Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Saturday, July 29, 2006

Pembentangan YDP di Majlis Hi-Tea Warga PJ

MENJAYAKAN MISI ISLAH: Tanggungjawab Kita

Pembentangan Hj Mazmi bin Kamal, YDP JIM PJ

Majlis Hi-Tea bersama Warga Petaling Jaya

Bilik Wau, Universiti Malaya

3-Rejab-1427 (29-Julai-2006)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarga baginda. Assalamualaikum warahmatullah.

1. PENDAHULUAN

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, kita dapat berkumpul hari ini untuk sama-sama berkongsi dan berbincang tentang tanggungjawab kita sebagai ahli JIM atau sebagai seorang Islam secara umumnya. Sama-samalah kita menilai sejauh manakah kita telah mempergunakan setiap detik kehidupan kita dalam mempersiapkan diri kita untuk ke hadapan Allah SWT.

Awalnya, kami AJK JIM Petaling Jaya (PJ) berhasrat untuk mengadakan majlis penerangan tentang JIM dan JIM PJ kepada meraka yang baru menjadi ahli. Setelah dibincangkan, kami berpendapat ada baiknya majlis ini dibuka luas untuk bersama-sama Warga PJ tanpa mengira samada beliau ahli baru, lama atau baru hendak mengenal JIM. Sama-samalah kita menilai diri kita sejauhmanakah kita mamahami, menghayati dan menjiwai tanggungjawab kita sebagai seorang Islam atau sebagai ahli JIM khasnya. Hanya kita yang dapat menjawab soalan tersebut.

Tujuan penyampaian saya ini adalah untuk sama-sama kita memahami, membincangkan dan mengenalpasti tentang apakah tanggungjawab kita dalam menjayakan misi pengislahan diri dan juga masyarakat. Di dalam penyampaian saya ini, saya akan cuba untuk memaparkan tentang beberapa perkara-perkara asas yang perlu kita fahami. Ianya merangkumi halatuju kehidupan kita dan pengenalanan tentang gerakkerja serta halatuju JIM. Saya juga akan membentangkan tentang struktur dan portfolio jawatankuasa JIM PJ.

Saya berharap agar dengan penyampaian ini dapat kita renungi bersama dan mengenalpasti di manakan dapat kita terlibat dan memberi sumbangan demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

2. HALATUJU KEHIDUPAN KITA

Saudara-saudari yang budiman,

Matlamat hidup manusia adalah untuk mencapai tujuan penciptaannya, iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku "

(Surah Al-Zaariyat: 56)

3. LATARBELAKANG JIM

Saudara-saudari yang dikasihi,

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411. JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan).

Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; antaranya dalam Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10.

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali"

(Surah Hud: 88)

Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja dan Presiden JIM yang pertama adalah Hj. Saari Sungib atau lebih dikenali sebagai “Abu Urwah”. Beliau memegang amanah sebagai Presiden JIM bermula dari 1990 sehingga 1999. Presiden JIM yang kedua adalah Dr. Mohamed Hatta Shaharom, dari tahun 1999 sehingga 2003. Presiden JIM yang ketiga adalah Sdr Zaid Kamaruddin dari tahun 2003 hinggalah kehari ini.

Sayap Wanita JIM telah ditubuhkan pada tahun 1993 terus menyemarakkan penglibatan wanita dalam dakwah. Fuziah Salleh yang merupakan Ketua Wanita JIM yang pertama dari 1993 hingga 1999. Ketua Wanita JIM yang kedua adalah Dr Harlina Halizah Hj Siraj, dari tahun 1999 hinggalah kini.

JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang.

4. VISI, MISI, MOTTO DAN PENDEKATAN JIM

Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut:

Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020

Untuk mencapai visi yang telah ditetapkan, maka JIM perlu melaksana misi berikut:

Menjadi Gerakan Islam ulung yang:

· membangun sumber manusia untuk melahirkan insan salih wa muslih;

· membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan

· mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.

Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Ciri pendekatan JIM:

Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat

Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif

Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

5. MENGENAL MEDAN DAKWAH KITA - PETALING JAYA

Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah penempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri. Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandar raya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar terbesar di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor.

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya diangkat sebagai sebuah bandar raya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandar raya Kuala Lumpur. Maka, Petaling Jaya adalah bandar raya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandar raya ke-11 di Malaysia.

6. LATARBELAKANG JIM PETALING JAYA

Penubuhan JIM Daerah Petaling Jaya adalah menyahut seruan JIM Pusat pada ketika itu untuk menubuhkan JIM Daerah di negeri Selangor mengikut Majlis Pembandaran. Sebelum ini, ianya adalah sebahagian daripada JIM Daerah Petaling.

