Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Monday, February 27, 2006

Lawatan Rakan-rakan Mangsa Banjir TTDI

Shah Alam, 27 Feb -- Sdr Mazmi Kamal (YDP JIM Petaling Jaya) telah bersama-sama dengan Sdr Fadzil Abdullah (YDP JIM Negeri Selangor) dan Sdr Yaakub Idris (TYDP JIM Negeri Selangor) telah membuat lawatan menemui mangsa banjir di TTDI, Shah Alam. Antara rakan yang di lawati adalah Sdr Sahri Bahri (Mantan Naib Presiden JIM).

JIM Petaling Jaya juga telah menghulurkan kutipan derma mangsa banjir yang telah di serahkan kepada Sdr YDP Negeri Selangor semasa lawatan beliau tempohari.

Sunday, February 26, 2006

Lawatan YDP JIM Negeri Selangor dan Majlis Nuqaba Daerah


Damansara, 26 Feb -- Pimpinan dan aktivis JIM Petaling Jaya telah berkumpul untuk bersama-sama mengenal dan bermuzakarah dengan YDP JIM Negeri Selangor. Pertemuan telah di adakan di Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara (1).

Di sebelah paginya sebelum lawatan di tempat yang sama telah di adakan Majlis Nuqaba. Di majlis tersebut Us Fauzi telah membentangkan tentang isi kandungan modul pertama tarbiyah. Sdr Kamal pula telah berkongsi tentang penyampaian dan pebincangan di Muzakarah Nasional.

Sunday, February 19, 2006

Seminar Keluarga: Hebat Ibu Bapa, Hebat Keluarga?


Petaling Jaya, 19 Feb -- Wanita JIM PJ telah menganjurkan Siri Pertama Seminar Keluraga dengan tema "Hebat Ibu Bapa, Hebat Keluarga?" di Auditorium Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Kehebatan sesebuah negara lazimnya dikaitkan dengan kekuatan rakyatnya yang dibentuk daripada institusi keluarga yang kukuh. Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa cemerlang dikatakan dapat melahirkan zuriat gemilang yang bakal menerajui tunggak pemerintahan. Namun dunia kini semakin banyak menyaksikan keruntuhan institusi keluarga yang semakin mencemaskan dan mulai runtuh diasak oleh arus permodenan dan sistem kehidupan yang dinamik di dalam masyarakat Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi di kalangan remaja dan peningkatan kejadian jenayah yang semakin hari bagai tiada penghujungnya adalah hasil daripada penyusutan nilai-nilai kecemerlangan sesebuah institusi keluarga. Justeru, menyedari tentang hakikat ini, JIM daerah Petaling Jaya memulakan usaha dengan mengadakan beberapa siri SEMINAR KELUARGA dengan harapan dapat menghasilkan perkongsian pengetahuan dan maklumat dalam membantu ahli dan masyarakat mengukuhkan institusi keluarga masing-masing .

Dalam Siri Pertama ini dua penceramah telah di jemput. Penceramah pertama Dr Harlina Halizah Haji Siraj, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), HUKM yang juga Ketua Wanita JIM telah membawa tajuk "Tuntutan 'Multitasking' Wanita Berkeluarga". Beliau mengupas tentang kepelbagaian peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh wanita berkeluarga samada yang berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa. Menyentuh persoalan pertindihan dan kecelaruan peranan suami/isteri dalam mengimbangi hak dan tanggungjawab , memahami dilema wanita berkerjaya dan menggariskan ciri-ciri wanita yang menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah institusi keluarga.

Penceramah kedua adalah Dr Tengku Shahrom Tengku Shahdan, Pakar Perunding Pendidikan dan Teknologi Maklumat (Malaysian National IT Council dan Kementerian Pendidikan Malaysia), Presiden, Impian-Teknik Integration System Sdn Bhd dan juga salah seorang pimpinan ISMA. Beliau membawa tajuk "Idola Keluarga – Suami, Bapa dan,…" yang memberikan penekanan terhadap definisi lelaki (sebagai ketua keluarga, suami, bapa, penggerak masyarakat, dsbg). Menyentuh persediaan mental dan fizikal kaum lelaki dalam menghadapi hidup berkeluarga. Melihat kepada hak, tanggungjawab, peranan dan cabaran bagi menghadapi situasi masa kini. Menggariskan faktor-faktor penting seorang bapa dalam memupuk personaliti dan kualiti anak-anak yang gemilang.

Seramai 88 orang peserta telah hadir dari seluruh negara. Beberapa orang telah mendaftar untuk menjadi ahli JIM dan ada juga pemintaan untuk membuka satu daerah baru JIM di PD.

