Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, October 22, 2005

Iftar Bersama Orang Asli di Ulu Tamu


ULU TAMU, 22 Okt - JIM PJ dengan kerjasama JIM Hulu Selangor telah mengadakan program iftar bersama dengan Orang Asli Ulu Tamu di Kem Rimba Tamu kepunyaan Us Othman. Hampir 50 orang telah hadir termasuk kanak-kanak.

Foto di sebelah menunjukkan wajah En Mat yang merupakan Tok Batin bagi orang asli di Ulu Tamu. Terdapat 200 orang penduduk orang asli di sini (dewasa & kanak-kanak) . Anak-anak bersekolah di asrama Kuala Kubu, atau berulang ke Kg Kuantan.

Program dakwah yang sedia ada menurut mereka adalah oleh JAKIM, Us Zul 019-2735641 yang mengadakan setiap minggu pada hari Selasa. Juga telah di adakan program anak angkat pelajar Universiti.

Baru-baru ini 10 orang telah memeluk Islam, mereka tidak hadir hari ini sebab ada program iftar & pemberian zakat di Putrajaya.

Juga program dakwah oleh An-Nida’ seperti program pengisian & sukan.

Orang perhubungan penting yang lain adalah Sdr Rosdi (012-9039428), asal dari Lombok Indonesia, telah berkahwin dengan anak saudara Tok Batin. Telah 20 tahun di sini & aktif di surau orang asli. Selain itu adalah Sdr Alam, JKK Ulu Tamu, tiada no. telefon buat masa ini. Beliau telah mencadangkan kita adakan program lawan bola dengan orang asli di sana sebagai salah satu program susulan terutamanya oleh JIM Hulu Selangor nanti.

Turut di raikan adalah pasangan Fatimah & Mohd Fasih…saudara baru… yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Berbuka puasa berlaukkan ikan segar dan ulam menjadikan majlis iftar kita begitu unik. Tambahan pula di susuli oleh pengisian dan penyampaian oleh Cikgu Kamarulzaman (JK Dakwah Pusat JIM) yang juga ahli JIM Hulu Selangor. Beliau dan isteri yang baru sahaja mengalami kemalagan tetap gigih untuk bersama menjayakan program ini wlaupun perlu berjalan dengan batuan tingkat. Cikgu Kamarulzaman bijak menarik minat anak2 & hadirin…..

Salah satu klip yang digunakan dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah
kisah hidup penguin. Walaupun klipnya hanya sekitar 6 minit - tapi cukup menarik perhatian para pendengar.

Penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi.... untuk bertelur. Setelah bertelur di berikan telornya itu kepada si jantan ("suaminya") untuk diramkan. Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4 bulan jugalah si jantan akan menjaga telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa meletakkan telor itu ke tanah walaupun sesaat - kerana kalau terjatuh - anak penguin akan mati.

Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat untuk memastikan telornya itu menetas ...mengikut komen klip filem tersebut - si jantan tidak buat apa-apa melainkan bersabar.
Bila tiba musim bunga - si jantan kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada ketika itu jugalah sibetina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan terus ke "suaminya" dan mengambil alih tugas membesarkan si anak. Si jantan pula akan terus ke laut untuk memburu.

Kehidupan mereka bahagia. Si jantan tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan sibetina mati semasa dilautan - si jantan juga akan mati kerana tidak ada yang nak take-over!!!!

Mereka bahagia kerana hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Manusia pun begitu - apabila hidup menurut fitrah... Sesungguhnya Islam itu agama dari Allah dan secocok dengan fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri dari Islam bererti menjauhkan diri dari fitrah semula jadinya - akibatnya manusia akan terjerumus dalam lembah yang hina ....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home