Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Wednesday, December 14, 2005

11 Penggerak Pewaris berjaya di kumpulan

DAMANSARA, Dis 14 (Markaz) -- Seramai 11 orang pewaris (5 perempuan & 6 lelaki) telah berjaya di pertemukan di Markaz JIM PJ. Mereka adalah terdiri daripada anak-anak ahli JIM yang di rasakan sesuai untuk menjadi penggerak kepada program pewaris dan juga program belia yang lain. Kebanyakan mereka adalah dari tingkatan empat, lima dan juga lepasan SPM.

Hasratnya adalah agar para belia ini dapat merancang program-program untuk rakan sebaya mereka. Kedua, agar ianya menjadi persediaan untuk mereka bersama jamaah semasa di IPT kelak. Melalui penyusunan ini adalah di harapkan mereka jika dapat masuk ke IPT di mana jua pun akan dapat kita salurkan kepada rakan-rakan kita di IPT tersebut, jadi tidaklah mereka tercari-cari bila ke IPT kelak. Penekanan adalah di berikan tentang peri pentingnya kehidupan berjamaah itu sendiri. Ketiga, mereka juga semasa bersama program pewaris ini dapat mengenali JIM dengan lebih mendalam lagi. Walaupun kebanyakannya anak ahli JIM tetapi mereka sendiri masih belum mendapat pendedahan yang luas tentang program & aktiviti JIM.

Sebagai permulaan mereka ini akan memulakan kumpulan usrah lelaki & perempuan. Di samping meningkatkan ilmu, mereka juga akan menggunakan platform usrah ini untuk merancang program-program untuk belia. Kedua-dua usrah ini akan bermula pada 24 Dis 2005, yang lelakinya di Markaz JIM PJ, dan yang perempuan di Masjid Mujahidin Damansara Utama bermula jam 9.30 pagi - 11.00 pagi. Pada jam 11.30 pagi, pewaris lelaki akan berangkat ke lapangan futsal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home