Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, April 30, 2006

Hari Keluarga Pimpinan JIM Negeri Selangor



Selayang, 30-Apr -- Seramai 31 keluarga pimpinan, negeri & daerah-daerah JIM di Negeri Selangor, telah bersama di FRIM berhampiran dengan air terjun. Ramai yang gembira dapat bersama bersantai dan meningkatkan ukhuwwah sesama pimpinan.

Sukan Tadika al Husna







Kelana Jaya 30 April 2006 Sukan tahunan Tadika Al Husna telah diadakan di Padang bersebelahan dengan surau BAKIS.Beberapa orang ahli JIM PJ seperti telah turut sama membantu menjayakan sukan ini . Antara mereka yang hadir ialah Kak Fauza dan anak-anak, akh Azhar Ashari selaku MC, dua orang alumni Tadika itu Nublan dan Muhammad Naéem dan lain-lain lagi. Program bermula jam 8.30 dan berakhir pada 12.30 tengah hari.Tadika ini yang telah beroperasi semenjak 20 tahun lalu kini telah berada dilokasinya yang keempat sejak ditubuhkan oleh ikhwah dan akhawat PJ pada tahun 1987.

Thursday, April 27, 2006

Majlis Perpisahan untuk Setiausaha Wanita JIM PJ


Petaling Jaya, 27 Apr -- Satu majlis penghargaan cum perpisahan telah diadakan di tadika Little Azhar untuk sahabat/ahli/setiausaha Wanita JIM PJ kerana beliau akan berpindah ke Kuantan pada mulai hujung bulan ini.

Majlis serba ringkas yang diadakan bersama Ahli Jawatankuasa Wanita adalah sebagai tanda terima kasih kami melalui sedikit pemberian cenderadurja kepada kelaurga Nurhafizah dan Dr Hadzri yang telah sekian lama membantu usaha tarbiyah dan dakwah di PJ.

Kami mendoakan agar keluarga ini akan terus beristiqamah dalam usaha pengislahan bersama masyarakat di Kuantan.

Sunday, April 23, 2006

Latihan Silat Petir Bermula


Subang Jaya 23-Apr -- Latihan yang pertama Silat Petir di Petaling Jaya telah di adakan di pejabat Afaq Consulting, Subang Jaya. Latihan telah di kendalikan oleh Cikgu Wahab yang datang daripada Sungai Petani, Kedah.

Silat ini telah di perkenalkan lebih daripada 40 tahun yang lalu di Pulau Pinang. Cikgu Wahab telah mewarisi silat ini daripada ayahanda beliau. Menurut Cikgu Wahab, Silat Petir mengamalkan latihan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keyakinan kita untuk mempertahankan diri. Tumpuannya hanyalah untuk membolehkan diri kita sendiri menjadi "Senjata yang Ampuh (effective)". Silat ini jauh sekali daripada mengamalkan amalan-amalan persilatan yang bertentangan dengan ajaran agama.

Cikgu Wahab akan ke sini setiap bulan untuk memperkenalkan latihan yang baru. Untuk pemantapan, latihan di adakan setiap minggu pada hari Ahad 8.30 di pejabat Afaq Consulting. Untuk awal bulan Mei, memandangkan terdapat cuti hujung minggu yang panjang, latihan yang berikutnya akan di adakan pada hari Khamis 4-Mei-2006 di masa dan tempat yang sama.

Setakat ini 11 orang telah mendaftar sebagai pelatih. Cadangannya untuk peringkat awal ini kita akan menghadkan kepada 15 orang pelatih sahaja, bagi membolehkan tumpuan di beri kepada pembinaan setiap pelatih. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Sdr Mazmi 013-2338135 atau mazmi81@gmail.com.

