dalam rumahtangga tidak diikuti atau diambil perhatian, lambat laun keluarga terpaksa berhadapan dengan permasalahan yang berat sebagai harga yang perlu dibayar lantaran ketidakpatuhan ( price of non-compliance – PONC). Kemahiran komunikasi yang kurang berkesan pula menjadi penyebab utama yang akan membuahkan lebih banyak perselisihan dan konflik. Debu-debu dari urusan yang belum beres (unresolved matters), yang sering di`sapu ke bawah tikar’ akan berkumpul menjadi bukit akhirnya. Bermula dari hanya dua individu suami dan isteri, permasalahan ini akan menular pula dalam hubungan antara ibu bapa dan anak-anak apabila keluarga tersebut menjadi semakin besar dan usia perkahwinan meningkat dewasa. Perubahan fizikal, emosi dan sosial yang dialami oleh anak-anak yang meningkat remaja pula akan memberikan lebih ruang untuk perselisihan dan konflik yang lebih rumit. Dalam masa yang sama, keluarga tersebut terpaksa berhadapan dengan isu-isu lain seperti masalah kewangan, kerjaya dan kesihatan.



Menurut Prof. Dr. John Gottman, seorang pakar dalam interaksi perkahwinan (marital interaction) dari University of Seattle USA, perceraian seringkali berlaku semasa dua jangkamasa kritikal dalam sesebuah perkahwinan. Pasangan yang bercerai dalam dua masa yang berbeza ini juga mempunyai banyak ciri-ciri yang berlainan. Hasil kajian tersebut diringkaskan seperti di bawah :



Jadual 3 : CIRI-CIRI DUA JENIS PERCERAIAN ( Dr. John Gottman)






Kumpulan Perceraian Awal

( Early Divorce Group)


Kumpulan Perceraian Lewat

( Late Divorce Group)



Jangkamasa






Dalam tempoh tujuh tahun pertama perkahwinan




Usia pertengahan – anak pertama mula meningkat remaja

Ciri-ciri pasangan


· Penuh emosi negatif

· Sering bertengkar dan bergaduh

· Menyerang secara terbuka

· Segera berusaha mengakhiri perkahwinan


· Emosi dipendam dan disembunyikan

· Bersikap dingin

· Tidak berterus terang

· Ketandusan emosi positif

· Hubungan pasif dan menjauh



Saya agak khuatir dan bimbang bila membaca mengenai ciri-ciri bagi jenis perceraian lewat, di mana emosi yang dipendam dan disembunyikan (suppression of emotion) menjadi ciri utamanya. Ramai di antara kita, ahli-ahli Wanita JIM khususnya, beranggapan (mungkin hasil dari pentarbiahan?),untuk mencapai status isteri yang solehah, kita mestilah sanggup berkorban dan sentiasa `mengalah’ serta memendam perasaan demi untuk menjaga keharmonian rumahtangga, dalam apa jua keadaan. Kita merasakan, biarlah kita sahaja yang menanggung kedukaan dan kekecewaan, asalkan suami dan anak-anak kita bahagia. Kita terlalu sibuk menjaga kebajikan dan perasaan orang lain, namun dalam masa yang sama, tidak berlaku adil terhadap diri sendiri – menafikan hak diri untuk didengari dan dihargai. Tak ubah ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain, akhirnya terpadam sendiri bila sudah tamat riwayat, meninggalkan kesan kotor yang melekat, tiada siapa pun yang teringat. Eloklah kita renungi apa yang dihuraikan oleh John Gottman mengenai ciri-ciri seterusnya pasangan yang bercerai lewat ini :

“These couples are alienated and avoidant. They are the people you see in a restaurant who are not talking to each other. They raise kids together, but there is not much going on with each other and they realize their marriage is empty. These couples stifle things and do not raise issues with their partner. Their marriages are a suppression of negative emotions and a lack of positive emotions. It is a very passive and distant relationship with no laughing, love, or interest in each other. This style of suppression can cause intense loneliness that’s almost like dying. The end of this type of marriage often coincides with a midlife crisis when one partner realizes his or her marriage, life, and/or job are empty and begins looking for something better. Teenage children are important in the scenario of alienation, and there is sometimes an alliance of a parent and same-sex child against the other parent, much as the mother and daughter were allied against the father.”

Predicting Which Marriages Will Fail--And When : http://www.artsci.washington.edu/newsletter/Autumn00/Gottman.htm

Menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu satu sama lain bagi mengatasi segala kesulitan terutamanya yang akan membawa kepada ketidakstabilan dan kehancuran sebuah rumahtangga. Perceraian lewat menyebabkan implikasi yang lebih meluas apabila anak-anak yang sedang membesar terheret sama dalam kancah kemelut yang berlaku. Seringkali pula tragedi seperti ini menghasilkan kesan parut yang dalam dan sukar diubati kepada setiap yang terlibat. Tiada pihak yang sebenarnya menang dalam sebuah perceraian.

Terdapat beberapa laporan akhbar berkenaan kadar perkahwinan dan perceraian dalam institusi kekeluargaan di Malaysia . Pada pertengahan bulan Mei tahun 2004 yang lalu, semua akhabar-akhbar utama melaporkan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid di mana terdapatnya penurunan kadar perkahwinan di kalangan umat Islam yang amat ketara dari tahun 1999 hinggalah ke tahun 2002. Beliau memberitahu, jumlah perkahwinan masyarakat Islam pada tahun 1998 ialah 95,312 dan menurun secara mendadak kepada 90,408 pada tahun 1999, sebelum meningkat sedikit kepada 91,990 pada tahun 2000. Bagaimanapun, angka tersebut menurun kepada 90,267 pada tahun 2001 dan menjunam secara drastik kepada 85,588 pada tahun 2002 – rujuk Rajah 1.














































Sementara itu pula, laporan akhbar pada 5 September tahun yang sama melaporkan peningkatan kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negara ini, iaitu sebanyak 15,469 kes ( 15.3% dari jumlah perkahwinan pada tahun 2003) jika dibandingkan dengan 13,741 kes (14.5% dari bilangan perkahwinan yang didaftarkan pada tahun 2002). Dilaporkan juga munculnya fenomena baru yang dinamakan perkahwinan singkat, di mana perkahwinan hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja, terutama di kalangan pasangan muda.