SIRI AKAN DATANG

Siri 2 : Remajaku Pewaris Akhir Zaman
Melihat kepada permasalahan dan cabaran ibu bapa menghadapi anak-anak yang meningkat remaja serta menekankan kepentingan penerapan keperibadian mulia di jiwa anak-anak.

Siri 3 : Bengkel Perancangan Kewangan Berhemat
Memberi panduan dan nasihat perancangan kewangan yang bijak bagi pasangan berkeluarga dalam membentuk rumahtangga yang harmoni dan berwawasan.

Saturday, February 18, 2006

Muzakarah Nasional 2006


Gombak, 18 Feb -- Muzakarah Nasional telah di adakan di Auditorium A, Kuliyah Kejuruteraan UIA. Ianya telah di hadiri oleh wakil-wakil negeri dan daerah JIM seluruh Malaysia.

Muzakarah di mulakan dengan pembentangan oleh Sdr Presiden tentang halatuju dan talaan 2006-2007. Kemudian di ikuti dengan pembentangan dan pembincangan KRA & KPI untuk perancangan 2006-2007 oleh Sdr Setiausaha.

Antara keputusan penting adalah hal permekasaan daerah dan 6 daerah telah di pilih untuk menjayakan agenda JIM Pusat. Petaling Jaya adalah salah satu daerah yang telah di kenal-pasti untuk berkerjasama rapat dengan JIM Pusat.

Wednesday, February 15, 2006

Perjumpaan AJK JIM Negeri Selangor & YDP Daerah-daerah di Selangor


Shah Alam, 15 Feb -- Satu perjumpaan telah di adakan antara AJK JIM Negeri Selangor dan pimpinan JIM daerah-daerah di Selangor. Perjumpaan kali ini melibatkan YDP & TPSM, membincangkan dua perkara iaitu Sukan JIM Negeri Selangor dan Lawatan YDP & JK Pembangunan Daerah ke daerah-daerah.

Sukan JIM Negeri Selangor adalah untuk memilih pasukan bagi mewakili negeri ke Karnival Sukan Piala Presiden 2006 pada 3-4 Jun, 2006 bertempat di Taiping, Perak. Wainta akan mengadakan acara sehari bagi pemilihan tersebut, bagi acara lelaki setiap daerah akan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan satu acara sukan bagi pihak JIM Negeri Selangor. JIM Petaling Jaya akan menganjurkan acara Futsal.

YDP & JK Pembangunan Daerah akan membuat lawatan bertemu AJK JIM Petaling Jaya pada 26-Feb-2006 jam 3 petang. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenal AJK Daerah ,mendengar taklimat perancangan daerah dan perbincangan.

Sunday, February 12, 2006

Kuliah Us Maszlee ke 2

Petaling Jaya, 12 Feb -- Kuliah kitab Riyadus Solihin yg disampaikan oleh Ust Maszlee Malik telah diadakan di Dewan Syarahan Masjid UIA PJ bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tgh.

Bagi yang terlepas atau tidak dapat menghadiri siri kuliah ini boleh menghubungi JK Tarbiyyah untuk mendapatkan CD atau VCD rakaman kuliah tersebut. (Dr Hadzri 013-3657006 atau drhadzri@gmail.com)

Qiam Ikhwah Bulan Feb 2006

Bandar Utama, 11 Feb -- Sekali lagi Qiam bulanan untuk Ikhwah telah di adakan di Surau Al Syakirin Bandar Utama. Qiam kali ini di serikan lagi dengan kehadiran Ir Shahrom Mohd Sharif, ahli JIM PJ dan Penerusi PIBG Sekolah Al-Amin, yang juga Managing Director PERNEC Corporation Berhad. Program yang turut di hadiri oleh pelajar-pelajar Karisma UIA & UM ini juga telah melihatkan jalinan ukhuwwah antara genarasi atas jalan Allah swt. Peserta ada yang semuda 13 tahun hinggalah ke 53 tahun.

Tazkirah telah di sampaikan oleh Akhi Shahrom, mengingatkan kita terutamanya pelajar untuk sentiasa cemerlang dalam pelajaran, dakwah, kerja dan sebagainya. Ianya akan menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat di sekeliling kita. Beliau juga mengingatkan bahawa mereka yang bekerja dan berkorban di jalan Allah swt akan mendapat pertolongan Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Kita perlu yakin bahawa dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah ini, Allah akan memudahkan urusan-urusan kita yang lain. Tonggaknya, ianya perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt.

Makan malam telah di sediakan oleh Sdr Anuar Aris (TYDP JIM PJ) untuk peserta juga sebagai kenduri anak beliau Maryam Madihah yang akan melanjutkan pelajaran ke New Zealand dalam bidang Human Nutrition. Maryam merupakan aktivis pewaris JIM, kita doakan beliau berjaya dan akan meneruskan pejuangan ibubapa beliau di atas jalan dakwah ini.

