
Rombongan juga mengambil peluang ini untuk menjadikannya Jaulah secara kecilan untuk kita berada dalam perjalanan bersama dan mengenali antara satu sama lain dengan keadaan yang lebih santai.
Kami berkumpul di Masjid Mujahidin, Damansara Utama dan bertolak kira-kira jam 10.45 pagi. Mendapat berita bahawa Sdr Kamal dah pun sampai awal ke sana. Ust Fauzi & keluarga juga bersama menyertai rombongan semasa hampir sampai ke Sabak Bernam. Beliau yang berasal dari sana sememangnya ada di kampung ketika itu.
Dalam perjalanan pulang rombongan telah singgah ke D'Muara untuk merasa "Mentarang" yang sememangnya terkenal di Sabak Bernam dan banyak dijual sepanjang jalan.
