Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, October 16, 2005

Siapa kata JIMPJ ketandusan pelapis?

Bandar Sri Damansara - Ahad 16 Oktober . Satu program iftar Aktivis Muda telah berjaya di laksanakan malam di rumah Dr Musa. Seramai 20 orang ikhwah dan 8 orang akhawat menghadiri majlis tersebut. Antara yang hadir adalah pelajar UIA dalam pelbagai jrusan seperti engineering, perubatan dan ekonom. Juga terdapat akhawat dari UM dan ikhwah yang telah tamat pengajian mereka dan mula bekerja.

Kehadiran Dr Musa sebagai host dan Tuan Syed Ibrahim, Naib Presiden JIM di manfaatkan sepenuhnya untuk memberikan beberapa cetusan untuk aktivis Muda ini membuat panduan dalam mereka mengorak langkah memulakan aktivisme mereka. Di kalangan mereka ada 6 orang hafiz dan mereka yang mempunyai kualiti untuk digilap ciri-ciri kepimpnan mereka.

Majlis dimulakan pukul 5.15 ptg dengan sedikit taaruf dari kalangan yang hadir. Kemudian Dr Musa memberikan amanat beliau dansedikit dari usaha yang beliau lakukan dalam bdang medical dengan medical interest group beliau bersama Prof Dr Hatta Shahrom dan Prof Dt Abdul Rashid serta beberapa otang doktor lain. Dikalangan mereka telah berjaya mengumpulkan RM 2.2 m sebagai paid-up capital untuk memulakan sebuat universiti medical di Cyberjaya. Ini adalah hasil apabila meeka excel di dalam kerjaya mereka dan segala bidang yang mereka ceburi sehingga berupaya membuat contribution mereka tersebdiri kepada dakwah. Malah dia cukupa berbangga dengan profession sebagai doktor yang melerakan sifat rahmah lebih tinggi dari keadilan yang mendoorng mereka untuk terlibat dengan usaha-usaha relief work. Mungkin passion beliau dengan tugas beliau dapat memberi dorongan kepada aktivis Muda ini untuk excel dalam pelajaran mereka seterusnya melahirkan tenaga professional yang berkemampuan merubah masyarakat.

Selepas sesi iftar dan solat maghrib kemudian mereka telah mengadakan sembahyang isya dan terawih di imami oleh beberapa hafiz secara berganti.

Tidak cukup dengan ucapan dari Dr Musa sebelum berbuka meeka yang hadir menyambung untuk mendengar ucapan dari Tuan Syed Ibrahim. Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Pengerusi GMI beliau telah mendedahkan isu-isu Hak Asasi kepada Aktivis-aktivis Muda tersebut. Malah dia sempat menyentuh tentang program membincangkan Hak Asasi yang tlah dilaksanakan pada Hari Sabtu sebelum iyu. Semuga akan lahir dikalangan meeka mereka yang akan mem[erjuangkan Universal Islamic Declaration of Human Rights berbanding dengan Universal Declaration of Human Rights yang jelas beberapa pronsip dan UDHR omo nertentang dengan prinsip Islam.

Majlis bersurai pada pukul 10 malam dengan harapan program-program dalam mengembangkan pemikiran dan penglibatan Aktivis Muda dapat diteruskan. Jzkkk kepada Dr Musa dan keluarga yang telah berbesar hati menjadi host.

-Jusri Jusoh-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home