Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, June 17, 2006

Program Baitul Muslim



Subang Jaya, 17 Jun -- Program Baitul Muslim anjuran bersama JIM Petaling Jaya & ISMA Petaling Jaya telah di adakan di Sekolah Integrasi Subang Jaya (bersebelahan Masjid Subang Jaya). Program ini telah di hadiri oleh lebih 50 orang ahli JIM & ISMA Petaling Jaya. Kebanyakannya datang bersama pasangan masing-masing.

Penceramah adalah Ust Rushdan & isteri yang telah di datangkan khas daripada Kuantan, Pahang. Program ini adalah bertujuan mengupas dan memberi kefahaman tentang tanggungjawab dakwah sebuah keluarga Muslim dan realitinya.

Program seperti ini di harap dapat memyemarakkan lagi suasana dakwah dan juga kasih-sayang dalam keluarga para pendakwah bila adanya perkongsian tetang cabaran dan pengharapan para suami dan isteri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home