Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Wednesday, October 26, 2005

Iftar & Penerangan Untuk Bakal Ahli

Tadika Husna, Kelana Jaya - Rabu 26 Oktober 2005. Satu Majlis Iftar serta penerangan mengenai JIM telah diadakan oleh JIM PJ selepas iftar bersama aktivis JKRJ JIM PJ dan Tadika. Seramai lebih kurang 25 orang yang telah sekian lama mengikuti usrah JIM menghadiri majlis tersebut. Ada juga seorang parent pelajar Tadika Husna menyertai majlis tersebut kerana berminat untuk menetahui mengenai JIM.

Taklimat mengenai JIM telah disampaikan oleh YDP JIM PJ iaitu Sdr Mazmi Kamal selam 15 minit. Beberapa persaaln telah ditimbulkan dan dijawab oleh penyampai sebelum majlis bersurai untuk solat terawih berjemaah. antara persoalan yang ditmbulakan adalah, apakah biro-biro dalam JIM PJ, apakah perbezaan JIM dan ABIM, apakah kaitan JIM dan JI.

Setiap peserta mendapat starter kit JIM PJ berupa satu file yang menandungi beberapa dokumen mengenai JIM. Hampir kesemua starter kit tersbut diambil. Semuga boran keahlian di dlam starter kit itu siisi dan dikembalikan kepada naqib masing-masing. Sdr Mazmi Kamal telah menekan beberapa kepanfingan untuk mengisi boang tersebut untuk menjadi ahli secara berdaftar.

Seorang parent yang menghadiri menyarankan supaya Tadika dibawah kelolaan JIM dapat mengadakan majlis aqiqh dikalangan paent di Tadika.

Kita akan menyusuli program tersebut dengan program-program lain seterusnya.

Jusri

Sunday, October 23, 2005

Pelancaran Web page Little Azhar

Petaling Jaya, 23 Oct -- Tadika Little AlAzhar adalah salah satu organisasi yang bekerja sama rapat dengan JIM PJ dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah di Petaling Jaya ini. Terutamanya dalam hal pembangunan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Kita boleh melayari http://www.littleazhar.com untuk mendapat maklumat mengenai tadika tersebut.

Saturday, October 22, 2005

Iftar Bersama Orang Asli di Ulu Tamu


ULU TAMU, 22 Okt - JIM PJ dengan kerjasama JIM Hulu Selangor telah mengadakan program iftar bersama dengan Orang Asli Ulu Tamu di Kem Rimba Tamu kepunyaan Us Othman. Hampir 50 orang telah hadir termasuk kanak-kanak.

Foto di sebelah menunjukkan wajah En Mat yang merupakan Tok Batin bagi orang asli di Ulu Tamu. Terdapat 200 orang penduduk orang asli di sini (dewasa & kanak-kanak) . Anak-anak bersekolah di asrama Kuala Kubu, atau berulang ke Kg Kuantan.

Program dakwah yang sedia ada menurut mereka adalah oleh JAKIM, Us Zul 019-2735641 yang mengadakan setiap minggu pada hari Selasa. Juga telah di adakan program anak angkat pelajar Universiti.

Baru-baru ini 10 orang telah memeluk Islam, mereka tidak hadir hari ini sebab ada program iftar & pemberian zakat di Putrajaya.

Juga program dakwah oleh An-Nida’ seperti program pengisian & sukan.

Orang perhubungan penting yang lain adalah Sdr Rosdi (012-9039428), asal dari Lombok Indonesia, telah berkahwin dengan anak saudara Tok Batin. Telah 20 tahun di sini & aktif di surau orang asli. Selain itu adalah Sdr Alam, JKK Ulu Tamu, tiada no. telefon buat masa ini. Beliau telah mencadangkan kita adakan program lawan bola dengan orang asli di sana sebagai salah satu program susulan terutamanya oleh JIM Hulu Selangor nanti.

