Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, March 19, 2006

Demo Anti Perang di depan Kedutaan US


Kuala Lumpur, 19-Mar -- Lebihkurang 1000 orang telah berkumpul untuk berdemonstrasi "Anti Perang" di hadapan Kedutaan US. Ahli-ahli JIM PJ juga turut kelihatan bersama-sama dalam demo tersebut. Cuma mungkin kita dapat ramai-ramai dapat bersama dalam program-program sebegini. Berikut adalah petikan coretan oleh Nashita Md Noor:

"Pagi tadi kami sekeluarga menghabiskan hari cuti terakhir persekolahan dengan menyertai demo anti-perang di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. Sambil menyahut gesaan K.Endok, kami turut membawa 3 orang anak-anak kami bersama(sambil mendokong anak yang kecil sekali). Setiba di sana perasaan saya antara terkejut, sedih dan terharu pun ada apabila melihat dari awal lagi deretan peserta demo yang terdiri dari kaum India dan China berderet di sepanjang jalan. Saya membawa anak-anak saya berjalan merentasi deretan para pendemo hingga ke hujung barisan. Alhamdulillah, kelihatan ramai ahli-ahli JIM, termasuk juga AJK JIM Pusat, Ahmad Jamali, Syed Ibrahim, Dr Sahrim dan anak, Bro Su, Zairul dan anak dan ramai lagi untuk saya sebutkan di sini termasuk dari AJK WJIMP, Kak Ros dan Roha,ahli-ahli JIM Gombak serta KL.

Saya sempat bertanya pada seorang Makcik dari kaum India yang berdiri di sebelah saya dia datang dari mana. Katanya dia dan kawan-kawan yang lain datang dari Estet Midlands Kelang. Mereka datang dengan kereta beramai-ramai, ada yang tolong membawa mereka.Ada yang memakai sari, ada juga yang hanya berkain batik. Teringat juga saya tentang perarakan aman di Kamunting pada September tahun lepas, ramai juga makcik2 kaum India yang turut datang. Mereka sanggup datang beramai demi mempertahankan prinsip yang sama walaupun orang yang diperjuangkan kebebasannya berlainan kaum dan agama. Itulah yang membuatkan saya rasa terharu melihat kehadiran mereka yang begitu ramai sekali, sambil ramai-ramai melaungkan slogan-slogan anti perang kebencian pada Bush dan Amerika yang menzalimi umat Islam. ”KELUAR DARI IRAQ, JANGAN KACAU IRAN,HENTIKAN PERANG”.

Dimana kita semua berada pagi tadi ya.....

Dalam perjalanan pulang dari demo tadi, didalam kereta bersama Pak Abu sekeluarga, Pak Abu membacakan sms yang diterima daripada Dr Rani-Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. SMS berbunyi lebih kurang ” Tadi sempat bertanya pd seorang makcik India, dtg dari mana? Katanya dari Negeri Sembilan. Ana tertanya-tanya pula, dimana ya orang2 melayu KL ni. Hmmm..patutla....AHAD,AHAD, AHAD..ini lah dia keturunan BELAI BIN REBAH’. Kami mengambil masa juga untuk memahami maksud sms tersebut, sehingga Pak Abu terpaksa explain sikit. Ha..orang Melayu..hari Ahad, cuti..kena belai, terus rebah...Barulah terdekah2 kami semua ketawa.

Hmmm, macam-macam alasan yang boleh kita buat..bila buat hari Jumaat, orang komen,apasal buat hari Jumaat, engkorang tak keje ke? Buatlah hari Ahad..pun tak ramai juga.

Memanglah nampak matlamat untuk pergi berdemo untuk minta tamatkan perang, DOWN-DOWN BUSH amat sukar dicapai, at least, inilah amal yang paling sedikit yang dapat kita lakukan dalam menzahirkan kebencian pada Amerika, BUSH dan sekutunya.Benci pada kezaliman. At least, InsyaAllah, jika ada seruan JIHAD yang sebenarnya kita sudah bersedia untuk turun berperang dengan orang yang zalim. Berdepan dengan FRU pun boleh dijadikan satu latihan, cuba tengok gambar-gambar FRU terkini, pakaian mereka beserta but mereka, rasa saya paling terkini, dulu tak macam tu, sekarang ala-ala ROBOCOP pulak. Water Cannonnya juga boleh saja belasah melanggar benteng-benteng jalan demi untuk menyerang para peserta demo.Alhamdulillah, kali ini truck FRU tak kelihatan pula.

Sama-sama kita fikirkan untuk mencapai target KPI POL, sekurang-kurangnya 500 orang tu..kenalah kita belajar dari organisasi kaum India dan China yang ramai datang tadi dan bukan hanya cakap-cakap atau tulis saja. Kita mampu merubah keadaan.

Sekian.

Nashita Md Noor"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home