Wanita JIM melihat perkembangan ini dengan rasa cemas dan kebimbangan yang amat sangat. Statistik ini secara tidak langsung menggambarkan institusi kekeluargaan di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis yang amat perlu ditangani segera. Dengan semakin kurang bilangan pasangan yang berkahwin dan bertambahnya kadar perceraian di kalangan mereka yang sudah berkahwin, institusi perkahwinan dilihat mulai hilang kepentingannya. Ianya juga menggambarkan sikap umum yang semakin hilang keyakinan dan harapan terhadap institusi yang amat disanjung tinggi satu masa dahulu. Jelas bahawa hari ini, pasangan lebih mudah mencari jalan keluar dari perkahwinan mereka melalui perceraian dari berusaha gigih untuk mempertahankan institusi keluarga mereka apabila bertemu dengan konflik dan kesulitan hidup bersama. Akibatnya, terdapat semakin ramai individu dalam masyarakat yang hidup `sendirian’ sama ada membujang ataupun telah bercerai dengan pasangan mereka hari ini. Namun, tidak dapat dinafikan naluri fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan akan mendorong berlakunya peningkatan kes-kes hubungan seks luar nikah dan tinggal serumah tanpa nikah (cohabitation). Hasil dari gejala sosial ini, meningkatlah pula kes-kes pengguguran, pembuangan bayi, penganiayaan dan jenayah seksual.



Harus barang diingat juga, keruntuhan rumahtangga akan mempunyai kesan jangka masa panjang yang negatif terhadap anak-anak. Banyak kajian menunjukkan, anak-anak yang mengalami trauma akibat kegagalan rumahtangga ibu bapa mereka, akan membesar menjadi generasi muda yang hilang keyakinan dan tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi rumahtangga. Hasilnya, muncullah satu generasi pelapis yang mengambil keputusan untuk tidak mahu mengambil tanggungjawab kekeluargaan seperti berkahwin dan menyara keluarga serta anak-anak.

Sidang Perwakilan yang Dirahmati Allah SWT,

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Wanita JIM telah mengetengahkan secara terbuka, pandangan dan pendirian dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan kekeluargaan. Masyarakat mula menyedari kehadiran dan kewujudan Wanita JIM yang dilihat memperjuangkan idealisme kekeluargaan melalui perspektif Islam. Respon dari Wanita JIM sering dipetik oleh pihak media tempatan apabila timbul isu-isu hangat yang berkaitan dengan kekeluargaan dan perkahwinan. Sepanjang tahun 2003 hingga 2005, Wanita JIM menghantar perwakilan untuk memberikan input dalam beberapa konferens, mesyuarat, forum dan perundingan meja bulat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti yang antara lainnya disenaraikan di bawah ini :

· Mesyuarat Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan

· Asia-Pacific Conference on Reproductive & Sexual Health 2005

· Mesyuarat mengenai Integriti Keluarga dalam Pelan Integriti Nasional (PIN)

· Workshop on South-South Cooperation in Reproductive Health, Malaysia

· 49th Session of UN Commission on the Status of Women (CSW), United Nation

· Mesyuarat Penggubalan Semula Draf Garispanduan Seksualiti Kebangsaan

· Forum Konsultatif Draf Garispanduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan

· The Asia Pacific Family Dialogue 2004

· Annual Meeting of International Islamic Committee for Woman and Child

· SUHAKAM Round Table Discussion: Rights and Obligations under CEDAW

· Mesyuarat Konsultatif mengenai Dasar Keluarga Negara

· Second International Muslim Leaders Consultative Meeting on HIV/AIDS

· Mesyuarat Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MAPWIM)

· Brainstorming Session, International Muslim Women Union (IMWU) Malaysian Chapter.

Saya ingin menyarankan agar JIM melipatgandakan komitmen dalam memperteguhkan jaringan institusi kekeluargaan dalam masyarakat. JIM mestilah proaktif dalam menyusun strategi pencegahan dan pemulihan yang dirangka untuk mengendalikan permasalahan dan konflik keluarga, di kalangan ahli-ahli JIM sendiri dan juga untuk masyarakat umum. JIM mestilah memainkan peranan lebih agresif mempertahankan jaringan kekeluargaan dan lebih lantang menyuarakan kegusaran dan kekhuatiran kita kepada pihak berwajib. JIM juga mestilah dilihat sebagai pejuang di barisan hadapan, yang akan tampil memberikan input, tenaga dan kritikan membina dalam setiap polisi dan dasar yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan di semua peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. JIM harus juga dilihat sebagai organisasi yang mempraktikkan apa yang diperjuangkan, dengan menambahkan bilangan unit-unit keluarga `mithali’ untuk dicontohi masyarakat yang tercari-cari contoh sejati atau role model.

Langkah-langkah Pemerkasaan Jaringan Kekeluargaan

Saya berazam untuk menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkasakan jaringan kekeluargaan bagi mendepani cabaran ummah yang semakin hebat di hadapan kita. Saya amat berharap pihak perwakilan akan dapat membahaskan langkah-langkah ini untuk memurnikan lagi saranan yang praktikal dan memperbaiki pula cadangan yang tersasar.

Terdapat empat langkah umum pemerkasaan yang saya sarankan demi untuk mencapai objektif membina sebuah jaringan kekeluargaan yang mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Menguasai asas keilmuan dan fikrah yang mantap, terutamanya dari sudut aqidah.
2. Menjulang wawasan dunia dan akhirat yang bertepatan dengan syariat Islam
3. Mengusahakan secara fokus urusan pembangunan setiap ahli keluarga
4. Mempamerkan kepekaan yang tinggi terhadap permasalahan ummah
5. Menyumbang tenaga, kepakaran, kebolehan, masa dan harta benda untuk meningkatkan kualiti institusi keluarga dalam masyarakat.





