Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Wednesday, December 14, 2005

Pertemuan dengan Pewaris JIM PJ

Damansara, 14 Dec -- Satu perjumpaan dengan beberapa Pewaris JIMPJ telah diadakan pada hari Rabu (9pm hingga 11pm). Perjumpaan di hadiri oleh:-

1. Mazmi Kamal - YDP
2. Anuar Mohd Aris - TYPD
3. Jusri Jusoh - Biro TPSM
4. Ustaz Abd Malek Shaari - Biro Ekonomi
5. Cikgu Azmi - Biro Remaja
6. Pewaris:-
- Maryam Madihah Anuar
- Farihah Mazmi
- Zaffirah Azman
- Aniqah Husna Abd Latif (Kawan Zaffirah)
- Hanis Kamarudin (Kawan Zaffirah)
- Nublan Abd Malek
- Na'eem Abd Malek
- Abdus Salam Anuar
- Muhammad Husaini Anuar
- Aiman Jusri
- Abdullah Amin Jusri

Agenda Perjumpaan:-

1. Taaruf dan taklimat.

Perjumpaan dimulakan dengan taaruf dan taklimat pendek dari YDP dan TYPD.
Taklimat YDP dan TYDP antara lain menerangkan harapan ibu bapa khususnya ahli-ahli JIMPJ terhadap Pewaris iaitu:-

- Penyusunan Pewaris khususnya untuk menyumbang kepada perjuangan Islam di PJ khususnya dan di IPT/Kolej tempat mereka belajar dsbnya.
- Memanafaatkan masa cuti dengan program-program yang dapat membina ukuwah dan peningkatan diri (tarbiyah).
- Memanafaatkan kebolehan Pewaris sediaada dalam menyertai/menyumbang aktiviti-aktiviti Remaja KRJ.

Disamping taaruf, pewaris telah diberi peluang menceritakan pengalaman masing-masing dalam program-program di tempat belajar masing-masing.

2. Perancangan Program

Perbincangan selanjutnya dibuat dalam dua kumpulan berasingan : Pewaris Lelaki dan Perempuan bagi mendapatkan cadangan mereka berhubung program2 yang sesuai. Masing-masing diminta untuk fokus kepada beberapa program yang boleh dimulakan dalam masa terdekat khususnya penyusunan usrah.

Rumusan diakhir perbincangan:-

Pewaris Perempuan:-

Sebagai permulaaan program Usrah akan diadakan pada 24/12/05. Usrah akan membincangkan secara lebih lanjut program-program Pewaris.

Pewaris Lelaki:-

Sebagai permulaan program usrah akan juga diadakan pada 9.30 pagi 24/12/05 diikuti oleh futsal pada pukul 11.30pg bersama group Remaja (Cikgu Azmi). Program2 lanjutan akan juga dibincangkan semasa usrah.

TYPD dengan bantuan TPSM dan Biro Remaja akan memantau perjalanan program pewaris dari masa kesemasa khususnya dalam memberi support yang diperlukan.

Selain dari pewaris yang hadir pada 14/12/05 anak-anak ahli JIMPJ yang lain juga dialu-alukan untuk menyertai program2 pewaris akan datang (kawan-kawan mereka pun welcomed). Saya masih menunggu maklum balas database anak-anak ahli yang lebih comprehensive yang perlu disusun dalam program pewaris. Harap ibu-bapa dapat bantu hantarkan data.

Terima Kasih

TYPD

0 Comments:

Post a Comment

<< Home