Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, August 05, 2007

Program Majlis Bersama Ahli (MBA)

Bangsar, 5 Ogos -- Program Majlis Bersama Ahli atau singkatannya MBA telah diadakan oleh JIM Petaling Jaya di Masjid Bangsar. Seramai lebih 45 orang telah turut hadir terdiri daripada ahli dan juga yang belum ahli. MBA ini adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk menyumbang idea, tenaga dll melalui JIM Petaling Jaya.

Tujuan MBA ini diadakan adalah untuk memberi peluang untuk ahli lebih terlibat dalam aktivisma yang dijalankan oleh JIM Petaling Jaya. Juga ianya sebagai salah satu tempat untuk ahli menyampaikan cadangan dan berbincang tentang permasalahan dakwah setempat.

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP JIM Petaling Jaya. Sesi yang kedua adalah tazkirah oleh Ustaz Fauzi yang bertajuk "Usrah, Harapan dan Realiti". Sesi yang seterusnya adalah sesi perkongsian aktivisma oleh AJK JIM PJ. Para peserta kemudiannya diminta untuk mengenalpasti dan memilih 3 bidang yang mereka minat untuk terlibat dan juga untuk memaklumkan kekuatan yang mereka ada yang boleh dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah.

Timbalan Pengarah Program Dr Roslan Hashim kemudiannya menerangkan bahawa MBA ini akan diadakan sebulan sekali iaitu pada hari Ahad pertama setiap bulan. Untuk bulan September ini memandangkan ianya adalah bulan Ramadhan maka kita akan mengadakan program majlis berbuka puasa pada minggu pertama bulan Ramadhan. Cadangan awalnya adalah pada 15 September, tetapi perlu diselaraskan jika terdapat program lain pada tarikh yang sama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home