Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Tuesday, October 03, 2006

Gambar MPN Selangor di Pusat Warga Emas S Alam


Monday, October 02, 2006

Iftar Perdana JIM Petaling Jaya








Petaling Jaya, 30 Sept -- Iftar Perdana JIM Petaling Jaya telah di adakan di Tadika Little Azhar. Turut serta adalah lebih 80 orang terdiri dari ahli JIM PJ, KARISMA dan juga pelajar-pelajar UIA & UM.

Tazkirah telah disampaikan oleh Ust Fauzi sementara menanti waktu berbuka. Sup tulang yang dimasak oleh wanita JIM PJ menjadi tumpuan ketika makan malam.

Antara tokoh-tokoh yang turut hadir adalah Dr Musa Mohd Nordin dari Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Tn Hj Syed Ibrahim Timbalan Presiden JIM dan juga Ust Maszlee Malek tokoh isu Palestin.

Program Biro Ekonomi Wanita PJ- Latihan Keusahawanan





Petaling Jaya, 1 Oktober 2006: Biro Ekonomi Wanita PJ mengambil langkah kreatif menambah dana daerah melalui jualan baju terpakai di Kampung Sungai Kayu Ara. Projek yang dikendalikan oleh Cikgu Kalsom, Teacher Rohana, Teacher Khadijah dan Pembantu Ruminah dari Tadika Little Azhar, menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Terima kasih juga kepada Ust Malek yang setia menemani isterinya dan telah menjadi orang kuat menyokong projek ini sebagai orang tengah dengan pihak pengurus tapak jualan.

Tetapi kepada saya (KW) dan 3 orang anak yang turut serta merupakan pengalaman paling menarik dalam bulan Ramadhan ini. Apakan tidak, pengalaman ini memberi peluang kepada anak yang kecil - si Nabil , menjadi 'cashier' yang sibuk pada pagi itu, begitu juga Fahmi, sibuk membantu membungkus barang jualan.

Pengalaman yang dilalui mengajar kami bahawa peluang mencari dana itu luas, selagi mana kita kreatif dan bersungguh. Kesungguhan yang memang teruji........bayangkan gerai jualan yang beralas tikar dan berlonggokkan barang......sedangkan peniaga lain mempunyai meja dan barangan jualan yang tersusun dan cantik.

Sunday, October 01, 2006

Jejak Ukhuwwah di Kuantan



Kuantan 17 Sept 2006: Ketua Wanita PJ telah berkesempatan mengujungi mantan Bendahari Wanita PJ dan keluarga dirumah baru mereka di Kuantan selepas menemani Timb. Presiden ke Mesyuarat Perwakilan Negeri -Pahang. Walaupun tujuan perjalanan adalah atas dasar tugas TP untuk merasmikan mesyuarat Agung Negeri, ikatan ukkhuwwah membuat kami sekeluarga menjejaki keluarga ini.

Alhamdullillah keluarga Dr Aji berada dalam keadaan baik dan selesa walaupun Dr Aji masih lagi berulang-alik dari KL-Kuantan. Yang pastinya Mujahid seronok bersekolah disini..katanya 'murah' dan Sumaiyyah bebas berbasikal di halaman rumah. Mudah-mudahan hijrah mereka akan membawa kebaikan dakwah dan tarbiyah disana.

- Kami di PJ sentiasa menerima kunjungan antum sekeluarga-

Majlis Perwakilan Wanita Negeri




Gombak 16 Sept 2006: Majlis Perwakilan Wanita (MPWN)peringkat negeri Selangor telah berlansung di Sekolah Rendah Islam Al-Amin dengan jayanya. Wanita PJ tidak ketinggalan menghantar wakil nya ke mesyuarat ini melalui 8 orang wakil yang antaranya terdiri daripada Ust. Khadijah ( TKW), Pn NoorAisyah, Nordalilah dan lain-lain. Majlis yang mempertemukan akhawat dari 8 daerah lain di Selangor memberi ruang untuk wakil-wakil membuat muhasabah daerah dan berkongsi pengalaman dakwah. Yang lebih penting perjumpaan ini meniupkan semangat melalui ucapan Wakil Ketua Wanita Pusat , Ustz Marhamah agar kita ' Merancang Menurut Strategi , Bekerja Menurut Perancangan'. Majlis juga diserikan oleh seorang wakil tunggal ikhwah dari JKPusat dan sahabat setia Ustazah , Bro Nahar.