Peserta kemudiannya tidur dan bangun semula pada jam 5.15 pagi untuk solat tahajjud dan tasbih yang di pimpin oleh Sdr Kamal (SU JIM PJ).

Selesai solat subuh Sdr Shamsul (JK IPT JIM PJ) telah memimpin bacaan Al-Maaturat.

Kuliah subuh telah di sampaikan oleh Dr Hadzri, AJK JIM PJ yang juga seorang doktor perubatan. Beliau mengingatkan kita akan ciri-ciri seorang amil atau pekerja di jalan dakwah ini:
  • Pemurah; bukan sahaja wang ringgit, tetapi juga masa dan hati yang sentiasa lapang untuk memaafkan dan bersangka baik terutamanya dikalangan rakan-rakan seperjuangan.
  • Bijaksana; berdakwah dengan hikmah, melakukan perkara yang betul pada saat & ketika yang betul
  • Keberanian; sanggup berkorban di jalan Allah dan hati yang sentiasa bertaut kepada Allah swt
  • Taat; tanpa taat perancangan dan kerja tidak dapat di laksanakan dengan baik.
Sebelum bersurai, peserta telah sama-sama bersarapan nasi lemak yang di hidangkan oleh Us Malek (AJK JIM PJ).

Kita berharap lebih ramai yang dapat bersama-sama kita di qiam yang akan datang.

Saturday, February 11, 2006

Kem Motivasi Remaja Islam

Taman Tun Dr Ismail, 11 Feb-- Kelab Remaja JIM PJ dengan kerjasama Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail telah mengadakan Kem Motivasi Remaja Islam untuk remaja berumur 13-17 tahun. Fasilitator juga terdiri dari anak-anak muda daripada JIM Petaling Jaya. Semoga program-program sebegini dapat terus mendapat sambutan masyarakat terutamanya masjid-masjid di dalam kawasan JIM Petaling Jaya.

Kiambang Bertaut


Bandar Sri Damansara, 11 Feb -- Program Kiambang Bertaut telah di adakan di SMK Bandar Sri Damansara. Proram separuh hari ini adalah pertemuan dan perbincangan antara AJK JIM PJ dengan pimpinan Karisama UIA PJ dan UM.

Perjumpaan mulakan dengan taaruf di ikuti dengan penerangan oleh YDP JIM PJ tentang perancangan dan struktur AJK JIM PJ. Karisma UM, UIA PJ dan Zon 3 kemudiannya juga menyampaikan perancangan dan struktur masing-masing.

Bilangan ahli di UM adalah 43 orang. Sekarang ini di pengerusikan oleh Sdr Salehudin seorang pelajar perubatan. Menurut beliau semasa mula-mula di tubuhkan bilangannya cuma 4 orang. Majlis juga di maklumkan bahawa bilangan pelajar di UM mencecah 15 ribu orang. Pelajar UM akan berada di universiti selama 4-5 tahun bergantung kepada jurusan yang di ambil.

Bilangan ahli di UIA PJ adalah seramai 50 orang. Di pengerusikan oleh Sdr Taqiudin, penerangan telah di sampaikan oleh Sdr Abduh. Bilangan pelajar mencecah 6 ribu pada satu-satu masa. Bezanya adalah jangkamasa berada di UIA PJ cuma 1-2 tahun sahaja.

Selepas sesi penerangan, perbincangan telah di buka untuk para pewakilan menyampaikan pandangan dan luahan tentang kerjasama yang perlu ada antara karisma di UIA PJ, UM dan JIM PJ. Banyak yang di perbincangkan, dan banyak ruang yang perlu di mantapkan lagi.

Sesi bersetuju bahawa taaruf dan perkongsian yang berterusan perlu, bagi melicinkan kerjasama antara JIM dan Karisma di PJ. Di samping pertemuan yang formal, juga di cadangan agar pertemuan tidak formal seperti Qiam dan Iftar bulanan di jadikan sebagai tempat untuk perkongsian.

Sunday, February 05, 2006

Remaja Ikuti Kursus Asas Fasilitator

LAPORAN INDUKSI/TOT KURSUS ASAS FASILITATOR KELAB REMAJA JIM PJ 2006
TARIKH:5 FEB 2006
TEMPAT:DEWAN SIVIK, MPPJ
MASA:10.00 AM-2.00 PM

PESERTA:

Cikgu AzmiMusa, Ridzwani Lidam, Ruzain Syukur Mansor,Nublan Abd Malek,Abdus salam Anuar, Maryam Madihah Anuar, Siti Hamizah Mohd Jetgeri, Nur Fazila Daud, Siti Salbiah Sahudin,Rozialin Mohamad Yusof, Nur Diyana Mohd Rajuli,NuurQkyrul Suqma Mohd Roslan,Normawati Mohd Kasim, Nadzirah Ahmad basri.