Langkah Pertama : Menggalak dan Memudahkan Urusan Perkahwinan dalam Organisasi dan Masyarakat

Tidak dapat lagi disangkal, betapa institusi perkahwinan mempunyai begitu banyak faedah dan kelebihan yang disumbangkan kepada keharmonian masyarakat. Namun realitinya hari ini, urusan perkahwinan menjadi semakin rumit dan kompleks – bermula dari pencarian pasangan jodoh, urusan melamar dan meminang, pertunangan, perbelanjaan hantaran mas kahwin, majlis kenduri pernikahan hinggalah berbulan madu. Begitu ramai pasangan muda yang terhalang dari bernikah lantaran tidak mampu memenuhi belanja hantaran yang diminta oleh pihak pasangan wanita. Tentu sekali fenomena ini bertentangan dengan saranan Rasulullah SAW yang menggalakkan urusan perkahwinan dijalankan dengan mudah serta tidak memberatkan mana-mana pihak.

Demi memastikan langkah pertama ini dapat dibuat, usaha JIM mempertahankan dan mengekalkan kepercayaan generasi muda khasnya terhadap kepentingan institusi perkahwinan dan rumahtangga mestilah dipertingkatkan melalui strategi yang telah, sedang dan yang akan dijalankan seperti di bawah :

a) Modul Kesihatan Reproduksi Remaja (MKRR) JIM

Memantapkan lagi sesi pelaksanaan modul yang telah diperkenalkan pada tahun 2003. Modul tersebut digubal untuk memberikan kefahaman yang tepat mengenai aspek seksualiti dari perspektif Islam serta bertujuan membina sikap dan persepsi yang benar terhadap institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Peruntukan kewangan dan latihan sumber tenaga fasilitator mestilah menjadi keutamaan bagi JIM di setiap peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. Produk JIM ini juga perlu disebarluaskan di kalangan masyarakat umum, terutamanya masyarakat Islam yang menuntut pendekatan yang sesuai dengan nilai-nilai agama dan budaya.

b) Kursus Asas Persediaan Perkahwinan NasionaL (KAPPeL)

Program umum bersifat hi-impact ini adalah sebahagian dari kaedah penyampaian isi kandungan MKRR yang meliputi peringkat remaja usia lebih dari 17 tahun. Sekalipun kandungan program tidak banyak berbeza dengan kursus-kursus perkahwinan anjuran pihak berwajib, namun kepelbagaian teknik penyampaian maklumat yang melibatkan pembabitan aktif peserta, dirasakan lebih sesuai dengan fitrah dan naluri remaja. Sambutan dan maklumbalas peserta yang menggalakkan dalam program KAPPeL yang pertama kali diadakan tahun ini, meningkatkan iltizam Wanita JIM untuk menganjurkan program yang lebih baik di masa akan datang. Ini termasuk mendapatkan pengiktirafan pihak berwajib yang akan mengeluarkan sijil pengakuan dan merangka strategi susulan perkembangan peserta yang hadir secara objektif, supaya program tersebut tidak bersifat hit and run semata-mata.

c) Unit Baitul Muslim

Usul penubuhan Unit Baitul Muslim JIM di peringkat Negeri yang diluluskan dalam PPN 2004 menjadi satu titik permulaan kepada usaha terancang JIM dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengan urusan perkahwinan dan kekeluargaan. Walaupun ramai yang bersikap skeptikal dan kritikal terhadap keberkesanannya, namun saya yakin langkah ini dapat menarik perhatian dan keprihatinan semua ahli. Setakat ini, unit ini lebih menumpukan kepada langkah awal menyediakan pengkalan data ahli-ahli JIM yang belum berkahwin serta juga ibu dan bapa tunggal di setiap negeri.

Namun usaha memadankan jodoh (match-making) belum dilonjakkan kepada skala yang lebih agresif dan meluas. Saya menyarankan agar para ibu dan bapa JIM yang sudah mempunyai anak-anak dalam usia `boleh bernikah’ supaya mengambil langkah proaktif memadankan jodoh dengan anak ahli JIM yang sudah lama kita kenali hati dan budinya. Tidak timbul persoalan `telaga cari timba’ atau `timba cari telaga’ sekiranya ibu bapa JIM mengambil kembali peranan dan tanggungjawab asas mencarikan jodoh yang baik untuk anak-anak mereka. Sudah terdapat banyak contoh-contoh yang berjaya menjalankan saranan ini. Kita dapat melihat kebaikan dan keberkatan yang melimpahi rumahtangga anak-anak generasi kedua kita, yang sudah pun memulakan barisan pelapis generasi ketiga JIM! Anak-anak JIM tidak perlu terikut-ikut trend semasa di mana remaja berlumba-lumba mencari pasangan untuk bercinta dalam usia mentah yang belum sepatutnya dibebankan dengan komitmen cinta yang mencabar. Cabaran yang besar adalah untuk meyakinkan anak-anak kita sendiri yang membesar dalam zaman yang menganggap usaha tersebut sebagai ketinggalan zaman, agar percaya dengan keupayaan dan keberkesanan ibu bapanya mencarikan jodoh yang terbaik melalui jaringan kekeluargaan yang ada. Langkah ini tidak bertujuan menutup pintu kepada perkahwinan anak-anak dengan pasangan dari keluarga di luar kelompok JIM. Kembali kepada saranan dan amalan Sunnah ini memerlukan kemahiran dan pengalaman yang harus diperkembangkan kepada masyarakat umum sebagai satu strategi menggalakkan perkahwinan anak-anak di usia muda. Banyak urusan yang boleh dipermudahkan sekiranya masing-masing bakal besan sudah mengenali satu sama lain. Selain dari menjimatkan belanja, ikatan persaudaraan semakin diperkukuhkan dan keberkatan dapat diraih, InsyaAllah.