Tuesday, April 18, 2006

Majlis Meraikan Pekerja Walimah Presiden


Gombak, 18-Apr -- Satu majlis telah di adakan di Sekolah Al-Amin Gombak untuk meraikan pekerja-pekerja yang terlibat membantu semasa Walimah Sdr Presiden baru-baru ini, yang mana JIM Petaling Jaya telah membantu dalam penyediaan dan hidangan minumanan sirap dan teh-tarik. Sdr Presiden mengucapkan rasa terimakasih dan terharu beliau atas kerjasama yang di berikan. Ianya lebih menjadi satu program nasional bagi JIM. Semasa makan para tetamu telah di hidangkan dengan gambar-gambar dan rakaman video walimah.

Sunday, April 16, 2006

Penubuhan Kelab Remaja Masjid


Taman Tun Dr ismail, 16-Apr -- Pelancaran Kelab Remaja Masjid At- Taqwa Taman Tun Dr Ismail telah disempurnakan oleh Pengerusi masjid Tan Sri Kamaruzzaman Shariff pada pagi ini Ahad 16/4/06.Kelab ini ditubuhkan dengan kerjasama pihak masjid sendiri,KRJ dan Sek Men Taman Tun. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Biro Dakwah merangkap Iman iaiatu Ustaz Osman Jalaluddin diikuti pula bacaan al Qur'an olah Adik Muhammad Ahmad Zaid yang telah menghafaz 30 juzuk. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Wadi Al Jadid. Program ini bersempena perayaan Maulid Rasul di masjid ini yang telah bermula sejak semalam dengan acara pertandingan street soccer.

Khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma juga disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan Pakar Damansara serta pameran dari Agensi Dadah Kebangsaan dan ada juga gerai-gerai jualan. Di sebelah malam pula diteruskan dengan program ceramah Maulid Rasul.Program remaja juga turut diadakan pada hari ini di Masjid Bandar Sri Damansara.

Friday, April 14, 2006

Kursus Blog AJK JIM PJ


Subang Jaya, 14-Apr -- Satu kursus blog telah di adakan untuk AJK JIM PJ. Ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai AJK yang memberi sumbangan penulisan untuk Blog Diari JIM PJ ini. Kursus ini telah di kendalikan oleh Hj Mazmi bin Kamal (YDP JIM PJ) atas anjuran Us Abdul Malek AJK Media JIM PJ.

Hasil daripada kursus ini maka Us Malek juga telah mencipta blog beliau sendiri untuk ahli JIM PJ mendapat maklumat tentang Belajar Bahasa Arab (http://arabjimpj.blogspot.com/)

Sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis Diari JIM PJ boleh menghubungi Hj Mazmi bin Kamal (klik untuk menghantar email)

Wednesday, April 12, 2006

Muzakarah JIM Negeri Selangor


Kuala Langat, 11-Apr -- AJK & Wanita JIM Petaling Jaya bersama-sama pimpinan negreri & daerah lain di Selangor telah berkumpul di Kolej Komuniti Kuala Langat untuk Muzakarah JIM Negeri Selangor. Muzakarah sehari ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Lebih 120 orang pimpinan JIM seluruh Selangor telah berkumpul di sini.

Muzakarah di mulakan dengan perkongsian AJK Negeri tentang lawatan ke semua sembilan daerah yang telah di laksanakan pada bulan Februari dan Mac yang lalu. Setiap daerah juga telah berkongsi "Best Practice" mereka yang boleh di manfaatkan oleh daerah-daerah lain.

  1. AMPANG JAYA: Remaja (Program Kersani)
  2. SEPANG: Pusat Bimbingan Remaja (PBR)
  3. GOMBAK: Dana (Kutipan zakat)
  4. PETALING: SERU – Bantuan Banjir
  5. PETALING JAYA: Info – Kit
  6. KUALA LANGAT: Program Komuniti
  7. HULU SELANGOR: Program Bersama Orang Asli
  8. HULU LANGAT: IPT
  9. KLANG: Dakwah Dalam Masyarakt Majmuk (DDMM)

Semasa sesi yang kedua para peserta telah di bahagikan kepada 6 kumpulan untuk membincangkan perlaksanaan Perancangan Strategik JIM 2005-2007 yang telah di sediakan oleh JIM Pusat. Dua KRA lagi yang tidak di bincangkan adalah untuk tindakan Negeri dan Pusat iaitu Targeted Tajnid dan Penempatan Strategik.

