Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Monday, October 03, 2005

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamu'alaikum Ikhwah & Akhawat sekelian,

AlahamdulilLah, bahang Ramadhan telah semakin terasa dan semakin dekat. InsyaAllah, jika kita ada umur beberapa hari lagi kita akan berpeluang sekali lagi untuk bertemunya.

Semalam beberapa Ikhwah dan pelapis (anak-anak) telah berkumpul di Markaz JIM PJ untuk bersama-sama membahagikan kerja untuk menggantung kain rentang sempana menyambut Ramadhan sebagai usaha meyeru masyarakat akan pengahayatan Ramadhan dan menyebarkan risalah-risalah ke masjid-masjid & tempat-tempat awam (Kepada yang berminat untuk mendapatkannya untuk sebaran boleh hubungi markaz, jika masih ada). Kain-kain rentang tersebut tertera di atasnya "Ramadhan Al Mubarak; Kurangkan Juadah; Banyakkan Sedekah". Dua dari banner tersebut telah diletakkan di dua jejantas di LDP. Seruan tersebut saya rasa selain untuk masyarakat umum, ianya juga lebih perlu di hayati oleh kita sendiri ahli-ahli JIM PJ.

Berazamlah kita untuk mengharungi Ramadhan ini dengan sebaik mungkin. Kita ajak serta tunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan sekerja dan masyarakat akan penghayatan Ramadhan yang sebenarnya.

Bersyukurlah kita jika dipanjangkan umur untuk sekali lagi bertemu Ramadhan yang mana segala amalan akan diberikan ganjaran yang berkali-kali ganda.

Rebutlah peluang yang hanya datang sekali setahun ini dengan sebaiknya. Jika kita sanggup bertungkus lumus untuk mendapatkan bonus atau ganjaran kewangan yang berganda. Ramadhan pula kita perlu luangkan masa dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan, kita akan diberi ganjaran yang berganda. Apakah kita akan melepaskan peluang ini? Terutamanya bila kita sendiri tidak mengetahui sama ada akan berpeluang untuk bertemunya lagi di tahun hadapan. Apakah kita masih hidup, masih punya kemampuan, masih punya kesihatan dan pelbagai kemugkinan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita diberi kekuatan dan keazaman yang kuat bagi menjadikan Ramadhan ini yang terbaik.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sahabatmu,

Mazmi bin Kamal
YDP JIM PJ

0 Comments:

Post a Comment

<< Home