d) Direktori Jaringan Kekeluargaan JIM

Saya menyarankan Unit Baitul Muslim Negeri mengambil langkah proaktif untuk memulakan satu projek besar-besaran menyediakan satu direktori yang mengandungi maklumat ringkas mengenai ahli-ahli JIM dan keluarga mereka, beserta gambar ukuran paspot atau gambar famili. Direktori yang dikompilasi dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau digital ini bertujuan mendokumentasikan maklumat ringkas ahli JIM dan keluarga bagi memudahkan urusan mengenalpasti calon-calon pasangan bagi anak-anak atau diri sendiri. Projek jangkamasa panjang ini perlu dimulakan segera bagi membolehkan ahli-ahli JIM mengetahui latarbelakang keluarga dan profil ringkas anak-anak. Saya yakin projek ini akan mendapat sambutan menggalakkan jika ianya digerakkan dari peringkat kepimpinan Pusat, Negeri dan Daerah. Direktori ini haruslah juga memasukkan data ahli-ahli yang masih belum berumahtangga beserta dengan latarbelakang ringkas keluarga. Di peringkat awal, sebagaimana biasa, saya menjangkakan direktori tersebut hanya mampu mengumpulkan peratusan kecil maklumat ahli JIM yang prihatin mengikut arahan. InsyaAllah, dengan usaha yang berterusan dan pasukan kerja yang komited, projek ini akan dapat mencapai objektifnya.

e) Poligami ( Ta’addud Az-Zawaj)

Saya terpanggil untuk menyentuh topik ini sebagai satu langkah yang wajar dan tepat pada waktunya. Saya tidak akan menjangkakan bahawa pandangan yang saya utarakan akan menyelesaikan segala kemelut yang membelenggu institusi poligami hari ini. Namun Wanita JIM harus berani membincangkan topik yang `sensitif’ ini dengan penuh kewibawaan dan berasaskan prinsip dan ketetapan yang ditentukan Ilahi.

Ahli JIM mestilah mengakui bahawa cabaran besar yang terpaksa dihadapi dalam isu poligami ini adalah untuk memurni dan menjernihkan kembali sudut kefahaman, persepsi dan pengamalannya, dari bentuk yang begitu tercemar hari ini kepada asas yang digariskan oleh Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasul. Sesungguhnya itu merupakan tugas yang besar dan perlu segera dilakukan, demi mengembalikan kesucian dan kewibawaan syariat Islam yang diperturunkan untuk kesejahteraan.

Persepsi dan sikap ahli-ahli JIM sendiri terhadap poligami, sebenarnya banyak diwarnai dengan pandangan negatif masyarakat umum, berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain. Walaubagaimanapun, ahli JIM mestilah jelas dari sudut keharusan hukum poligami, matlamat dan objektifnya di samping berfikiran terbuka dan adil terhadap pelaksanaannya. Asas hukum poligami adalah untuk pembelaan golongan yang memerlukan sokongan iaitu balu-balu dan anak-anak yatim. Dari sudut siapa dan bila hendak melaksanakannya, kayu ukur yang perlu digunakan adalah sejauhmana tahap pertanggungjawaban seseorang itu. Dengan rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi di kalangan anggota masyarakat, sebagaimana yang wujud di zaman Rasulullah SAW, pelaksanaan poligami dapat dijalankan seiring dengan objektif asalnya. Namun sekiranya, poligami diamalkan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab asas menyara dan mendidik keluarga, hasil akhirnya tentulah bala dan bencana.

Berhubung dengan amalan poligami, saya menyeru semua ahli-ahli JIM untuk menyediakan diri dengan bekalan ilmu pengetahuan dan persediaan emosi yang secukupnya :

1. Bagi kalangan akhawat yang sudah berkahwin, mereka hendaklah mendidik diri agar dapat menerima ketetapan Allah SWT yang tentunya mempunyai banyak hikmah dan kelebihan. Keimanan yang teguh dan usaha tazkiah yang konsisten akan dapat mengikis perasaan mazmumah yang sering menghalang diri untuk meredhai ketetapan Allah. Keterbukaan dan sikap yang objektif akan membantu menyediakan akhawat berhadapan dengan realiti secara lebih kemas bila tiba masanya.Bukankah keredhaan Allah yang menjadi matlamat utama kita, bukannya kasih sayang mutlak seorang suami, manusia lemah seperti kita juga?

2. Akhawat solo atau ibu tunggal – mestilah bersedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengamalkan poligami, terutamanya jika situasi mengizinkan. Janganlah sikap negatif yang ditunjukkan oleh sebahagian akhawat yang berkahwin mematahkan semangat. Dalam masa yang sama, akhawat solo mestilah pandai dan bersedia membawa diri sebagai orang baru dalam rumahtangga tersebut. Kesediaan akhawat untuk memberikan rasa hormat dan penghargaan yang ikhlas kepada isteri yang lebih tua disebabkan jasa dan pengorbanannya akan membantu mengelakkan perselisihan dan konflik yang merugikan semua yang terbabit.

3. Anak-anak – mereka harus disediakan agar dapat menerima hakikat bahawa ayah mereka boleh berkahwin lain pada satu hari kelak. Kedua ibu bapa bertanggungjawab menerangkan maklumat yang tepat mengenai poligami dalam Islam. Jangan biarkan anak-anak mendapat tanggapan negatif mengenai poligami sebagaimana yang dipaparkan dalam media elektronik dan cetak. Mereka juga perlu diberikan jaminan bahawa keperluan mereka tidak akan terabai jika poligami diamalkan dalam keluarga.

4. Pasangan muda yang ingin berkahwin – satu cadangan praktikal adalah untuk menerima hakikat bahawa sekiranya keperluan yang sahih untuk poligami timbul, suami harus bersedia memikul amanah sementara isteri harus mengizinkan dengan rasa penuh tanggungjawab.

5. Pihak ikhwah – Satu usaha segera perlu diambil untuk mendidik dan menyediakan kaum lelaki mengenai aspek poligami. Selama ini tidak mustahil jika mereka hanya merujuk kepada kaedah pengurusan rumahtangga ala-P.Ramlee dalam filem ` Madu Tiga’. Yang paling asas, keharusan berpoligami bukanlah diperturunkan Allah sebagai hak keistimewaan seorang lelaki, sebaliknya memberikan isyarat perihal pentingnya pembelaan masyarakat menjadi agenda utama. Sebagai pemimpin keluarga yang memilih untuk mengamalkan poligami, suami dan bapa mestilah mampu mengendalikan kesemua isteri-isteri dan anak-anak dengan penuh hikmah. Ikhwah mestilah bersedia menghadapi kerenah para isterinya yang mahukan perhatian dan kasih sayang. Ikhwah mestilah meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mengurus masa, tenaga serta kewangan dengan berkesan. Jangan lupa untuk mengamalkan doa sebagaimana Rasulullah berdoa:

`Ya Allah, inilah pembahagian yang aku lakukan terhadap apa yang aku miliki dan janganlah Kamu mencela aku dalam apa yang Kamu miliki tetapi tidak aku miliki (kasih sayang dan perasaan).

