Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Wednesday, September 19, 2007

MPWN Selangor di Petaling Jaya




15 Sept 2007: UM. WJIM Petaling Jaya telah bertanggujawab menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri yang dihadiri oleh 9 daerah perwakilan di Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh wakil wanita pusat iaitu Ir Hajjah Endok Sempo. Majlis telah berjalan dengan penuh rasa ukhuwwah dan mahhabbah dengan setiap perwakilan melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan baru Wanita Sesi 2008-2009. Barisan pimpinan yang telah dianugerah Allah untuk menerajui Wanita JIM Negeri ialah Dr Ruziatun dan dibantu oleh Dr Roohaida dan beberapa AJK lain. Tahniah diatas perlantikan ini dan kami di Petaling Jaya akan mendoakan kejayaan antum semua.

Majlis juga telah diserikan oleh persembahan 'choral speaking' kanak-kanak dari Tadika Little Al-Azhar yang bertajuk 'World Peace'.

Saya mengucapkan JZKK kepada semua ikhwah dan akhawat yang telah terlibat dalam memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar, bak respon Perasmi....' seperti berada dalam mesyuarat bertaraf national......'''',. Alhamdullilah

Semuga kita akan saling bantu membantu dalam menegakkan syariat Islam.