Turut di raikan adalah pasangan Fatimah & Mohd Fasih…saudara baru… yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Berbuka puasa berlaukkan ikan segar dan ulam menjadikan majlis iftar kita begitu unik. Tambahan pula di susuli oleh pengisian dan penyampaian oleh Cikgu Kamarulzaman (JK Dakwah Pusat JIM) yang juga ahli JIM Hulu Selangor. Beliau dan isteri yang baru sahaja mengalami kemalagan tetap gigih untuk bersama menjayakan program ini wlaupun perlu berjalan dengan batuan tingkat. Cikgu Kamarulzaman bijak menarik minat anak2 & hadirin…..

Salah satu klip yang digunakan dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah
kisah hidup penguin. Walaupun klipnya hanya sekitar 6 minit - tapi cukup menarik perhatian para pendengar.

Penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi.... untuk bertelur. Setelah bertelur di berikan telornya itu kepada si jantan ("suaminya") untuk diramkan. Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4 bulan jugalah si jantan akan menjaga telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa meletakkan telor itu ke tanah walaupun sesaat - kerana kalau terjatuh - anak penguin akan mati.

Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat untuk memastikan telornya itu menetas ...mengikut komen klip filem tersebut - si jantan tidak buat apa-apa melainkan bersabar.
Bila tiba musim bunga - si jantan kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada ketika itu jugalah sibetina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan terus ke "suaminya" dan mengambil alih tugas membesarkan si anak. Si jantan pula akan terus ke laut untuk memburu.

Kehidupan mereka bahagia. Si jantan tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan sibetina mati semasa dilautan - si jantan juga akan mati kerana tidak ada yang nak take-over!!!!

Mereka bahagia kerana hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Manusia pun begitu - apabila hidup menurut fitrah... Sesungguhnya Islam itu agama dari Allah dan secocok dengan fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri dari Islam bererti menjauhkan diri dari fitrah semula jadinya - akibatnya manusia akan terjerumus dalam lembah yang hina ....

Sunday, October 16, 2005

Siapa kata JIMPJ ketandusan pelapis?

Bandar Sri Damansara - Ahad 16 Oktober . Satu program iftar Aktivis Muda telah berjaya di laksanakan malam di rumah Dr Musa. Seramai 20 orang ikhwah dan 8 orang akhawat menghadiri majlis tersebut. Antara yang hadir adalah pelajar UIA dalam pelbagai jrusan seperti engineering, perubatan dan ekonom. Juga terdapat akhawat dari UM dan ikhwah yang telah tamat pengajian mereka dan mula bekerja.

Kehadiran Dr Musa sebagai host dan Tuan Syed Ibrahim, Naib Presiden JIM di manfaatkan sepenuhnya untuk memberikan beberapa cetusan untuk aktivis Muda ini membuat panduan dalam mereka mengorak langkah memulakan aktivisme mereka. Di kalangan mereka ada 6 orang hafiz dan mereka yang mempunyai kualiti untuk digilap ciri-ciri kepimpnan mereka.

Majlis dimulakan pukul 5.15 ptg dengan sedikit taaruf dari kalangan yang hadir. Kemudian Dr Musa memberikan amanat beliau dansedikit dari usaha yang beliau lakukan dalam bdang medical dengan medical interest group beliau bersama Prof Dr Hatta Shahrom dan Prof Dt Abdul Rashid serta beberapa otang doktor lain. Dikalangan mereka telah berjaya mengumpulkan RM 2.2 m sebagai paid-up capital untuk memulakan sebuat universiti medical di Cyberjaya. Ini adalah hasil apabila meeka excel di dalam kerjaya mereka dan segala bidang yang mereka ceburi sehingga berupaya membuat contribution mereka tersebdiri kepada dakwah. Malah dia cukupa berbangga dengan profession sebagai doktor yang melerakan sifat rahmah lebih tinggi dari keadilan yang mendoorng mereka untuk terlibat dengan usaha-usaha relief work. Mungkin passion beliau dengan tugas beliau dapat memberi dorongan kepada aktivis Muda ini untuk excel dalam pelajaran mereka seterusnya melahirkan tenaga professional yang berkemampuan merubah masyarakat.