( Riwayat Abu Daud, No. 2134)

Bersediakah ahli-ahli Wanita JIM berkongsi suami setakat ini demi untuk membela nasib akhawat lain yang masih belum berkahwin? Ramai yang meminta dan mencabar saya selaku Ketua Wanita Pusat untuk memulakan trend ini. Saya sudah memberikan lampu hijau kepada Ustaz Zul untuk memulakan langkah ke arah poligami semenjak dahulu lagi. Malahan saya sudah pernah mencadangkan beberapa calon yang saya anggap sesuai dijadikan madu saya. Namun saya akur, saya tidak boleh memaksanya untuk mengamalkan poligami semata-mata untuk menjadi `ibu roti’ kepada kempen `ta’addud az-zawaj’ di kalangan ikhwah JIM. Saya juga tidak akan dapat menghalang hasrat murninya untuk mengamalkan poligami satu masa kelak, jika keperluan tersebut timbul dan beliau merasa sudah bersedia dan berkemampuan. Saya sedang berusaha menyediakan Syifa’ dan adik-adiknya untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dalam masa yang sama terus mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan kewibawaan bapa mereka. Mudah-mudahan dengan cara itu, saya dapat memainkan peranan mempertahankan institusi poligami sebagai satu bukti ketetapan Islam yang efektif.

Bagi perkahwinan yang mempunyai sebab-sebab kukuh yang membolehkan poligami seperti masalah ketidaksuburan di pihak isteri, keuzuran isteri untuk melayani keperluan suami, permasalahan hubungan seksual yang tidak dapat dirawat, saya meminta pihak akhawat untuk bersikap terbuka dan memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak suami untuk mengamalkan poligami. Namun sediakanlah terlebih dahulu sistem sokongan emosi yang mantap bagi membantu akhawat menghadapi sebarang kemungkinan. Bagi akhawat yang tiada permasalahan tersebut, namun masih terpaksa berhadapan dengan hasrat suami yang begitu mendesak untuk berkahwin lagi, ambillah pendekatan yang rasional dan adil. Pertimbangkanlah alasan-alasan yang diutarakan serta buatlah keputusan yang bijak. Mohonlah bantuan ikhwah dan akhawat yang boleh dipercayai untuk bertindak sebagai orang tengah. Ahli-ahli JIM mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan kepada masyarakat umum, bahawa ketetapan poligami dalam Islam adalah satu kaedah yang berkesan untuk menjaga keharmonian masyarakat. Janganlah pendekatan dan tindakan yang diambil saling tak tumpah dengan apa yang sering dilakukan oleh orang awam yang tidak pernah menjalani satu proses pentarbiahan yang tersusun. Sekiranya itu berlaku, saya khuatir langkah pemerkasaan jaringan kekeluargaan ini tidak akan berjalan dengan jayanya.

Sidang Perwakilan yang Dirahmati Allah sekelian,

Langkah Kedua : Memperteguh dan Memantapkan Tiang Pasak Institusi Keluarga

Izinkan saya menjuruskan langkah seterusnya kepada aspek kepemimpinan keluarga iaitu tiang pasak dalam struktur sosial ini. Jaringan kekeluargaan dipimpin secara kolektif oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri. Namun, para suami atau bapalah yang menjadi nakhoda yang akan mengemudi bahtera rumahtangga meredah lautan kehidupan. Tanggungjawab ini dimaktubkan dengan begitu jelas dalam Surah An-Nuur ayat ke 34. Saya ingin membawa para perwakilan mengimbau kembali apa yang digariskan dalam buku `Apa Ertinya Saya Menganut Islam’, nukilan Fathi Yakan dalam bab Saya Mestilah Muslim di Sudut Keluarga, mengenai aspek tanggungjawab suami dalam rumahtangga, beliau menekankan empat aspek penting :

1. Suami mestilah bersikap baik terhadap isteri dan bergaul dengannya dengan pergaulan yang mesra, semoga tumbuh rasa kepercayaan di antara mereka berdua. Kesemua ini dilakukan demi untuk melaksanakan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya :

` Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya.’

Hadith riwayat Tirmidhi

2. Hubungan suami dengan isteri tidak terbatas dalam hubungan syahwat semata-mata, malahan hubungan itu mestilah mewujudkan persefahaman dalam fikrah, jiwa dan kasih sayang.
3. Semua interaksi antara suami dan isteri mestilah dalam batasan syarak, tidak menjatuhkan nama baik Islam atau perkara-perkara yang diharamkan Allah.
4. Tugas mendidik anak-anak mestilah dilaksanakan bersama secara konsisten oleh pasangan ibu dan bapa.

Banyak permasalahan keluarga sebenarnya berpunca dari ketidakupayaan para suami dan isteri atau ibu bapa memainkan peranan mereka secara efektif. Saya tidak meletakkan 100% kesalahan di atas pundak kaum lelaki, namun kedegilan dan kejahilan seorang isteri pasti dapat ditangani dan dikendalikan oleh seorang suami yang berwibawa dan bijaksana. Izinkan saya memberikan fokus kepada peningkatan kemahiran menjadi suami dan aspek kebapaan di kalangan para suami dan bapa dalam masyarakat ini. Dalam masa yang sama, saya sudah begitu kerap menggariskan peranan dan fungsi wanita dalam soal pembangunan keluarga, sila rujuk UDKW 2000 - 2004.

Saya meminta komitmen para suami dan bapa untuk mengambil peranan aktif memakmurkan rumahtangga dan keluarga mereka. Para suami dan bapa mempunyai tanggungjawab penuh memastikan :

1. Isteri dan anak-anak ditanamkan dengan nilai aqidah yang mantap berpandukan sumber ilmu yang sahih. Ingatlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang mafhumnya :

` Seseorang itu tidak akan menemui Allah dengan dosa yang lebih besar dari dosa kejahilan isterinya.’

