Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Wednesday, May 17, 2006

Pelancaran 1 EURO (RM5) seorang untuk Palestin


Shah Alam, 17 Mei -- Satu mesyuarat khas telah di panggil oleh Pejabat YDP JIM Negeri Selangor untuk bertemu dengan YDP/TYDP/SU Daerah. JIM Petaling Jaya di wakili oleh Mazmi(YDP), Anuar(TYDP) dan Kamal(SU). Selangor mensasarkan minima RM100 ribu ringgit di kutip dari sekarang sehingga pertengahan Ogos.

Ayoh kita sama-sama tolong war-warkan dan kutip sumbangan minima 1 Euro atau RM5 seorang segera.......


Petikan pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS seperi dalam bolg kita yang sebelum ini:

"Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu."

"Umat Islam di Malaysia sekelian, Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."


Salurkan sumbangan anda ke terus ke akaun JIM Petaling Jaya:
Penama : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
No. Akaun : 564-016-104-282
Bank : Maybank Main
Jenis a/k : Premium Mudharabah Account

atau hubungi Kamal (012-2917217 mkmr2001@yahoo.com), Anuar (012-2083321 anuararis1962@yahoo.com), Mazmi (013-2338135 mazmikamal@gmail.com)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home