  1. KRA 6 :Pembangunan Sumber Manusia (Hj. Mohammad Yaakub Idris)
  2. KRA 8 : Organisasi Mnatap (Burhanudin Shah Hamzah)
  3. KRA 7 : Dana (Razali Hassan)
  4. KRA 1 : Public Opinion Leadership (Hj. Fadzil Abdullah)
  5. KRA 5 : Networking (Aizudin Nurudin)
  6. KRA 2 : Politik (Adzhar Maludin)

Rumusan yang di buat oleh Ketua Fasilitator, Hj Mazmi Kamal adalah bahawa setiap pimpinan negeri & daerah haruslah peka dengan perancangan dari pusat yang telah sedia ada. Semua harus berusaha sebaik mungkin untuk menjayakannya, dan meneruskan berfikir tentang cara yang terbaik untuk mencapainya dan tidak hanya menunggu untuk di bincangkan di Muzakarah sebegini sahaja.

"Merancang Menurut Strategi, Bekerja Menurut Perancangan"

Sunday, April 09, 2006

Team Air JIM PJ di Walimah Presiden JIM

Gombak, 9-Apr -- Ahli JIM Petaling Jaya di ketuai oleh TYDP (Sdr Anuar Aris) telah bersama-sama bergotong-royong menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan Walimah Presiden JIM (Akh Zaid Kamaruddin) & Cikgu Suriati. Berikut adalah sedikit sebanyak gambar semasa hari tersebut:

40 botol air miniral untuk buat sirap limau


Wah..bergaya Dr Abdul Rahman Bidin jadi orang dapur

Us Malek tauke sirap & Kamal tauke Teh Tarik

Sarapan dulu kita..

Us Nash pun tak kurang hebatnya

Hazim & Fawaz apa lagi ambillah video cara membuat Teh Tarik

Abg Jaafar membuat campuran seterusnya

Tu dia pengantin kita..

Perut dah lapar dah nie..

Tunggu dulu kami nak bersilat dulu..

Boleh makan sambil dengar nasyid

Orang-orang dapur bergambar dengan pengantin

Saturday, April 08, 2006

Iftar JIM PJ


Petaling Jaya, 6-Apr -- Iftar bulan April JIM PJ telah di adakan di Little Azhar. Jalan ke Little Azhar begitu sesak sekali, kerana di beritakan bahawa banjir kilat telah melanda Jalan Kelang Lama.

Kali ini giliran KRJ untuk memberikan tazkirah. Sdr Solihin telah mewakili KRJ untuk memberikan tazkirah. Kali ini pelajar-pelajar Kolej UIA tiada bersama-sama untuk iftar kerana mereka sedang bercuti.

Sunday, April 02, 2006

Futsal JIM Negeri Selangor



Petaling Jaya, 2-Apr
-- Seramai lebih 200 orang menyertai pertandingan Futsal Peringkat Negeri Selangor. 23 pasukan daripada seluruh Negeri Selangor telah turut serta. Ianya adalah sebahagian dari program dakwah JIM yang mana sukan adalah aktiviti yang dapat menarik dan membawa kita mendekati remaja. Di samping pasukan dewasa & remaja daripada JIM Daerah, ISMA PJ juga telah menghantar 3 pasukan, terdapat juga pendaftaran daripada pasukan luar.

"Kesempatan ini juga mengucap tahniah pada JIM Petaling Jaya yang telah berjaya mengelola FUTSAL peringkat Negeri Selangor pada waktu yang sama. 23 pasukan beradu kekuatan. Tahniah Sepang yang berjaya mengondol Piala Juara. Tahniah Ampang Jaya Naib Juara.Tahniah Petaling Jaya ditempat ketiga........." (Petikan email Hj Fadzil bin Hj Abdullah, YDP JIM Negeri Selangor)