2. Interaksi dan komunikasi antara anggota keluarga terjalin dengan baik dan berkesan. Bapa yang meluangkan masa yang banyak berinteraksi dengan isteri dan anak-anaknya lebih mudah mengesan sebarang permasalahan di peringkat awal sebelum ianya melarat menjadi besar.

3. Wujudnya semangat bekerja dalam satu pasukan di kalangan ahli keluarganya. Sifat mengambil berat antara satu sama lain akan mengikat hati dan perasaan anak-anak khususnya remaja kepada kekentalan unit keluarga tersebut. Konsep `Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing,’ memerlukan seorang bapa yang mampu memimpin dengan adil dan saksama.

JIM disarankan untuk menjuarai dan mendepani aspek penambahbaikan kemahiran kebapaan di kalangan masyarakat. Saranan ini adalah untuk kali kedua, selepas cubaan pertama saya membangkitkan perkara ini dalam UDKW 2003 tidak mendapat respon yang diharapkan dari ahli-ahli ikhwah JIM. Usaha ini belum lagi diterokai dengan serius dan memerlukan beberapa `pemain utama’ ( key players) yang dedikasi. Setakat ini, terdapat beberapa program umum berkala yang dijalankan di peringkat negeri dan daerah yang boleh dilihat sebagai usaha meningkatkan komitmen para suami kepada keluarga. Contohnya, Program Mahligai Kasih yang dianjurkan sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja oleh JIM Daerah Cheras yang mendapat sambutan menggalakkan. Saya ingin mencadangkan agar Unit Pembangunan Keluarga di bawah Jawatankuasa JIM Pusat mengambil langkah-langkah proaktif seperti berikut :

· Mengenalpasti para ikhwah yang berpotensi untuk membentuk pasukan teras ke arah merealisasikan usaha yang murni ini.

· Pasukan teras ini sepatutnya melalui satu latihan khusus yang diiktiraf bagi mempertingkatkan kemahiran kebapaan. Dalam konteks ini, pekej Pancaran Kasih ( Smart Fathers) yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai satu initiatif bagi menggalakkan para bapa agar lebih terlibat dalam membimbing anak-anak dan menjadi contoh sejati kepada mereka, patut dijadikan panduan serta dimanfaatkan.

· Langkah selanjutnya adalah untuk melatih sekumpulan fasilitator yang akan memperkenalkan pekej ini kepada lingkungan dan jaringan para bapa yang lebih meluas.

LPPKN mengalu-alukan pembabitan aktif NGO dari golongan Muslim khususnya untuk mengimplementasikan pekej Pancaran Kasih ini. JIM semestinya mengambil peluang keemasan ini untuk menjadi satu suara yang memimpin pandangan umum terutamanya dalam aspek kebapaan di negara ini. Masyarakat mestilah dimaklumkan mengenai banyak hasil-hasil kajian yang menunjukkan pembabitan aktif kaum bapa di dalam perkembangan akademik dan sosial anak-anak mereka, mempunyai impak positif yang tidak boleh diberikan oleh pembabitan ibu.

Langkah Ketiga : Mempelbagaikan Pendekatan dalam Sistem Sokongan Sosial terhadap Jaringan Kekeluargaan yang Bermasalah

Keprihatinan JIM terhadap permasalahan masyarakat menuntut agar usaha murni memberikan sokongan sosial ini dikoordinasi dengan baik dan berkesan. Selain memberi fokus kepada usaha preventif membangunkan keluarga yang efektif, JIM dilihat begitu komited melakukan usaha-usaha preskriptif membantu golongan yang memerlukan sokongan.



Saya menyarankan agar satu institusi khusus dibentuk bagi mengkoordinasi usaha-usaha JIM yang berkaitan agar lebih mantap dan bersepadu. Pusat Sumber Keluarga Islah ( PAKSI ) – cadangan nama yang diberikan kepada institusi ini, perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kelompok dalam jaringan kekeluargaan ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut :



1. Penubuhan satu unit khas yang memberikan fokus kepada kebajikan dan sokongan terhadap ahli-ahli JIM yang belum berkahwin, kematian pasangan atau kehilangan tempat bergantung.
2. Promosi produk berbentuk program-program kekeluargaan yang dianjurkan oleh JIM
3. Penubuhan unit khas menangani keluarga dalam krisis, yang dapat menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk. Talian Hayat Keluarga (Family Helpline) ini bukan hanya satu rangkaian telefon untuk sesi kaunseling semata-mata. Konsep yang ingin diperkembangkan adalah konsep keluarga angkat - `From Family To Family’ – di mana bantuan dikendalikan oleh satu keluarga dengan pembabitan aktif semua ahli-ahlinya. Diharapkan dengan konsep ini, setiap ahli dalam keluarga yang bermasalah itu akan ditangani dengan baik.
4. Pembelaan dari sudut sokongan fizikal, emosi dan mental kepada golongan-golongan khusus yang merupakan sebahagian dari jaringan kekeluargaan kita sebagai manusia seperti di bawah :
* Remaja bermasalah – Raudhatus Sakinah ( remaja hamil) dan usaha fokus kepada remaja lelaki.
* Pelajar Bermasalah Disiplin – Perkhemahan KERSANI
* Keluarga teraniaya seperti keluarga tahanan ISA – Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA.
* Saudara Baru – Hidayah Centre
* Keluarga dengan Kemiskinan Tegar
* Institusi pemulihan – input ilmu dan latihan kemahiran komunikasi bagi pelatih Pusat Serenti, Rumah Seri Puteri, penjara.
* Mangsa keganasan seksual dan fizikal
* Pesakit kronik di hospital dan institusi perubatan
* Penghuni Rumah Orang-orang Tua



Dengan cita-cita serta jiwa besar ini, Pusat Sumber Keluarga Islah diharapkan muncul sebagai satu model keprihatinan tinggi yang merupakan citra serta identiti organisasi Islam seperti JIM. Pusat ini bukannya bermaksud mengambil alih tanggungjawab pihak berwajib, sebaliknya menjalankan tanggungjawab sosial dalam bentuk preskriptif sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.



