Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, June 17, 2006

Program Baitul Muslim



Subang Jaya, 17 Jun -- Program Baitul Muslim anjuran bersama JIM Petaling Jaya & ISMA Petaling Jaya telah di adakan di Sekolah Integrasi Subang Jaya (bersebelahan Masjid Subang Jaya). Program ini telah di hadiri oleh lebih 50 orang ahli JIM & ISMA Petaling Jaya. Kebanyakannya datang bersama pasangan masing-masing.

Penceramah adalah Ust Rushdan & isteri yang telah di datangkan khas daripada Kuantan, Pahang. Program ini adalah bertujuan mengupas dan memberi kefahaman tentang tanggungjawab dakwah sebuah keluarga Muslim dan realitinya.

Program seperti ini di harap dapat memyemarakkan lagi suasana dakwah dan juga kasih-sayang dalam keluarga para pendakwah bila adanya perkongsian tetang cabaran dan pengharapan para suami dan isteri.

Muzakarah Nasional JK Dakwah

Taman Melawati, 18 Mei -- JK Dakwah JIM Pusat telah mengadakan Muzakarah Nasional JK Dakwah. JIM Petaling Jaya telah di wakili oleh Sdr Mohd Noor Said dan Ust Malek. Sdr Mohd Noor telah di pertanggungjawabkan untuk menyelia Hidayah Center yang terletak di Saujana Puchong.

Berikut adalah petikan email daripada Pengerusi JK Dakwah Pusat:

Salaam,

Alhamdulillah selesai sudah muzakarah JK Dakwah kali ini, yang
pastinya banyak jiwa yang teruja dengan banyak perkara.

Ana merasa rugi kerana tidak dapat hadir banyak program lain yang
tidak kurang kuat panggilannya dari program ini. Kira punya kira, ada
5 program berkaitan JIM yang besar-besar semuanya hari ini termasuk
Muzakarah ni. A'la kulli hal, tidak semuanya akan dapat kita lakukan
sekali gus.

Ana mengucapkan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIIRA kepada ahli JK Dakwah
Pusat dan staf ibupejabat yang terlalu banyak berjasa menjayakan
program ini, juga kepada semua perwakilan yang datang sejauh Sarawak.
Yang tak dapat datang kami husnuzzhan pada antum:) tapi janganlah
biarkan kami terus berhusnuzzhan:)) kesian kat Kak Ros dan staf
ibupejabat JIM:)))

Akh AKAD cukup menguja kita dengan ceritanya yang pada ana wajib
'sharing' dibuat masa KONTARN nanti, kalau nak tahu lebih lanjut TPSM
kena jemput beliau bagi paling kurang 30 minit:) Kalau tak menitiskan
airmata ana tak tahu apa lagi yang boleh mengesani jiwa antum.

Kata-kata akh Zaid masa penutup juga mengubat jiwa, diantaranya
"kerja-kerja dakwah kepada non Muslim ini adalah kerja dakwah dalam
ertikata yang sebenarnya" dan "tidak semua orang akan diberi nikmat
untuk dipilih Allah dapat mengIslamkan orang lain melalui tangannya"

Ayuh Ikhwah dan akhawat, dengan iman yang ada, tidak mungkin lesu,
tidak harus antum tercicir, ayuh bersama kita membina Islam bersama
masyarakat, bersungguh sungguh di dalam melaksanakan amanah dakwah
dipundak kita.

Wassalam,
Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengerusi
JK Dakwah JIM Pusat
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +06-03-41089669
Fax: +06-03-4107-1754