Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Monday, November 19, 2007

Mini Convocation Little Al-Azhar & Husna

18 Nov - Bukit Damansara: Tadika Little Al-Azhar dan Tadika Husna telah mengadakan majlis penyampaian hadiah nya di Mesjid Bukit Damansara. Majlis ini merupakan satu majlis bersejarah kerana buat pertama kali majlis menggabungkan kedua-dua tadika ini. Hampir seramai 100 orang pelajar tadika terlibat yang disaksikan oleh hampir 300 ahli keluarga.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YDP JIM Petaling Jaya, En Anuar Aris dan isteri dan beberapa orang AJK yang sedia membantu kakitangan Tadika.

Semuga kewujudan Pre-Islamic School kita melahirkan generasi soleh wa-musleh yang akan terus menegakkan syariat Islam diatas mukabumi ini.

Teringat kepada sebuah hadith:

'A child is like an uncut diamonds. The parents responsibility is to cut,
shape, and polish thier child's soul until it becomes glitteringly beautiful jewel,
pleasing to the eye of Allah.

Terima kasih kepada semua guru-guru Tadika yang telah dapat memainkan peranan mengganti ibubapa di alam tadika mereka !!!!.

ANAK MEREKA, ANAK KITA JUA

KW- MMD

Saturday, October 06, 2007

Muzakarah RJ2 Selangor

Serdang, 6-Oct -- Muzakarah RJ2 JIM Negeri Selangor telah dihadiri oleh lebihkurang 150 orang pimpinan Negeri dan Daerah di negeri Selangor. Muzakarah sehari itu dimulakan dengan pembentangan oleh AJK Negeri berkenaan proses perubahan dari konteks seerah dan sejarah moden. Juga dibentangkan pencapaian RJ1 di Selangor dan juga bahan-bahan awal RJ2-4 dari JIM Pusat yang telah dibentangkan semasa PERKASA RJ2 2007 yang lalu.

Sesi bergambar untuk AJK Negeri dan daerah-daerah juga di adakan. Selepas solat zohor telah diadakan bengkel yang telah dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk membincangkan beberapa bahagian sebagai maklumbalas dan cadangan untuk pembentukan RJ2. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil bengkel.

Wakil JK Pusat terdiri dari Timbalan Presesiden (Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh) , Naib Presiden (Prof Dr Hj Sahrim Ahmad) dan SUA (Hj Nahar Md. Nor) juga turut hadir untuk mengikuti pembentangan.

Majlis diakhiri pada jam 6.00 petang. Para hadirin dibekalkan dengan air dan kurma kalau-kalau ada yang dari jauh perlu berbuka dalam perjalanan.

Wednesday, September 19, 2007

MPWN Selangor di Petaling Jaya




15 Sept 2007: UM. WJIM Petaling Jaya telah bertanggujawab menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri yang dihadiri oleh 9 daerah perwakilan di Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh wakil wanita pusat iaitu Ir Hajjah Endok Sempo. Majlis telah berjalan dengan penuh rasa ukhuwwah dan mahhabbah dengan setiap perwakilan melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan baru Wanita Sesi 2008-2009. Barisan pimpinan yang telah dianugerah Allah untuk menerajui Wanita JIM Negeri ialah Dr Ruziatun dan dibantu oleh Dr Roohaida dan beberapa AJK lain. Tahniah diatas perlantikan ini dan kami di Petaling Jaya akan mendoakan kejayaan antum semua.

Majlis juga telah diserikan oleh persembahan 'choral speaking' kanak-kanak dari Tadika Little Al-Azhar yang bertajuk 'World Peace'.

Saya mengucapkan JZKK kepada semua ikhwah dan akhawat yang telah terlibat dalam memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar, bak respon Perasmi....' seperti berada dalam mesyuarat bertaraf national......'''',. Alhamdullilah

Semuga kita akan saling bantu membantu dalam menegakkan syariat Islam.