Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, December 18, 2005

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI KRJ-PJ DI SURAU AN-NUUR PELANGI DAMANSARA

TARIKH: 18 DISEMBER 2005
TEMPAT:SURAU AN-NUUR PELANGI DAMANSARA
MASA:8.30 AM-1.00 PM
JUMLAH PESERTA:LEBIH KURAN 30 ORANG

Tenaga Penggerak: Akh Ridzwani, Jeff, Solihin, Ruzain Syukur, serta penggerak KRJPJ Puteri diketuai Ukh Ruziah (Ujie).

OBJEKTIF

Kesinambungan daripada program yang lalu , program separuh hari ini berjaya mengumpul lebih kurang 30 peserta di kawasan tersebut yang sebahagiannya pernah mengikuti program KRJ di Kayu Ara tempoh hari.

PERJALANAN PROGRAM

Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi dan program pengenalan KRJ bermula kira-kira jam 9 pagi. KRJ diperkenalkan oleh saudara Ridzwani disusuli dengan sesi ta'aruf peserta dan tenaga penggerak.

LAGU TEMA KRJ

Alunan zikir bergema disusuli dengan beberapa lagu tema KRJ diketuai oleh saudara Solihin.AZAM 2006 Majlis diteruskan dengan slot azam 2006 oleh saudara Razlan Karisma UIA)yang berjaya menarik minat peserta program dalam usaha menyedarkan peserta betapa pentingnya muhasabah diri juga keperluan mengukuhkan azam.

SESI PERBINCANGAN KUMPULAN

Peserta seterusnya dibahagikan kepada 5 kumpulan , mereka diberikan beberapa kajian kes tentang beberapa gejala sosial untuk dibincangkan.Seterusnya hasil perbincangan dibentangkan .Memandangkan kelompok peserta masih lagi muda, mereka nyata memerlukan bimbingan dalam teknik perbincangan dan pembentangan.

MUHASABAH

Slot muhasabah diri telah pun dilaksanakan oleh Cikgu Tamrin yang cuba untuk menyentuh hati peserta dengan stailnya tersendiri.nyata peserta juga ibu-bapa tersentuh dengan penyampaiannya.Seterusnya saudara Jeff meneruskan sesi muhasabah dengan doa yang cukup menyentuh hati peserta dan nyata berjaya untuk memberi keinsafan betapa besarnya pengobanan ayah dan ibu.

MAJLIS PENUTUP RINGKAS

Majlis penutup ringkas turut dihiasi dengan persembahan powerpoint preview program seterusnya ucapan oleh pihak surau juga tuan Imam serta penyampaian hadiah.Rata-rata mereka berpuas hati dengan kesudian pihak KRJ mengadakan program dan mengharapkan adanya program-program susula seterusnya.

PENILAIAN KESELURUHAN

Walaupun program yang diadakan agak singkat tetapi ianya mampu dijadikan batu loncatan untuk KRJ terus bersama remaja dengan melihat kepada sambutan yang diberikan.Kemampuan penggerak KRJ sendiri yang turut sama mengendalikan program memberikan satu pengalaman yang berguna dalam meneruskan gerak kerja dakwah bersama remaja.Sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada pengurusan surau An-Nur dan ibu-bapa juga amat menggalakkan.Kami penggerak program turut sama dijemput ke majlis doa selamat salah seorang ahli Qariah sebagai tanda penerimaan positif kehadiran kami.

PENUTUP

Adalah diharapkan KRJ terus maju menjana program-program dakwah menjelang 2006 dengan usaha yang lebih gigih ke arah pembentukan remaja Soleh Wa Musleh, InsyaAllah.Sekian, wassalam

Disediakan Oleh:Ruzain Syukur b mansor

0 Comments:

Post a Comment

<< Home