Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, April 23, 2006

Latihan Silat Petir Bermula


Subang Jaya 23-Apr -- Latihan yang pertama Silat Petir di Petaling Jaya telah di adakan di pejabat Afaq Consulting, Subang Jaya. Latihan telah di kendalikan oleh Cikgu Wahab yang datang daripada Sungai Petani, Kedah.

Silat ini telah di perkenalkan lebih daripada 40 tahun yang lalu di Pulau Pinang. Cikgu Wahab telah mewarisi silat ini daripada ayahanda beliau. Menurut Cikgu Wahab, Silat Petir mengamalkan latihan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keyakinan kita untuk mempertahankan diri. Tumpuannya hanyalah untuk membolehkan diri kita sendiri menjadi "Senjata yang Ampuh (effective)". Silat ini jauh sekali daripada mengamalkan amalan-amalan persilatan yang bertentangan dengan ajaran agama.

Cikgu Wahab akan ke sini setiap bulan untuk memperkenalkan latihan yang baru. Untuk pemantapan, latihan di adakan setiap minggu pada hari Ahad 8.30 di pejabat Afaq Consulting. Untuk awal bulan Mei, memandangkan terdapat cuti hujung minggu yang panjang, latihan yang berikutnya akan di adakan pada hari Khamis 4-Mei-2006 di masa dan tempat yang sama.

Setakat ini 11 orang telah mendaftar sebagai pelatih. Cadangannya untuk peringkat awal ini kita akan menghadkan kepada 15 orang pelatih sahaja, bagi membolehkan tumpuan di beri kepada pembinaan setiap pelatih. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Sdr Mazmi 013-2338135 atau mazmi81@gmail.com.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home