Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Sunday, January 29, 2006

Hari Keluarga AJK JIM PJ


Seramai 9 keluaraga yang berjumlah lebih 40 orang telah menghadiri Hari Keluarga AJK JIM PJ yang di adakan di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya, Shah Alam bemula jam 2 petang Sabtu 28-Jan-2006 hingga 1 petang Ahad 29-Jan-2006.

9 keluarga tersebut adalah keluarga Mazmi, Anuar, Jusri, Kamal, Ustaz Malek, Ustaz Fauzi, Shamsul dan Solihin (bujang, wakil JK KRJ).

Setelah memgambil tempat masing-masing, pada petang 28-Jan-2006 kita telah mengadakan BBQ. Sebelah malamnya di adakan program ta'aruf dan juga persembahan nasyid. Semua keluaraga telah berta'aruf memperkenalkan keluarga rakan yang lain di mulakan dengan makanan kegemaran. Jadi macam-macam nama keluaragalah yang dapat di dengar .......Ini Keluarga Sambal Jawa....Anuar Aris...Ini Keluarga Makaroni....Shamsul. Ianya di selang-selikan dengan persembahan nasyid.

Setalah bersurai, beberapa kumpulan telah bergilir-gilir hirasan sebelum bangun untuk Qiamullail pada jam 5 pagi. Qiamullail telah di ketuai oleh pewaris kita Syed Ahmad yang telah selesai tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram (http://iphira.tripod.com/profil/sejarah.htm). Beliau adalah anak kepada Timbalan Presiden JIM (Syed Ibrahim) dan Ketua Wanita JIM PJ (Melasutra).

Selesai solat subuh, Shamsul telah menyampaikan tazkirah memperingatkan kita yang masih punya ibubapa agar menyantuni mereka semasa hayat mereka dan jika telah tiada agar kita menjadi anak yang soleh agar mereka terus mendapat ganjaran dari doa kita.

Senaman ringan diketuai oleh Kamal pada jam 8 pagi sebelum bersarapan. Pada jam 9 pagi program team-building telah di kendalikan oleh fasilitator jemputan Sdr Faisal yang pernah mejadi AJK dan bergiat aktif di PJ sebelum beliau berpindah ke Klang.



Program Hari Keluarga ini di akhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan makan tengahari. Harapan kita adalah agar hasil dari program ini dapat membertingkatkan ukhuwwah sesama AJK dan sesama keluarga. Semoga perhubungan atas jalan Allah ini menjadi kekuatan untuk kita mengharungi jalan-jalan dakwah mencabar.

Thursday, January 05, 2006

Pelajar IPT bersama Iftar bulanan JIM PJ yang pertama untuk 2006

Para penggerak dakwah di IPT yang terdiri dari siswazah-siswazah daripada UIA PJ dan UM telah bersama-sama dengan JIM Petaling Jaya di Majlis Iftar Bulanan JIM PJ untuk Ikhwah yang telah di adakan semalam di Tadika Little Azhar. Majlis turut di hadiri oleh Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Presiden JIM yang juga ahli JIM PJ. Turut memeriahkan majlis adalah para penggerak KRJ PJ iaitu Cikgu Azmi, Ridzwani dan Solihin.


Majlis telah di pengerusikan oleh JK TPSM JIM PJ Sdr Jusri Jusoh. Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, wakil UM Sdr Nizam yang juga PSU JIM PJ telah menyampaikan tazkirah kepada hadirin. Kemudian di ikuti dengan sessi ta'aruf. YDP JIM PJ juga telah menyampaikan akan pentingnya tarbiyah dan penglibatan dakwah semasa di IPT yang mana akan menjadi bekalan semasa kehidupan selepas meninggalkan IPT nanti. Sdr Jusri juga meyatakan pentingnya keseimbangan antara tarbiyah dan dakwah ini, beliau juga mengumumkan beberapa aktiviti berkala yang dapat di ikuti oleh semua. Antaranya adalah:
;">
  • Iftar - Khamis pertama setiap bulan
  • Futsal
  • Kuliah Ustaz Maszlee - di masjid UIA (bermula Ahad ini 8 Jan 2006)
  • Qiam bulanan

Para penggerak IPT juga telah memberikan alamat email mereka dan juga perhubungan agar perhubungan dan kerjasama antara pelajar IPT dan penggerak di dalam JIM dapat di pertingkatkan. Email mereka juga akan di masukkan ke dalam JIMPJnet dan juga KRJnet.

Majlis bersurai selepas solat Isyak berjamaah. Adalah menjadi pengharapan kita agar semua ahli JIM dapat terlibat dengan program-program dan majlis-majlis yang di adakan agar dapat di pertingkatkan Ukhuwwah antara kita. InsyaAllah.