Pada hari Selasa 11 November 1997 surat cadangan penubuhan telah di hantar kepada JIM Pusat untuk kelulusan. Antara ahli Jawatankuasa Penaja adalah Tn Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi), Sdr Mazmi b. Kamal (Setiausaha), Sdr Azlishah Azizan (Bendahari), Sdr Abdul Rahid Munir, Sdr Mohd Faisal Ismail, Sdr Mohd Azhar b. Ashari, dan Sdr Aminuddin Che Hassan.

JIM Petaling Jaya (PJ) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari Jumaat 16 Februari 1998 bersamaan 17 Ramadhan 1418.

Mesyuarat Penubuhan Daerah telah diadakan pada hari Sabtu 20 Jun 1998 di Universiti Malaya. Yang Di Pertua (YDP) yang pertama adalah Sdr Mazmi bin Kamal 1998-1999. YDP yang kedua adalah 1999-2001 Sdr Azlishah Azizan menggantikan Sdr Mazmi yang dilantik sebagai YDP Selangor dan AJK JIM Pusat. Sdr Azman Muda sebagai YDP ketiga daripada 2001-2005 untuk dua penggal. Untuk penggal 2005-2007 Sdr Mazmi telah kembali sebagai YDP.


7. AJK JIM PETALING JAYA

JAWATAN

NAMA

HP

E-mail

YANG DIPERTUA

Mazmi Kamal

013-2338135

mazmi81@yahoo.com

TIMB YANG DIPERTUA

Anuar Mohd Aris

012-2083321

anuararis1962@yahoo.com

SETIAUSAHA (Hak Asasi)

Mohd Kamal Mohd Rathi

012-2917217

mkmr2001@yahoo.com

BENDAHARI (Media)

Mohd Hisyam Othman

016-2080045

hisyam@icmic.com

PENOLONG SETIAUSAHA

Ahmad Nizam Samsuddin

017-3278011

nizam22@gmail.com

AJK (TPSM)

Ust Fauzi Asmuin

019-2145634

fauzi2006@gmail.com

AJK (TPSM)

Jusri Jusoh

012-2881355

fauza88@yahoo.com

AJK (TPSM)

Fauzaniyah Mohd Zain

012-2881355

fauza88@yahoo.com

AJK (Pembangunan Keluarga)

Noor Aishah Mohd Salleh

019-3097165

noor_salleh@yahoo.com

AJK (IPT)

Muhammad Shamsul Taib

012-3703140

shamsuljim@yahoo.com

AJK (Remaja)

Mohd Azmi Che Musa

012-2590496

azmimusa@yahoo.com

AJK (Remaja)

Tamrin Zaharuddin

019-5637810

tamrinalhaj@yahoo.com

AJK (Media & Dana)

Ust Abdul Malek Shaari

012-3878560

abdul_maleksh@yahoo.com

AJK (Dana & Dakwah)

Mohd Noor Said

019-3592566

mohdnoor@pd.jaring.my

KETUA WANITA

Dr Melasutra Md Dali

013-2345490

sutramela@yahoo.com

TIMB KETUA WANITA

Siti Khadijah Abd Wahid

016-340 9500

skhadijah2000@yahoo.com

SETIAUSAHA WANITA

Nordalilah Abd Aziz

019-337 5110

delilah267@yahoo.com

BENDAHARI WANITA

Ruziah Mohd Munawar

017-393 9843

ujieazmiera@yahoo.com

AJK WANITA

Mimi Nora Abd Majid

012-372 3135

musa@mpf.org

AJK WANITA

Kalsom Arifin

012-387 7320

kakchom@pd.jaring.com

AJK WANITA

Rohana Abd Majid

012-935 9619

greatdeeann@yahoo.com

8. PORTFOLIO JIM PETALING JAYA

Berikut adalah jawatankuasa-jawatankuasa JIM PJ dan sedikit perkongsian aktivitinya:

1. JK Tarbiyah & Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) - Merangkumi usaha dalam pembinaan sumber manusia melalui program Tarbiyah & Pembangunan Sumber Manusia dalam menghasilkan ahli-ahli yang menepati ciri-ciri individu yang salih wa muslih. Program TPSM JIM PJ antaranya:

a. Usrah. Pertemuan mingguan diadakan dan modul yang disediakan adalah mengikut peringkat-peringkat yang tertentu agar kita sentiasa mendapat peningkatan diri dan dapat juga menyampaikan dakwah dengan risalah yang jelas. Disamping itu ianya dapat meningkatkan ukhuwah, kekuatan dalaman ahli dan organisasi itu sendiri. Juga fungsi utamanya adalah sebagai saluran komunikasi yang sangat penting.

b. Qiam. Diadakan setiap bulan bagi melatih diri kita untuk bermujahadah kepada Allah swt.

c. Iftar. Majis berbuka puasa bersama, kini lebih fokus kepada pelajar-pelajar IPT

d. Kuliah Bulanan. Pada tahun ini kita mengadakan Kuliah Bulanan yang mengupas “Kitab Riyadus Salihin” yang di sampaikan oleh Ust Maszlee bertempat di Masjid UIA PJ.