Langkah Keempat : Mempengaruhi Dasar dan Polisi yang berkaitan dengan Jaringan Kekeluargaan



JIM perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam mengutarakan pandangan dan saranan, terutamanya di peringkat penggubalan dasar, polisi dan undang-undang. Kredibiliti JIM mestilah ditempa melalui pendekatan yang bijak dalam mengutarakan pandangan yang dianggap mewakili kelompok yang mahukan pendekatan Islam dijadikan asas dan panduan setiap dasar yang ditetapkan. JIM dilihat sudah berupaya mengetengahkan saranan yang berasaskan prinsip (principle-centred ) dalam masa yang sama bersifat `inclusivist’, terutama dalam forum dan perbincangan penggubalan dasar dan polisi yang perlu disesuaikan dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Dalam banyak situasi, kaedah dan saranan Islam di dapati amat komprehensif dan seimbang, serta membantu mencapai kata sepakat dalam perbincangan. JIM tidak boleh terlepas peluang mengambil bahagian yang proaktif dalam memastikan input dan citarasa Islam turut dimasukkan dan dijalin dalam semua dasar-dasar dan polisi negara.



JIM mesti mengambil tempat sebagai pendesak ( pressure group ) yang menuntut agar pihak berwajib sentiasa meletakkan keutamaan kepada pembangunan institusi kekeluargaan dalam setiap polisi dan dasar. Pihak berwajib mesti diperingatkan bahawa apa yang cuba dibina oleh satu sektor agensinya, tidak boleh diruntuhkan oleh satu sektor yang lain. Contoh yang paling mudah untuk menggambarkan keadaan ini boleh dilihat melalui kebanjiran siaran-siaran televisyen ( sama ada milik kerajaan atau swasta) yang menggambarkan keruntuhan dan kecurangan rumahtangga sebagai jalan cerita yang disogokkan saban hari ke benak masyarakat. Terlalu sedikit pedoman dan pendidikan yang dapat diambil iktibar melalui rancangan televisyen serupa ini. Sementara itu anggota masyarakat terus mencari-cari jalan bagaimana hendak merealisasikan Kempen Utamakan Keluarga – Semakin Hari Semakin Sayang yang dipelopori oleh KPWKM. Lebih pertanggungjawaban dan penyelarasan mestilah dituntut dari pihak berwajib bagi membuktikan keseriusan mereka menyokong jaringan kekeluargaan yang ada.

Ahli-ahli masyarakat juga mestilah dibimbing untuk mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga. Keseimbangan ini akan dapat dicapai sekiranya para pekerja mendapat komitmen majikan yang mengamalkan polisi-polisi `mesra-keluarga’ di tempat kerja. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan produktiviti didapati meningkat dan komitmen pekerja semakin mantap apabila polisi-polisi mesra-keluarga diperkenalkan. Definisi polisi mesra-keluarga adalah polisi-polisi sosial yang berorientasikan pekerjaan, yang memudahkan jalinan kerjaya dan kehidupan berkeluarga dengan menggalakkan sumber pembangunan keluarga dan anak-anak yang mencukupi, memberi laluan kepada pilihan ibu bapa mengenai pekerjaan dan penjagaan anak di samping mempromosi kesamarataan gender dalam peluang-peluang pekerjaan. Polisi yang dimaksudkan merangkumi : cuti ibu bapa, cuti suami semasa isteri bersalin, cuti kecemasan berkaitan keluarga, perkongsian tugasan, bekerja di rumah atau dari rumah semasa waktu kerja biasa, kebenaran menukar skim kerja dari sepenuh masa kepada separuh masa, penyediaan pusat jagaan anak, subsidi kos penjagaan anak dan waktu bekerja yang anjal. Apa yang penting, komitmen kerjaya tidak harus menjadi punca utama keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat.

JIM akan memastikan agenda anti-keluarga tidak mendapat tempat dalam kelompok masyarakat yang masih berpegang kukuh kepada agama, adat dan budaya. Dalam masa yang sama, JIM akan memantau sebarang penyelewengan dalam interaksi keluarga yang disandarkan kepada agama, adat dan budaya.

Kesimpulan

Dengan langkah-langkah pemerkasaan yang digariskan ini, ahli-ahli Wanita JIM perlu menyusun strategi untuk meneruskan islah masyarakat menurut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Keutuhan dan kemantapan jaringan kekeluargaan besar JIM amatlah perlu dipertahankan, malah perlu dipertingkatkan lagi. Harapan ini perlu didokong oleh setiap unit asas keluarga yang ada di dalam JIM. Marilah kita perkemaskan langkah dan bersama-sama mara ke hadapan. Semoga Allah memberkati usaha kerdil kita dan merahmati keluarga kita selama-lamanya.

Alam Damai

5 Disember 2005 / 3 Zulkaedah 1426H

RUJUKAN

1. Al-Quranul Karim

2. Abu Urwah ( 2004), Risalah Usrah 4: Wanita dan Kekeluargaan dalam Islam, Focus Approach, Selangor

3. Roylance S. (2004), Defending Marriage and Family in the Halls of the U.N, Roylance Publishings, Utah

4. Qardhawi Y ( 2000), Ciri-ciri Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, terj. Mohammad Zaini Yahaya, Penerbitan Seribu Dinar dan As-Syabab Media, Bandar baru Bangi.





5. Qardhawi Y. ( 1998), Generasi Mendatang Generasi yang Menang, terj. Muhammad Baihaqi, Al-Hidayah Publishers Kuala Lumpur.



6. Qardhawi Y. ( 1998 ), Di mana Punca Kelemahan Umat Islam Masakini, terj. Muhammad Baihaqi, Al-Hidayah Publishers Kuala Lumpur.



7. Laman sesawang :



http://www.oecd.org/department

http://www.flexibility.co.uk/issues/WLB/rowntree1.htm

http://www.workplace.gov.au/workplace/Category



http://www.artsci.washington.edu/newsletter/Autumn00/Gottman.htm



http://www.kpwkm.gov.my/bm/cmp_campaign.asp





LAMPIRAN 1



The Doha Declaration







Doha International Conference for the Family
Dec. 6, 2004

Below is the text of the final conference declaration that was adopted in Doha on November 30, 2004 and delivered to the United Nations General Assembly for the celebration of the tenth anniversary of the International Year of the Family on December 6, 2004.