Selepas sesi iftar dan solat maghrib kemudian mereka telah mengadakan sembahyang isya dan terawih di imami oleh beberapa hafiz secara berganti.

Tidak cukup dengan ucapan dari Dr Musa sebelum berbuka meeka yang hadir menyambung untuk mendengar ucapan dari Tuan Syed Ibrahim. Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Pengerusi GMI beliau telah mendedahkan isu-isu Hak Asasi kepada Aktivis-aktivis Muda tersebut. Malah dia sempat menyentuh tentang program membincangkan Hak Asasi yang tlah dilaksanakan pada Hari Sabtu sebelum iyu. Semuga akan lahir dikalangan meeka mereka yang akan mem[erjuangkan Universal Islamic Declaration of Human Rights berbanding dengan Universal Declaration of Human Rights yang jelas beberapa pronsip dan UDHR omo nertentang dengan prinsip Islam.

Majlis bersurai pada pukul 10 malam dengan harapan program-program dalam mengembangkan pemikiran dan penglibatan Aktivis Muda dapat diteruskan. Jzkkk kepada Dr Musa dan keluarga yang telah berbesar hati menjadi host.

-Jusri Jusoh-

Monday, October 03, 2005

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamu'alaikum Ikhwah & Akhawat sekelian,

AlahamdulilLah, bahang Ramadhan telah semakin terasa dan semakin dekat. InsyaAllah, jika kita ada umur beberapa hari lagi kita akan berpeluang sekali lagi untuk bertemunya.

Semalam beberapa Ikhwah dan pelapis (anak-anak) telah berkumpul di Markaz JIM PJ untuk bersama-sama membahagikan kerja untuk menggantung kain rentang sempana menyambut Ramadhan sebagai usaha meyeru masyarakat akan pengahayatan Ramadhan dan menyebarkan risalah-risalah ke masjid-masjid & tempat-tempat awam (Kepada yang berminat untuk mendapatkannya untuk sebaran boleh hubungi markaz, jika masih ada). Kain-kain rentang tersebut tertera di atasnya "Ramadhan Al Mubarak; Kurangkan Juadah; Banyakkan Sedekah". Dua dari banner tersebut telah diletakkan di dua jejantas di LDP. Seruan tersebut saya rasa selain untuk masyarakat umum, ianya juga lebih perlu di hayati oleh kita sendiri ahli-ahli JIM PJ.

Berazamlah kita untuk mengharungi Ramadhan ini dengan sebaik mungkin. Kita ajak serta tunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan sekerja dan masyarakat akan penghayatan Ramadhan yang sebenarnya.

Bersyukurlah kita jika dipanjangkan umur untuk sekali lagi bertemu Ramadhan yang mana segala amalan akan diberikan ganjaran yang berkali-kali ganda.

Rebutlah peluang yang hanya datang sekali setahun ini dengan sebaiknya. Jika kita sanggup bertungkus lumus untuk mendapatkan bonus atau ganjaran kewangan yang berganda. Ramadhan pula kita perlu luangkan masa dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan, kita akan diberi ganjaran yang berganda. Apakah kita akan melepaskan peluang ini? Terutamanya bila kita sendiri tidak mengetahui sama ada akan berpeluang untuk bertemunya lagi di tahun hadapan. Apakah kita masih hidup, masih punya kemampuan, masih punya kesihatan dan pelbagai kemugkinan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita diberi kekuatan dan keazaman yang kuat bagi menjadikan Ramadhan ini yang terbaik.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sahabatmu,

Mazmi bin Kamal
YDP JIM PJ