Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, December 03, 2006

Sabak Bernam, 3 Dis -- Dua van membawa rombangan dari JIM Petaling Jaya telah ke Sabak Bernam untuk menghadiri kenduri perkahwinan Sdr Ruzain Syukur & Norhazila. Sdr Ruzain Syukur telah hampir setahun bersama kita melalui usrah Sdr Md Noor & Cikgu Azmi.

Rombongan juga mengambil peluang ini untuk menjadikannya Jaulah secara kecilan untuk kita berada dalam perjalanan bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan keadaan yang lebih santai.

Kami berkumpul di Masjid Mujahidin, Damansara Utama dan bertolak kira-kira jam 10.45 pagi. Mendapat berita bahawa Sdr Kamal dah pun sampai awal ke sana. Ust Fauzi & keluarga juga bersama menyertai rombongan semasa hampir sampai ke Sabak Bernam. Beliau yang berasal dari sana sememangnya ada di kampung ketika itu.

Dalam perjalanan pulang rombongan telah singgah ke D'Muara untuk merasa "Mentarang" yang sememangnya terkenal di Sabak Bernam dan banyak dijual sepanjang jalan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home