Introduction

Representatives of governments and members of civil society met in Doha, Qatar, on November 29-30, 2004, for the Doha International Conference for the Family, in commemoration of the 10th Anniversary of the International Year of the Family.

The conference was convened under the patronage of Her Highness Sheikha Moza bint Nasser Al-Missned, Consort of His Highness the Emir of Qatar and President of the Supreme Council for Family Affairs, State of Qatar.

The preparatory proceedings of the Doha Conference for the Family gathered the views of government officials, academicians, faith-based groups, non-governmental organizations and members of civil society.

The Conference recalls regional meetings in Cotonou, Benin; Mexico City, Mexico; Stockholm, Sweden; Geneva, Switzerland; Kuala Lumpur, Malaysia; and other venues; and notes the proposals and views expressed during the Conference by all participants.

Preamble

Reaffirming that the family is the natural and fundamental group unit of society, as declared in Article 16(3) of the Universal Declaration of Human Rights;

Noting that 2004 marks the 10th Anniversary of the United Nations’ 1994 International Year of the Family and that the Doha International Conference for the Family was welcomed by UN General Assembly Resolution A/RES/58/15 (December 15, 2003);

Acknowledging that the objectives of the 10th Anniversary of the International Year of the Family include efforts to (a) strengthen the capacity of national institutions to formulate, implement and monitor policies in respect of the family; (b) stimulate efforts to respond to problems affecting, and affected by, the situation of the family; (c) undertake analytical reviews at all levels and assessments of the situation and needs of the family; (d) strengthen the effectiveness of efforts at all levels to execute specific programmes concerning the family; and (e) improve collaboration among national and international nongovernmental organizations in support of the family;

Taking into consideration the academic, scientific and social findings collected for the Doha International Conference, which collectively demonstrate that the family is not only the fundamental group unit of society but is also the fundamental agent for sustainable social, economic and cultural development;

Recognizing the need to address the challenges facing the family in the context of globalization;

Realizing that strengthening the family presents a unique opportunity to address societal problems in a holistic manner;

Reiterating that strong, stable families contribute to the maintenance of a culture of peace and promote dialogue among civilizations and diverse ethnic groups; and

Welcoming the announcement by Her Highness Sheikha Moza bint Nasser Al-Missned, Consort of His Highness the Emir of Qatar and President of the Supreme Council for Family Affairs, State of Qatar, to create an international Institute for Study of the Family.

In this regard, we reaffirm international commitments to the family and call upon all governments, international organizations and members of civil society at all levels to take action to protect the family.

Reaffirmation of Commitments to the Family

1. We reaffirm international commitments to strengthen the family, in particular. We commit ourselves to recognizing and strengthening the family’s supporting, educating and nurturing roles, with full respect for the world’s diverse cultural, religious, ethical and social values.

2. We recognize the inherent dignity of the human person and note that the child, by reason of his physical and mental immaturity, needs special safeguards and care before as well as after birth. Motherhood and childhood are entitled to special care and assistance. Everyone has the right to life, liberty and security of person.

3. We reaffirm that the family is the natural and fundamental group unit of society and is entitled to the widest possible protection and assistance by society and the State.

4. We emphasize that marriage shall be entered into only with the free and full consent of the intending spouses and that the right of men and women of marriageable age to marry and to found a family shall be recognized and that husband and wife should be equal partners.

5. We further emphasize that the family has the primary responsibility for the nurturing and protection of children from infancy to adolescence. For the full and harmonious development of their personality, children should grow up in a family environment, in an atmosphere of happiness, love and understanding. All institutions of society should respect and support the efforts of parents to nurture and care for children in a family environment. Parents have a prior right to choose the kind of education that shall be given to their children and the liberty to ensure the religious and moral education of their children in conformity with their own convictions.



Call for Action

Taking into account the above commitments, we call upon all governments, international organizations and members of civil society at all levels to:

Cultural, Religious and Social Values

1. Develop programs to stimulate and encourage dialogue among countries, religions, cultures and civilizations on questions related to family life, including measures to preserve and defend the institution of marriage;

2. Reaffirm the importance of faith and religious and ethical beliefs in maintaining family stability and social progress;

3. Evaluate and reassess the extent to which international law and policies conform to the principles and provisions related to the family contained in the Universal Declaration of Human Rights and other international commitments;

Human Dignity

4. Reaffirm commitments to provide a quality education for all, including equal access to educational opportunities;

5. Evaluate and reassess government policies to ensure that the inherent dignity of human beings is recognized and protected throughout all stages of life;

Family

6. Develop indicators to evaluate the impact of all programs on family stability;

7. Strengthen policies and programs that will enable the family to break the cycle of poverty;

8. Evaluate and reassess government population policies, particularly in countries with below replacement birthrates;

9. Encourage and support the family to provide care for older persons and persons with disabilities;

10. Support the family in addressing the scourge of HIV/AIDS and other pandemics, including malaria and tuberculosis;

11. Take effective measures to support the family in times of peace and war;



Marriage

12. Uphold, preserve and defend the institution of marriage;

13. Take effective measures to strengthen the stability of marriage by, among other things, encouraging the full and equal partnership of husband and wife within a committed and enduring marital relationship;

14. Establish effective policies and practices to condemn and remedy abusive relationships within marriage and the family, including the establishment of public agencies to assist men, women, children and families in crisis;

Parents and Children

15. Strengthen efforts to promote equal political, economic, social and educational opportunities for women and evaluate and assess economic, social and other policies to support mothers and fathers in performing their essential roles;

16. Strengthen the functioning of the family by involving mothers and fathers in the education of their children;

17. Reaffirm that parents have a prior right to choose the kind of education that shall be given to their children;

18. Reaffirm and respect the liberty of parents and, when applicable, legal guardians to choose for their children schools, other than those established by the public authorities, which conform to such minimum educational standards as may be laid down or approved by the State and to ensure the religious and moral education of their children in conformity with their own convictions.

We request the host country of the Conference, the State of Qatar, to inform the United Nations General Assembly of the proceedings of the Conference, including the Doha Declaration, in particular during the celebration of the 10th Anniversary of the International Year of the Family to be held on 6 December 2004.

©Supreme Council for Family Affairs, State of Qatar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home