Diari JIM Petaling Jaya

Catatan tentang program dan aktiviti JIM Petaling Jaya

Tuesday, July 25, 2006

Penerangan Ringkas Isu Palestin di Surau Pantai Permai

PALESTIN: Saudara Kita & Tanggungjawab Kita

Ucapan Penghargaan kepada Ahli Qariah

oleh Hj Mazmi bin Kamal, YDP JIM PJ

29 Jamadil Akhir 1427 (25-Julai-2006)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarga baginda. Assalamualaikum warahmatullah.

PENDAHULUAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, saya amat berbesar hati dapat bersama bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini dalam usaha kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk saudara kita di Palestin.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO Islam). Atas dasar keprihatinan terhadap keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin kami sebagai tenaga penggerak Jamaah Islah Malaysia (JIM) Petaling Jaya berusaha untuk menganjurkan Program Penerangan Isu Palestin Dan Kutipan Tabung Palestin di masjid dan surau sekitar daerah Petaling Jaya. Program-program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama dalam kempen menyelamatkan Al-Aqsa dan Palestin yang ditindas oleh kekejaman Yahudi dan penderitaan yang ditanggung Muslim di Palestin di samping berusaha mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mereka.

Saya di sini ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada AJK, ahli qariah dan Sdr Rosli yang telah mengorak langkah untuk bersama dalam menjaya kempen mengenai Palestin ini. Adalah diharap usaha kita ini berterusan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus memberikan kesedaran kepada penduduk setempat tentang isu-isu terkini yang berlaku terhadap saudara semuslim di Palestin. Kita juga harus berusaha untuk memberikan ruang kepada penduduk setempat (ahli qariah) untuk turut sama merasai dan meyelami penderitaan saudara semuslim di Palestin lantas merencana usaha ke arah meringankan penderitaan yang di hadapi.

KELEBIHAN PALESTIN MENURUT AL QURAN DAN SUNNAH

Antara kelebihan yang menjadi sebab kenapa kita umat Islam perlu memperjuangkan bumi Palestin demi menjaga maruah dan agama kita adalah:

1. Masjid Al-Aqsa telah menjadi kiblat yang pertama umat Islam. Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra’ bin `Azib:

Daripada al-Barra’ bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan.

Selepas itu barulah Allah SWT mensyariatkan umat Islam mengadap ke masjid al-Haram di Makkah

Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. (al-Baqarah: 144)

2. Masjid Al-Aqsa satu daripada tiga masjid yang madapat tempat yang tinggi bagi umat Islam.

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

3. Tempat berlakunya Peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diIsrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail. Kemudian dari Masjidil Aqsa, nabi s.a.w. diMikrajkan dengan menjelajahi tujuh lapis langit hingga sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa. Dalam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Di sana Nabi s.a.w. berdailog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk nabi sampaikan pada umatnya.

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (al-Isra': 1)

Bumbung rumahku terbuka ketika aku berada di Makkah, lalu turun malaikat Jibril ... Kemudian dia memegang tanganku lalu membawaku naik ke langit ... Maka Allah telah memfardhukan 50 solat ke atas umatku ... Lalu aku berulang-alik menemui-Nya, maka Allah menyatakan bahawa lima solat menyamai 50 solat, tidak diubah lagi penyataan itu untukku.(HR Bukhari & Muslim)

4. Bumi yang ramai para anbiya hidup dan bersemadi sepertimana yang banyak disebut dalam al-Quran.

HAK RAKYAT PALESTIN DI CABULI

Keganasan demi keganasan berlaku sejak pengistiharan negara Haram Isreal pada bulan Mei 1948. Pendatang-pendatang Yahudi telah merampas tanah-air rakyat Palestin dan mengistiharkan negara Isreal di atasnya. Secara paksaan rumah, kebun dan tanah mereka dirampas dan diambil alih oleh penduduk Yahudi yang tidak mempunyai sebarang hak dari segi undang-undang untuk tinggal di sana. Rakayat Palestin diusir atau melarikan diri dari kampung halaman. Ramai yang hidup di khemah-khemah pelarian di negara-negara yang bersempadan seperti Jordan, Syria, Lubnan dan di Jalur Gaza.


PENUTUP

Saudara-saudaraku, umat Islam telah diberi isyarat yang jelas bahawa mereka harus meneruskan perjuangan dan terus-menerus menyusun strategi untuk memperjuangkan kebenaran dan membebaskan bumi Islam ini.

Rasulullah Shallallahu 'Alahi wa Sallam bersabda:

"Akan senantiasa ada sekelompok dari ummatku yang memperjuangkan kebenaran, mereka mengalahkan lawan-lawan mereka. Mereka tidak digoyangkan oleh orang yang menyalahi mereka, melainkan mereka mendapatkan penderitaan. Demikianlah keadaan mereka hingga datang pertolongan Allah, mereka tidak berubah.

Para sahabat bertanya: Di mana mereka itu ya Rasullullah? Beliau menjawab: Mereka berada di Baitul Maqdis." (Musnad Imam Ahmad dari Abu Umamah R.A)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

DOA RABITAH

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq.

Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu.

Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

BIBLIOGRAFI

  1. http://www.jim.org.my. Profail JIM
  2. http://www.palestinkini.info. Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan terjemahan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah (Fakta Palestin: Asas Isu Palestin), June 14 2005
  3. Dr Hafidzi Mohd Noor, “Isu Palestin - Beberapa Petunjuk kea rah menentukan pendirian yang di tuntut oleh syarak”. Majlis Diskusi “Palestin dari perspektif syarak”, JIM International. Julai 8 2006.
  4. http://agamaku.tripod.com. HADIAH DARI ISRAK MIKRAJ...

Disediakan oleh: Mazmi bin Kamal, 25 Julai 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home