Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Monday, October 02, 2006

Program Biro Ekonomi Wanita PJ- Latihan Keusahawanan





Petaling Jaya, 1 Oktober 2006: Biro Ekonomi Wanita PJ mengambil langkah kreatif menambah dana daerah melalui jualan baju terpakai di Kampung Sungai Kayu Ara. Projek yang dikendalikan oleh Cikgu Kalsom, Teacher Rohana, Teacher Khadijah dan Pembantu Ruminah dari Tadika Little Azhar, menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Terima kasih juga kepada Ust Malek yang setia menemani isterinya dan telah menjadi orang kuat menyokong projek ini sebagai orang tengah dengan pihak pengurus tapak jualan.

Tetapi kepada saya (KW) dan 3 orang anak yang turut serta merupakan pengalaman paling menarik dalam bulan Ramadhan ini. Apakan tidak, pengalaman ini memberi peluang kepada anak yang kecil - si Nabil , menjadi 'cashier' yang sibuk pada pagi itu, begitu juga Fahmi, sibuk membantu membungkus barang jualan.

Pengalaman yang dilalui mengajar kami bahawa peluang mencari dana itu luas, selagi mana kita kreatif dan bersungguh. Kesungguhan yang memang teruji........bayangkan gerai jualan yang beralas tikar dan berlonggokkan barang......sedangkan peniaga lain mempunyai meja dan barangan jualan yang tersusun dan cantik.

1 Comments:

  • At 10:12 AM, Blogger Abdul Malek said…

    Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Ukhti Ruziah (Uji) yang telah menghubungi Ust Sidiq terlebih dahulu untuk mendapat tapak jualan. Uji tidak dapat bersama semasa jualan pada pagi itu.

     

Post a Comment

<< Home