Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Thursday, November 30, 2006

Syuyukh bernasyid

  Posted by Picasa

Monday, November 27, 2006

PPN 06

Cheras, PPWN telah diadakan pada hari Jumaat 24/11/06 dan PPN pula diadakan pada dua hari berikutnya iaitu Sabtu 25/11/06 dan Ahad 26/11/06 bertempat di Komplek Darul Putri Cheras.JIM PJ telah diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat dan juga sebagai petugas mengagihkan makanan kepada para semua petugas.

 
 
 
  Posted by Picasa

Sunday, November 19, 2006

Karisma UM

Karisma UM telah mengadakan majlis perpisahan dan jamuan hari raya di Masjid Bangsar pada hari Ahad 19hb Nov 06 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari kerana meraikan empat orang ahlinya yang telah tamat pengajian masing-masing dari UM. Turut hadir bersama ialah beberapa orang ajk JIM PJ. Majlis dirasmikan oleh YDP JIM PJ Hj MAzmi Kamal.

 
 
 
  Posted by Picasa

Saturday, November 18, 2006

Tadika Al Husna

Tadika Al Husna juga telah mengadakan mini convo dan concertnya pada hari Sabtu 18hb Nov 06 mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.Tadika ini yang telah beroperasi selama 20 tahun dan ia dibawah kelolaan Wanita Jim Pusat boleh dihubungi dengan telepon 03-78764812.


Mini Convo & Concert

Tadika Little Al Azhar telah mengadakan mini convo dan concertnya pada hari Jumaat 17hb Nov 06 di Pusat Metrikulasi Universiti Islam antarabangsa Petaling Jaya.Majlis bermula pada jam 8.15 malam dan berakhir pada jam 10.40 malam. Dr Tengku Shahrom ( Dr T) telah berkenan merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada graduan yang akan meninggalkan tadika dan akan masuk ke sekolah rendah pada tahu hadapan.Para jemputan juga telah dijamu dengan makan malam yang lazat dan majlis ini dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Faisal Ismail mantan Setia Usaha JIM PJ yang telah berhijrah ke daerah Kelang.






Sunday, November 05, 2006

MAJLIS JALINAN KASIH EIDUL FITRI 1427/2006

Majlis ini telah diadakan pada hari Ahad 5hb Nov 2006 di Masjid Ar Rahman Kg Tengku Petaling Jaya. Majlis anjuran bersama Jim dan Isma daerah Petaling Jaya ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang lebih kurang dewasa dan kanak-kanak. Program bermula dari jam 9.00 dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Dr Fauzi Draman dari Um telah dijemput untuk memberi tazkirah.