PENDAHULUAN

Siri program latihan fasilitator ini adalah kesinambungan daripada siri-siri latihan penggerak / fasilitator yang lalu dan juga merupakan agenda tetap kelab Remaja JIM PJ.ianya dilihat amat penting bagi mendedahkan para aktivis dengan kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator yang effektif lantas sebagai persediaan untuk pengendalian program-program motivasi yang berkesan.

PERJALANAN PROGRAM

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Cikgu Azmi sebagai Pengurus KRJPJ dengan penyataan harapannya mahu melihat para fasilitator dapat menggarap ilmu latihan secukupnya.

Seterusnya sesi latihan fasilitator dikendalikan oleh akh Khalid dan Fadzli.Anak muda yang sememangnya berpengalaman tersebut memulakan sesi latihan dengan aspek pengenalan dan ciri-ciri yang harus ada pada seorang fasilitator bagi layak digelar fasilitator ideal.

Agenda seterusnya para peserta dijelaskan tentang pengendalian program bermula dengan upacara perasmian, aktiviti sampingan , dan tugas utama yang harus diketahui oleh fasilitator terutamanya melibatkan pengurusan majlis dan slot-slot program.

Akh Fadhli seterusnya mengambil tempat dengan penerangannya lebih berkenaan tentang modul-modul LDK 1,2 dan 3.Sesi penerangan disusuli dengan penglibatan para peserta samada melalui aktiviti sumbangsaran mahupun demonstrasi.Methodologi tersebut dilihat sebagai amat berkesan sebelum diterjemahkan dalam program motivasi sebenar.

Melalui perkongsian cebisan kisah dan pengalaman mereka mengendalikan program menggunakan modul tersebut nyata banyak membantu pengendalian demonstrasi teknik latihan yang amat berkesan.Interaksi dan respon daripada peserta program yang cukup 'sporting' memudahkan tugas akh Khalid dan Fadhli mengatur bicara dan memudahcara kumpulan kelompok pendakwah muda dari KRJPJ.

Program TOT kali ini juga turut dihadiri oleh akh Mazmi (YDP JIM PJ) yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada para penggerak remaja yang selama ini turut sama merencana agenda melahirkan remaja Soleh wa Musleh.Beliau juga menyentuh sedikit sebanyak peranan remaja atau daie' muda di zaman sahabat yang kental semangat jihadnya.menyedari perubahan masa maka amatlah penting kelompok penggerak remaja yang diwakili KRJPJ untuk terus aktif mencorak langkah dan program seperti ini sebenarnya adalah platform yang tepat dengan turut memberikan kredit kepada pengendali TOT kali ini diatas usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah.

Dalam waktu yang singkat pengendali latihan kali ini menyimpulkan secara ringkas beberapa aspek sampingan seperti pelaksanaan Riadhah, dan juga beberapa nasihat dan tunjuk ajar kepada para fasilitator terutama bagi yang akan menganjurkan program KRJPJ terdekat di TTDI 11-13 Februari ini.

Kesimpulan

Adalah diharapkan siri-siri latihan fasilitator ini dapat terus diadakan dengan topik-topik yang pelbagai dalam membangun sumber manusia supaya pengendalian program akan lebih succes dan menarik perhatian remaja.Segala kerjasama dari semua pihak termasuk pihak JIMPJ, MPPJ , aktivis krjpj, akh khalid dan fadhli, serta semua yang terlibat menjayakan program ini amat-amat dihargai.

Semoga pengendalian program terdekat KRJPJ di TTDI hujung minggu ini akan mencapai objektif yang ditetapkan dan diberkati ALLAh hendaknya.

Sekian, wassalam

Disediakan Oleh
Ruzain Syukur B Mansor

Thursday, February 02, 2006

Iftar JIM PJ Feb 2006

Little Azhar, 2 Feb -- Iftar bulanan JIM PJ kali ini telah di hadiri hampir 20 orang peserta. Terdapat beberapa rakan-rakan yang baru kita pertama kali berjumpa dari Kolej Metrikulasi UIA. JIM PJ amat berbesar hati dapat bersama mereka. Tazkirah telah di sampaikan oleh wakil pelajar, beliau menyentuh perihal mengingati mati. Harap kita ramai-ramai dapat bersama-sama untuk iftar yang akan datang.

ERATKAN UKHUWWAH PERKASAKAN DAKWAH