Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, May 06, 2006

SIRI 2 Seminar Keluarganya: “Remajaku Pewaris Akhir Zaman?”


Petaling Jaya, 6 Mei -- Wanita JIM Petaling Jaya telah mengadakan SIRI 2 Seminar Keluarganya pada hari Sabtu lalu. Berhasrat untuk bersama masyarakat dalam usaha menanggani isu remaja, seminar kali ini memfokus perbincangan dengan bertemakan“ Remajaku Pewaris Akhir Zaman?” .

Para peserta seminar berpeluang membincangkan isu tersebut bersama dua panelist yang mempunyai pengalaman yang mantap bersama remaja iaitu Ustaz Maszlee ( Penulis Buku 300 Kemusykilan Remaja) dan Puan Rosmawati Zainal ( Pengurus Rumah Raudhatus Sakinah).

Antara pandangan yang diluahkan oleh seorang peserta remaja, katanya “didalam sanubari kami, anak-anak, sebenarnya masih mendambakan teguran, nasihat dan peraturan daripada ibu bapa, walaupun kami sering dilihat/dianggap mahu bebas dan tidak boleh ditegur, memang kami ada perasaaan marah tapi kami boleh terima……”. Kepada ibu-bapa, pandangan ini menjadi panduan yang amat berguna kerana ia membawa isyarat yang amat bermakna kepada cara ibubapa memahami, melayani dan mendidik anak-anak mereka yang semakin remaja. Ia menghendakkkan kemahiran keibubapaan yang tinggi dalam diri kita seiring dengan perubahan masa dan citarasa semasa. Kemahiran keibubapaan seperti ini penting untuk memastikan kecemerlangan keluarga dan menjadi jaminan syurga!!








Mei 6 2006 Gambar-gambar di Seminar Remaja Di Um

0 Comments:

Post a Comment

<< Home