2. JK Remaja – Merangkumi usaha-usaha yang melibatkan pembangunan remaja. Aktiviti yang dijalankan termasuk:

a. Program motivasi pelajar

b. Sukan futsal

c. Program pembangunan remaja masjid

d. Program pembangunan fasilitator program

3. JK IPT – Merangkumi usaha-usaha yang melibatkan pembangunan pelapis daripada kalangan pelajar universiti. IPT yang utama adalah Universiti Melaya & Kolej UIA PJ. Antara aktiviti yang telah berjalan adalah:

a. Penyusunan pentarbiyahan di IPT

b. Jaringan KARISMA-JIM

4. JK Pembangunan Keluarga – Merangkumi usaha dalam menangani isu-isu kekeluargaan dalam masyarakat serta pembangunan keluarga melalui Baitul Muslim. Aktiviti setakat ini adalah Siri Seminar Keluarga yang telah dan akan merangkumi hal hubungan suami-isteri, remaja dan kewangan keluarga.

5. JK Media - Berusaha menerbitkan bahan-bahan dalam pelbagai media bagi tujuan penyebaran dakwah dan fikrah Islam ke arah pencapaian wawasan JIM. Setakat ini kita menyebarkan berita dan program JIM PJ melalui blog yang dikenali sebagai Diari JIM PJ (http://diarijimpj.blogspot.com)

6. Jawatankuasa (JK) Dakwah – Bertanggungjawab melaksanakan dakwah, memberi panduan dan bantuan lain kepada masyarakat.

Memandangkan bilangan saudara baru bertambah setiap tahun. Adalah malang apabila ramai dari mereka kembali kepada agama lama kerana tekanan yang dialami ataupun kerana tiada sokongan.

Setiap saudara baru sangat memerlukan sokongan sebab ada kalanya mereka akan berhadapan dengan berbagai dugaan seperti:

· Tentangan dari keluarga seperti suami/isteri, ibubapa, adik-beradik dan lain-lain

· Kesukaran meninggalkan kebiasaan yang lama yang bertentangan dengan Islam

· Pandangan serong di tempat kerja dan masyarakat sekeliling

· Kesusahan menyesuaikan diri dengan cara hidup baru

· Penyisihan oleh teman dan rakan

Menyedari kesukaran dan cabaran yang bakal mereka hadapi, JK Dakwah JIM Pusat telah menyediakan tempat yang dipanggil Hidayah Centre yang akan berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan yang sangat diperlukan oleh mereka iaitu:

· Menyediakan tempat perlindungan sementara

· Menyediakan pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman

· Memberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat

· Memberi bantuan kewangan untuk yang memerlukan

· Lain-lain bantuan terutama kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan dan keraguan setelah memeluk agama Islam

Hidayah Center kelolaan JIM PJ terletak disebuah rumah yang telah diwakafkan di Saujana Puchong.

7. JK Dana - Bertanggungjawab mendapatkan sokongan dana dari pelbagai sumber bagi menampung aktiviti-aktiviti JIM dan dakwah secara umumnya. Setakat ini initiatif yang sedang diusahakan adalah komisyen daripada bisnes insuran kereta dan pembayaran zakat pendapatan.

8. JK Hak Asasi Manusia - Merangkumi usaha-usaha berkaitan dengan hak asasi manusia dengan membangunkan serta memasyhurkan hak asasi manusia menurut Islam. Setakat ini kebanyakan aktiviti adalah bersama dengan JK Pusat.

9. PENUTUP

Saudara dan saudari sekelian,

Saya berharap dengan pembentangan ini kita dapat memahami, membincangkan dan mengenalpasti tentang apakah tanggungjawab kita dalam menjayakan misi pengislahan diri dan juga masyarakat. Pastikan kita disusun di dalam usrah agar kita dapat tingkatkan diri kita menjadi insan yang salih dan supaya sistem perhubungan kita mantap. Laksanakan dakwah agar kita juga menjadi insan yang muslih, yang juga memperbaiki dan membawa kebaikan kepada orang lain.

Saya juga berharap agar dengan penyampaian ini dapat kita renungi bersama dan mengenalpasti di manakan dapat kita terlibat dan memberi sumbangan demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Haruslah kita sedar segala penglibatan dan pengorbanan kita ini adalah untuk bekalan kita diakhirat nanti. Jika kita ingin bersama dalam jalan Allah ini kitalah yang mendapat ganjarannya.

10. BIBLIOGRAFI

1. http://www.jim.org.my. Profail JIM

2. http://ms.wikipedia.org. Petaling Jaya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home